KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 4, 2008

Caj selenggara tandas masuk dalam senarai Yuran Sekolah?

KOSMO: JOHOR BAHRU – Yuran penyelenggaraan tandas?
syukran.wordpress.com

Terkejut dan macam tidak percaya. Namun itulah realiti mengenai sebuah sekolah menengah di Permas Jaya, di sini yang mengenakan yuran bagi penyelenggaraan tandas di sekolah tersebut.

Lebih menghairankan, hanya sekolah itu sahaja di negeri ini yang mengenakan yuran sebanyak RM5 itu.

Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah berkata, dia terkejut apabila mendapati butiran bayaran itu tertera dalam senarai yuran di sekolah itu.

Menurutnya, ia pertama kali diperkenalkan kerana sebelum ini tidak pernah timbul soal yuran terbabit.

“Biarpun cajnya kecil iaitu RM5, tapi sebagai ibu bapa, kami perlukan penjelasan mengenainya,’’ kata beliau ketika ditemui KOSMO! semalam.

Selain hairan dengan yuran tandas, Abdullah juga tidak mendapat penjelasan mengenai yuran yang termasuk dalam kategori ‘pelbagai’ yang berjumlah RM24 serta satu lagi yuran kategori sama bernilai RM22 pada resit rasmi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bila tanya guru kelas, dia sendiri tak tahu yuran pelbagai itu untuk apa,’’ katanya yang terpaksa membayar keseluruhannya RM86.50.

Sementara itu, dalam reaksi segera, Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon terus bertindak menghubungi sekolah berkenaan bagi penjelasan sebelum mengarahkan wang itu dipulangkan.

Sambil memandang serius yuran seumpama itu, beliau berkata, ia dikenakan selepas perbincangan pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Bagaimanapun, tegasnya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor tidak pernah dimaklumkan mengenainya serta tidak membenarkan ia dibuat.

“Urusan penyelenggaraan tandas adalah tanggungjawab pihak sekolah dengan JPN,’’ tegasnya.

Beliau juga mengarahkan pegawainya ke sekolah itu untuk menyiasat butiran caj di bawah kategori ‘pelbagai’.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive