KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 21, 2007

Yuran sekolah - Kalau tidak wajib, kenapa perlu bayar ansuran

http://safety.1800inet.com/images/marcom/wrkplacestress.jpg
dipetik: penpasksgb
Oleh SM Noor

Kuala Terengganu – Rakyat masih tidak jelas dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Hishamusin Hussein berhubung dengan isu pemansuhan yuran sekolah.

Kelmarin, Hishamudin mengulang kenyataan yang dibuat pada 18 November lalu iaitu selain dari yuran Bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) adalah tidak wajib dan bergantung kepada persetujuan ibu bapa pelajar.

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menyifatkan kenyataan Hishamudin sebagai kenyataan yang mengelirukan.

“Sekiranya tidak wajib mengapa ibu bapa perlu bayar ansuran? Mengapa pula perlu kepada kebenaran kerajaan” sangkal Ustaz Wan Sukairi selaku Setiausaha, Pertubuhan Pembangunan Insan Bestari Terengganu.

“Sekiranya ibu bapa perlu bayar ansuran, bermakna kementerian mewajibkan yuran-yuran tersebut”

Selaku penggerak kepada NGO yang bersifat pendidikan dan kemasyarakatan, beliau kesal dengan kenyataan ‘silap mata’ menteri tersebut. Menurut beliau seorang menteri sepatutnya arif didalam keadaan kehidupan rakyat.

“Dengan mengatakan ‘mustahil’ ada ibu bapa yang tidak mampu membayar, menunjukkan bahawa Hishamudin tidak mengetahui keadaan rakyat terutamanya di Terengganu” tambah Ustaz Wan Sukairi

“Pertubuhan Insan Bestari akan menunjukkan bukti dan menyenaraikan ibu bapa miskin di Terengganu, yang tidak mampu untuk membayar yuran tersebut, dan menyerahkannya kepada Menteri Pendidikan untuk diambil tindakan” jelas Ustaz Wan Sukairi

Sehubungan dengan itu, masyarakat pada umumnya tidak berpuas hati dengan penghapusan yuran yang hanya sekadar RM 4.50 bagi sekolah rendah dan RM 9.00 bagi sekolah menengah. Penghapusan itu terlalu kecil, sepatutnya kerajaan boleh menambah lebih peruntukan untuk ko-kurikulum dan yuran PIBG, supaya meringankan beban ibu bapa.

Ustaz Ismail Dagang, bekas Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Duyong disini, menyatakan, sepatutnya kerajaan, teutamanya kerajaan Terengganu mampu menambah peruntukan untuk ko-kurikulum dan PIBG.

“Kerajaan Terengganu membelanjakan RM300 juta untuk menganjurkan ‘Monsoon Cup’ kemudian dikatakan mendapat untung beratus juta, takkan nak mengagihkan sedikit subsidi untuk pendidikan tak mampu” jelas beliau.

Manakala Ustaz Ahmad Kamal Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu juga merasa kesal atas kenyataan Menteri Pendidikan yang tidak peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat masakini.

Beliau menyatakan bahawa, rakyat bawahan kini terpaksa bertarung untuk hidup akibat kenaikan hampir semua harga barang keperluan.

“Ada diantara ibu bapa yang pusing kepala, menghadapi kenaikan barang-barang keperluan sekolah terutamanya dari golongan nelayan yang tidak mempunyai pendapatan pada musim tengkujuh seperti waktu ini“jelas beliau

“ Saya mempersilakan Menteri Pelajaran untuk datang ke Kuala Terengganu untuk melihat kesusahan kehidupan rakyat bawahan bukan hanya sekadar bercakap di Kuala Lumpur” tegas Ustaz Ahmad Kamal

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive