KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 21, 2007

LANDASAN KEMBAR: BEBAN RAKYAT RM2,500 SEORANG

http://www.huluselangor.info/images/landasan_berkembar.jpg

Landasan Berkembar: Hentikan kegilaan ini - Kim Quek

Penganugerahan kontrak untuk membina landasan berkembar dari Ipoh kePadang Besar yang bernilai RM 12.5 billion, dijangka akan menjadikan projek ini satu lagi projek pembaziran, yang hanya akan menambah koleksi projek gajah putih dinegara ini.

Amat jelas, sekiranya diperhatikan operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masa ini. Dengan jaringan landasan sepanjang 1,700km yang merentasi segenap pelusuk Semenanjung Malaysia, KTMB hanya memperolehi RM288 juta hasil pengangkutan yang diperolehi pada tahun 2006, melalui sumbangan seperti berikut:

Perkhidmatan antara Bandar RM71 juta
Perkhidmatan komuter dikawasan Kuala Lumpur RM 85 juta
Perkhidmatan kargo RM132 juta
Jumlah RM 288 juta

Menuruti perkiraan kami, jumlah pendapatan melalui pengangkutan seluruh semenanjung berjumlah RM203 juta, tidak termasuk perkhidmatan komuter dikawasan Kuala Lumpur, yang dihasilkan menerusi landasan keretapi sepanjang 1,525 km, (1,700-175). Dengan mengasingkan 30% dari jumlah pendapatan ini kepada sektor Ipoh-Padang Besar (walaupun laluan ini hanyalah 22% daripada jumlah panjang keseluruhan iaitu 1,525 km), pendapatan sepatutnya ialah RM60 juta.

Kita bersetuju, jumlah penggunaan akan meningkat selepas projek ini disiapkan tetapi terdapat had kepada pertambahan. Katakan, pendapatan meningkat 7 kali ganda, pendapatan tahunan masa depan untuk laluan ini berjumlah RM420 juta – cuma 3.3% daripada jumlah pelaburan awal sebanyak RM12.5 billion.

Pendapatan yang begitu rendah kerana penggunaan yang rendah menunjukkan, projek ini tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi ataupun sektor pengangkutan apabila siap kelak.

Sebaliknya, mari kita berfikir sejenak, apakah makna RM12.5 billion ini kepada rakyat jelata.
Pertama, setiap rakyat dinegara ini terpaksa menanggung beban sebanyak RM2,500.00 seorang. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive