KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 22, 2007

Adakah BK Tan raja di Malaysia?

http://www.umno-reform.com/dollah_khiry_kamaluddin.gif
dipetik: penarikbeca

"Jika Perdana Menteri benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu, amat malanglah negara ini mempunyai Perdana Menteri seperti itu sedangkan ketiga-tiganya berada di bawah bidang kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri," katanya.

Adakah Perdana Menteri tidak tahu? Jika tahu, mengapa Perdana Menteri tidak bertindak? Menurut Raja Petra, tangan Perdana Menteri terikat.

Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebelum ini mengarahkan KPN menahan rakan kongsi anaknya, BSA Tahir ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Penahanan di bawah Seksyen 8, sama seperti yang ditetapkan ke atas lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) baru-baru ini, tidak memerlukan orang yang ditahan menjalani soal-siasat polis selama 60 hari, seperti yang diharungi oleh mereka yang ditahan di bawah Seksyen 73 ISA. Penahanan di bawah Seksyen 8 adalah di bawah bidang kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jawatan yang dipegang Perdana Menteri sendiri.

Jika Tahir disiasat polis, menurut editor Malaysia Today itu, akan terdedahlah siapa lagi yang terlibat dalam tindakan Scomi mengeksport komponen nuklear ke Libya. Perkara itu amat berbahaya kerana Scomi adalah syarikat milik Kamaluddin, anak Perdana Menteri. Jika siasatan membuktikan Kamaluddin tahu tindakan Tahir menggunakan Scomi untuk mengeksport komponen nuklear ke Libya, kepala Kamaluddin terpaksa diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Persoalan yang lebih penting ialah di manakah Tahir sekarang? Adakah beliau berada di Kem Tahanan Kamunting? Jika tidak, di mana?

Raja Petra mendakwa, Tahir tidak ditahan. Beliau kini menikmati perlindungan untuk memastikan beliau tidak dapat disentuh oleh Cawangan Khas dan CIA.

Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebenarnya tidak berkuasa penuh. Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR mempunyai "unholy trinity" mereka (menurut Answers.com, "unholy trinity" sering dirujuk kepada tiga entiti yang disifatkan jahat). Mereka akan berkhidmat kepada Abdullah, kata Raja Petra, selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka. |more...|

Rujuk imej berikut (The unholy trinity)













Rujuk artikel Raja Petra (The unholy trinity)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive