KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 10, 2008

Asing Pelajar Ikut Jantina Jadi Satu Kesalahan?

nahdah.wordpress

Saya pelik dengan apa yang berlaku di Seremban melalui apa yang saya baca di Bernama.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan menyelar tindakan sebuah sekolah kerana mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki dalam semua aktiviti termasuk ketika membeli makanan di kantin. Kononnya tindakan sekolah tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa, sehingga MB terpaksa mengarahkan Jabatan Pelajaran untuk campur tangan.

Saya meninggalkan bangku sekolah 7 tahun lepas, saya belum lupa lagi. Memang menjadi satu perkara biasa di kalangan pelajar sekolah diasingkan dalam aktiviti-aktiviti akademik mahupun bebas seperti pengajaran Pendidikan Jasmani, beratur dalam perhimpunan sekolah, duduk mendengar ceramah di dewan, termasuklah beratur membeli makanan di kantin.

Sewaktu menjadi Ketua Pengawas dahulu pun saya masih lagi ingat betapa saya akan mengarahkan beberapa pengawas memantau barisan samada di perhimpunan ataupun waktu rehat, di mana bahagian lelaki dijaga pengawas lelaki dan bahagian perempuan dijaga pengawas perempuan. Hatta aturan pelajar di dalam kelas pun, kebiasaannya lelaki akan duduk sebelah lelaki, perempuan duduk di sebelah perempuan.

Malah saya ada bertanya cik adik saya yang kebetulan bekas pelajar di SMK KGV Seremban, di sana memang aktiviti pelajar diasingkan lelaki dan perempuan. Malah dia juga berkata, “memang biasalah asing lelaki perempuan.” Jadi apa masalahnya dengan MB Negeri Sembilan ini?

Kata MB Negeri Sembilan:

“Kita tidak mahu ada sekolah buat dasar baru. Dasar kita ialah sekolah bercampur, kalau nak asing-asingkan murid baik tidak payah buat sekolah campur.”

Aduh! Sekolah campur tidak bermakna ia menghalalkan percampuran tanpa batasan di kalangan pelajar. Malah memang menjadi kebiasaan ada pengasingan pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Saya melihat apa yang berlaku di sekolah tersebut ialah apabila perkara tersebut dijadikan sebagai prosedur rasmi dalam sekolah. Sedangkan amalan sedemikian rupa menjadi amalan biasa di mana-mana sekolah di Malaysia. Soalan saya, di mana salahnya pengasingan tersebut dijadikan prosedur>

Kalau peruntukan yang didakwa dilanggar itu didasarkan dalam dasar pendidikan negeri, maka beri klarifikasi jelas, dasar mana yang dilanggar. Kalau ibu bapa tidak setuju, apa rasional bantahan dibuat, jelaskan secara spesifik.

Jangan main semberono sahaja.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive