KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 24, 2007

PERLIS TERMISKIN? Hello UMNO ......


Analisis: Perlis negeri termiskin, rakyat derita
klpos
Oleh Asrul Nizam Abd Jalil

PEJAM celik, pejam celik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 30 Julai yang lalu sudahpun berlalu selama lima bulan. Namun demikian, ianya belum menampakkan sebarang petanda bahawa ekonomi rakyat negeri Perlis khususnya akan berubah ke suatu tahap yang lebih baik.

Rakyat derita dengan kenaikan harga barang

Apa yang rakyat Perlis tempohi sekarang hanyalah perih derita menanggung kenaikan harga barang keperluan harian bermula dari kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen seliter.

Kos yang semakin meningkat akibat kenaikan harga bahan bakar menyebabkan rakyat menanggung beban kenaikan harga bawang, tepung gandum, susu, milo, lampin bayi, minyak masak, ayam dan sebagainya.

Adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan bagaimana rakyat mampu meneruskan kehidupan mereka sekiranya harga petrol dinaikkan sehingga 70 sen lagi selepas pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Perlis antara negeri miskin

Statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan bagi seluruh negara. Apakah perancangan molok pihak pemerintah hanya sekadar untuk mengelabui mata rakyat bahawa kewujudan NCER bakal mengeluarkan rakyat Perlis daripada paras kemiskinan?

Sedangkan rekod sebelum ini menunjukkan bahawa wang Baitul Mal negeri Perlis yang salah satu tujuannya untuk membantu rakyat Perlis yang miskin tegar pun sanggup digunakan oleh pihak pemerintah untuk membawa rombongan penyokong mereka melancong ke Medan.

Perkara ini bukan satu fitnah, sebaliknya telah dijawab oleh Menteri Besar Perlis sendiri untuk mempertahankan tindakan melancong menggunakan wang Baitul Mal itu sendiri.

Pemberian RM100 kepada rakyat terpilih oleh Menteri Besar ketika perayaan utama khususnya hari raya Idul Fitri tidak mampu mengeluarkan penerimanya (sekiranya dari kalangan miskin tegar) dari kategori miskin.

Terdapat pengadu yang telah mendakwa kepada Parti KeADILan Rakyat Perlis bahawa skim pinjaman perniagaan di bawah Tekun telah disalahgunakan untuk kepentingan politik sempit apabila pemohon skim ini disyaratkan secara tidak rasmi mestilah terdiri daripada ahli parti pemerintah sekiranya berhajat untuk mendapatkannya.

Tiada program pembangunan bersepadu

Menteri Besar yang ada sekarang memegang teraju kepimpinan Perlis sejak tahun 1995 didapati gagal mengemukakan perancangan ekonomi bersepadu untuk rakyat Perlis.

Beliau hanya memfokuskan kepada apa yang dinamakan sebagai program memperkukuhkan kedudukannya daripada merancang untuk membangunkan Perlis yang mempunyai potensi kerana terletak di sempadan negara. Program-program untuk menunjukkan kehebatan beliau digerakkan seperti program pengagihan wang tunai dan barangan elektrik.

Ketika beliau menjadi MB juga, banyak anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Ekonomi Perlis (PKENPs) yang gulung tikar. Contoh ketara ialah terdapat sebuah syarikat bas yang maju di Perlis iaitu PPMP pun boleh ditutup.

Sebuah anak syarikat PKENPs iaitu Perlis Essential Oils Sdn Bhd telah ditubuhkan lebih daripada sepuluh tahun yang lalu bertujuan untuk terlibat dalam pengeluaran dan pemprosesan minyak kelapa dara sampai sekarang masih tidak beroperasi.

MB pernah popular sebagai MB yang banyak menghasilkan majlis perjanjian persefahaman (MoU) dan majlis pecah tanah projek, namun demikian, hampir tiada projek yang berjaya direalisasikan kewujudannya untuk faedah rakyat Perlis.

BN gagal menyediakan peluang pekerjaan

MB pernah berkata bahawa Perlis merupakan negeri yang paling strategik untuk pembangunan serantau. Dengan demikian, beliau mengalu-alukan kemasukan pelabur luar untuk melabur di negeri ini.

Tetapi sebaliknya, terdapat pelabur yang ingin melabur di sini tetapi mengubah haluan pelaburan mereka ke tempat lain setelah tidak berpuas hati dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh MB.

Sebagai contoh, dalam beberapa tahun yang lepas, Perlis pernah didatangi oleh seorang pelabur yang ingin membuka kilang memasang motosikal di negeri ini. Jika pelaburan ini berjaya, ianya dijangka akan memberikan lebih seribu peluang pekerjaan kepada anak-anak Perlis.

Tetapi sebaliknya, pihak pelabur kecewa dengan syarat untuk diberikan 'bayaran tol' kepada pemimpin tertentu sehinggakan pelabur mengubah lokasinya ke selatan Thailand.

Sekiranya kita melalui jalan utama ke Hatyai, kita akan melihat kilang besar pemasangan motosikal tersergam megah di tepi jalan yang sedang memberi manfaat pekerjaan kepada lebih seribu anak-anak Thailand.

Pengerusi MABEM, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik boleh mengesahkan perkara ini kerana beliaulah yang mengangkat cadangan pelaburan tersebut ke Perlis!

Terdapat berita di Perlis yang mendakwa bahawa sebuah kilang utama di negeri ini iaitu Shorubber di Jejawi Perlis yang menyediakan pekerjaan kepada beribu-ribu orang anak Perlis juga akan ditutup tidak lama lagi untuk berpindah pelaburan mereka ke Vietnam yang lebih kompetitif.

Persediaan ke arah itu telahpun dibuat oleh Shorubber dengan membawa masuk buruh asing dari Vietnam untuk menimba pengalaman.

Telah terbukti bahawa pihak pemerintah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya kepada anak-anak Perlis sehingga mereka terpaksa merantau ke pelusuk negara untuk mencari peluang pekerjaan.

BA sebagai penyelesai masalah rakyat

Sekiranya rakyat memberi peluang kepada BA untuk memerintah Perlis, antara langkah pertama yang akan diambil oleh BA ialah membuka seluas-luasnya peluang pelaburan ke negeri ini dengan mengenakan insentif cukai yang paling minima kepada pelabur.

Tiada lagi sebarang 'bayaran tol' yang akan dikenakan kepada mana-mana pelabur yang berminat untuk melabur di Perlis.
Pelaburan luar merupakan paksi utama dalam menjana ekonomi Perlis yang bermatlamat murni untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada anak-anak Perlis.

Justeru, anak-anak Perlis di perantauan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang boleh kembali ke Perlis untuk memenuhi pasaran kerja yang seterusnya dapat sama-sama menyumbangkan tenaga dan kepakaran bagi membangunkan negeri ini.

Rakyat Perlis yang mengusahakan tanah-tanah kerajaan lebih daripada sepuluh tahun contohnya seperti tanah dusun di Sungai Batu Pahat akan dianugerahkan geran kekal kepada mereka sebagai satu penghargaan di atas daya usaha mereka untuk menyuburkan tanah.

Dasar perumahan Perlis akan dimantapkan lagi dengan membuka peluang kepada anak-anak Perlis yang sudah berkahwin untuk memiliki tanah bagi didirikan rumah kediaman.

Penduduk Perlis yang terdiri daripada keturunan Burma yang ramai menetap di Kuala Perlis juga akan menikmati faedah yang sama kerana mereka juga adalah rakyat Perlis.

Bekalan air yang menjadi nadi untuk rakyat Perlis tidak akan diswastakan sama sekali kerana ia merupakan tanggungjawab sosial kerajaan.

Ini adalah merupakan sebahagian daripada janji kami untuk kesejahteraan rakyat Perlis sekiranya kami diberi mandat untuk rakyat. Kerajaan adalah dari rakyat untuk rakyat!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive