KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 4, 2008

UMNO TERTARIK DENGAN EMAS KELANTAN

Keghairahan UMNO untuk menakluk Kelantan bukan lah cakap kosong. Terlalu bersungguh sungguh mereka berusaha untuk mengubah pendirian rakyat Kelantan sehingga UMPAN berbilion ringgit cuba ditaburkan kepada penduduk di sana. Sambil mengutuk rakyat kelantan yang bersikap "Beri Pitih Ambik, Undi pilihan parti lain" menjadikan rakyat Kelantan semakin membenci sikap hipokrit pemimpin Barisan Nasional dan UMNO itu.

Melalui Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tahun ini merupakan peluang terbaik buat rakyat Kelantan keseluruhannya untuk memilih semula Barisan Nasional (BN) jika pilihan raya diadakan.

Beliau berkata tidak ada gunanya memilih PAS yang telah diberi pilihan selama 18 tahun memerintah Kelantan sejak 1990 tetapi terbukti tidak mampu membawanya ke tempat yang selayaknya seperti negeri lain yang diperintah BN.

"Sebab itu kalau pilihan raya diadakan dalam tahun ini, tunjukkanlah sikap untuk rakyat Kelantan membuat perubahan dan sudah sampai masanya rakyat berbuat demikian kali ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pemimpin Masyarakat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, hari Khamis.

Apakah yang mengundang UMNO untuk bersungguh sungguh menawan kelantan pada PRU ke 12 nanti?

Emas di Kelantan

KOTA BHARU: Beberapa sungai di sekitar jajahan Jeli dikenal pasti kaya dengan sumber emas yang masih belum diterokai, berdasarkan kajian geologi yang dilakukan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Zainol Abidin Sulaiman, berkata emas jenis alluvium itu mudah diperoleh dengan cara mendulang tanpa merosakkan struktur tanah dan tebing sungai terbabit.

Beliau berkata, selain Jeli, emas jenis alluvium juga ditemui di beberapa kawasan sekitar Tanah Merah dan Gua Musang yang kini diusahakan syarikat yang dilantik kerajaan negeri.

"Kita sudah mengenal pasti beberapa sungai di Jeli yang mempunyai sumber emas alluvium.

Kajian lanjut mengenainya masih dijalankan dan saya difahamkan, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat melombong emas kepada orang ramai," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata penemuan emas terbabit meliputi lima sungai di sekitar Jeli. |more...|

DAN

Saluran Paip Transpen Bernilai AS$7 Bilion Kurangkan Masa Angkut Minyak

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Projek saluran paip rentas semenanjung yang bernilai AS$7 bilion di bahagian utara Malaysia akan mengurangkan tempoh masa mengangkut minyak dari Asia Barat ke Asia Timur kepada tujuh hari.

Ketika ini, tempoh yang diambil untuk mengangkut minyak ke destinasinya menerusi Selat Melaka ialah selama 21 hari.

Saluran paip itu yang mengunjur dari Yan di Kedah ke Bachok di Kelantan akan mengurangkan masa singgah dengan mengelak laluan Selat Melaka yang dikatakan hentian kedua paling sibuk semasa singgahan.

"Penjimatan masa dengan menggunakan saluran paip kami kepada pengeluar minyak dan peniaga minyak, mencukupi malahan untuk membayar nilai sebulan simpanan," kata pengerusi Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd (Transpen), Mohd Kamil Sulaiman.

Bercakap kepada sidang akhbar di sini, beliau berkata "masanya sangat sesuai" untuk memulakan projek tersebut kerana pasaran minyak telah beralih ke Asia Timur, dengan China kini menjadi pengimport minyak kedua terbesar.

Transpen merupakan pemilik dan pengusaha projek tersebut. |more...|
Mampukah UMNO memperdayakan rakyat Kelantan dengan UMPAN PEMBANGUNAN mereka? Berbillion peruntukan bukanlah wang kerajaan tetapi ia adalah amanah untuk menguruskan wang rakyat. Maka UMNO jangan nak berlagak untuk menabur janji kononnya hendak bertanggung jawab sedangkan masa depan Kelantan akan bertambah malang dengan kehadiran mereka. Pastinya perubahan yang jelas nanti, Pemimpin UMNO akan lebih kaya dari apa yang mereka perolehi sekarang.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive