KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 22, 2007

SAMY CUBA PUJUK KAUM INDIA

Wawancara Samy Vellu "Karathu Kalam"

Seperti juga Khir Toyo, Samy Vellu pun terpaksa membuat kenyataan dan bual bicara untuk menunjukkan yang mereka itu dipihak yang benar. Masing masing cuba untuk menidakkan tuduhan rakyat selama ini. Khir Toyo telah merobohkan rumah, surau dan kuil sementara Samy Vellu membiarkan Khir Toyo untuk terus merobohkan rumah rakyat kaum India dan kuil mereka. Samy juga cuba untuk manafikan diri nya dipinggirkan oleh Kaum India seperti yang dilapurkan. Baca dan lihat betapa terdesaknya mereka ini menghadapi PRU ke 12 ini.

22 Dis 07 - Berikut adalah terjemahan teks wawancara Menteri Kerja Raya dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dalam program bual bicara berbahasa Tamil, "Karuthu Kalam" atau Forum Pendapat yang disiarkan di RTM2 pada pukul 6 petang ini.

Wartawan: Sejarah menunjukkan bahawa kaum India terkenal dengan kesabaran dan kasih sayang. Anda telah berada di dalam Kabinet selama 29 tahun. Anda telah menyatakan anda telah mengajukan banyak permohonon, namun begitu ribuan orang menyertai demonstrasi di ibu negara. Satu persoalan timbul sama ada permohonan yang dimajukan kepada kerajaan telah dipenuhi atau tiada permohonan dilakukan. Beberapa pihak mendakwa bahawa demonstrasi itu bukan terhadap kerajaan tetapi adalah terhadap MIC, yang mewakili kaum India, di dalam Kerajaan. Apakah komen anda tentang perkara ini?

Samy Vellu: Kemarahan mereka bukanlah kerana saya tidak membangkitkan atau memohon bagi keadaan pahit getir masyarakat. Kemarahan mereka adalah kerana kekurangan. Apabila 50 memohon kerja, jika hanya seorang yang mendapat kerja, bukan sahaja mereka marah malah saya sendiri berasa kecewa. Kami telah perjuangkan perkara ini berulang-ulang kali.

Jika seseorang berkata saya tidak membangkitkan perkara ini di dalam Kabinet... saya mempunyai dokumen. Jika saya perlu mendedahkanya, saya perlu mendapat kelulusan Perdana Menteri. Dengan keizinan Kerajaan, saya boleh membuktikan bila dan apa yang telah saya bangkitkan. Saya bukan seorang individu yang mewakili orang ramai tetapi tidak menghiraukan tentang masalah mereka dan bersuka ria.

Dari waktu saya bangkit waktu pagi, saya bekerja sehingga pukul 1 pagi. Kenapa? Saya melakukannya demi kebaikan masyarakat. Ramai yang menyatakan bahawa keadaan hidup masyarakat tidak bertambah baik. Saya tidak percaya perkara ini. Jika mereka berkata bahawa apa yang kita peroleh tidak mencukupi, saya akan bersetuju dan saya akan memohon lebuh banyak lagi.

Saya telah meminta peluang-peluang berdasarkan peratus kependudukan kita, bukan sahaja dengan Perdana Menteri sekarang tetapi juga dengan Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) dan Tun Hussein Onn, sejak saya berkhidmat di bawah tiga perdana menteri. Saya berasal dari keturunan yang sentiasa membangkitkan masalah dengan jelas tanpa rasa takut. Saya tidak pernah berasa takut dalam apa jua keadaan.

Wartawan: Datuk Seri, baru-baru ini kemarahan kaum India telah menyebabkan mereka mengadakan demonstrasi jalanan. Perdana Menteri telah menjemput NGOs (pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan) untuk menemui beliau.

Samy Vellu: Melalui pertemuan ini... mungkin mereka berfikir bahawa saya tidak pernah membangkitkan sebarang masalah di dalam Kabinet dan saya hanya seperti boneka. Oleh yang demikian, mereka sendiri boleh menyatakannya kepada Perdana Menteri.

Saya telah melakukan kesemuanya tentang apa yang mereka minta. Tetapi adakala orang mengubah fikiran.

Apabila mereka mengubah fikiran, mereka berada dalam satu pemikiran ilusi bahawa hanya mereka yang bimbangkan masalah dan saya tidak.
Contohnya, malah sebelum mereka hendak menemui Perdana Menteri, saya telah memberi indikasi kepada beliau (Perdana Menteri) bahawa saya ingin menemuinya. Saya memberikan indikasi itu kerana saya mahu mereka mempunyai peluang untuk memahami daripada Perdana Menteri.


Ikuti wawancara seterusnya dengan melayari : manzaidiamn.blogspot.com/

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive