KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 17, 2007

Kenapa Gani Patail Lepaskan Pertuduhan?

horizontimur

Amat mengejutkan!!! Ketika isu HINDRAF sedang hangat diperkatakan, 31 orang penyokong HINDRAF yang ditangkap ketika merusuh di Batu Caves, Selangor dituduh dengan cubaan untuk membunuh, melakukan khianat dan berhimpun secara haram. Bagaimanapun pada hari ini Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan tuduhan cubaan untuk membunuh ini! Mengapa? ini sebabnya :-

“Bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Sabtu lalu, Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Peguam Negara mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang yang ditahanMalaysiaKini.com

Hanya mengatakan bahawa mereka ini tertipu maka Pak Lah terus percaya dan bersimpati? Adakah ini keadilan? Adakah masyarakat India secara keseluruhannya bersetuju? Adakah rata-rata rakyat Malaysia bersetuju? Jika jawapannya ‘ya’ maka memang tiada keadilan di Malaysia ini.

Pegawai polis yang cedera parah akibat perbuatan 31 orang pengkhianat tersebut sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini. Anggota PDRM pastinya tidak akan menerima keputusan Gani. Mereka merupakan barisan hadapan negara dalam menghadapi pengganas-pengganas ini tetapi telah dikhianati oleh Jabatan Peguam Negara.

Sepatutnya Gani lebih berani. Jika beliau tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa 31 orang ini mempunyai niat untuk cuba membunuh pegawai polis berkenaan mengapa mereka itu dituduh sedemikian? Saya percaya bahawa Abdul Gani ada bukti-buktinya tetapi beliau cuma terlalu bacul untuk membelakangkan arahan Pak Lah. Beliau itu dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Beliau itu adalah anggota perkhidmatan awam yang sepatutnya lebih taat setia kepada Yang DiPertuan Agong dan rakyat. Jika itu keputusan beliau, maka nampaknya anggota penguatkuasa perkhidmatan awam tidak lagi kebal dari segi undang-undang. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive