Utusan - Badan Perhubungan UMNO Pahang meminta semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Khas untuk melantik anggota MT yang baru berikutan prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Setiausahanya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan UMNO bahawa jika semua ahli MT berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.
“Perwakilan akan menentukan semula siapa ahli MT yang baru bagi menggalas tanggungjawab menentukan hala tuju parti,” katanya.
Menurutnya, gesaan itu dilakukan berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti dan ahli MT mempertahankan empat daripada lima negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu.
Apr 4, 2008
Semua ahli MT perlu lepaskan jawatan
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 4, 2008
UMNO TERTARIK DENGAN EMAS KELANTAN
Keghairahan UMNO untuk menakluk Kelantan bukan lah cakap kosong. Terlalu bersungguh sungguh mereka berusaha untuk mengubah pendirian rakyat Kelantan sehingga UMPAN berbilion ringgit cuba ditaburkan kepada penduduk di sana. Sambil mengutuk rakyat kelantan yang bersikap "Beri Pitih Ambik, Undi pilihan parti lain" menjadikan rakyat Kelantan semakin membenci sikap hipokrit pemimpin Barisan Nasional dan UMNO itu.
Melalui Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tahun ini merupakan peluang terbaik buat rakyat Kelantan keseluruhannya untuk memilih semula Barisan Nasional (BN) jika pilihan raya diadakan.
Beliau berkata tidak ada gunanya memilih PAS yang telah diberi pilihan selama 18 tahun memerintah Kelantan sejak 1990 tetapi terbukti tidak mampu membawanya ke tempat yang selayaknya seperti negeri lain yang diperintah BN.
"Sebab itu kalau pilihan raya diadakan dalam tahun ini, tunjukkanlah sikap untuk rakyat Kelantan membuat perubahan dan sudah sampai masanya rakyat berbuat demikian kali ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pemimpin Masyarakat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, hari Khamis.
Apakah yang mengundang UMNO untuk bersungguh sungguh menawan kelantan pada PRU ke 12 nanti?
Emas di Kelantan
KOTA BHARU: Beberapa sungai di sekitar jajahan Jeli dikenal pasti kaya dengan sumber emas yang masih belum diterokai, berdasarkan kajian geologi yang dilakukan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Zainol Abidin Sulaiman, berkata emas jenis alluvium itu mudah diperoleh dengan cara mendulang tanpa merosakkan struktur tanah dan tebing sungai terbabit.
Beliau berkata, selain Jeli, emas jenis alluvium juga ditemui di beberapa kawasan sekitar Tanah Merah dan Gua Musang yang kini diusahakan syarikat yang dilantik kerajaan negeri.
"Kita sudah mengenal pasti beberapa sungai di Jeli yang mempunyai sumber emas alluvium.
Kajian lanjut mengenainya masih dijalankan dan saya difahamkan, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat melombong emas kepada orang ramai," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata penemuan emas terbabit meliputi lima sungai di sekitar Jeli. |more...|
DAN
Saluran Paip Transpen Bernilai AS$7 Bilion Kurangkan Masa Angkut MinyakMampukah UMNO memperdayakan rakyat Kelantan dengan UMPAN PEMBANGUNAN mereka? Berbillion peruntukan bukanlah wang kerajaan tetapi ia adalah amanah untuk menguruskan wang rakyat. Maka UMNO jangan nak berlagak untuk menabur janji kononnya hendak bertanggung jawab sedangkan masa depan Kelantan akan bertambah malang dengan kehadiran mereka. Pastinya perubahan yang jelas nanti, Pemimpin UMNO akan lebih kaya dari apa yang mereka perolehi sekarang.
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Projek saluran paip rentas semenanjung yang bernilai AS$7 bilion di bahagian utara Malaysia akan mengurangkan tempoh masa mengangkut minyak dari Asia Barat ke Asia Timur kepada tujuh hari.
Ketika ini, tempoh yang diambil untuk mengangkut minyak ke destinasinya menerusi Selat Melaka ialah selama 21 hari.
Saluran paip itu yang mengunjur dari Yan di Kedah ke Bachok di Kelantan akan mengurangkan masa singgah dengan mengelak laluan Selat Melaka yang dikatakan hentian kedua paling sibuk semasa singgahan.
"Penjimatan masa dengan menggunakan saluran paip kami kepada pengeluar minyak dan peniaga minyak, mencukupi malahan untuk membayar nilai sebulan simpanan," kata pengerusi Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd (Transpen), Mohd Kamil Sulaiman.
Bercakap kepada sidang akhbar di sini, beliau berkata "masanya sangat sesuai" untuk memulakan projek tersebut kerana pasaran minyak telah beralih ke Asia Timur, dengan China kini menjadi pengimport minyak kedua terbesar.
Transpen merupakan pemilik dan pengusaha projek tersebut. |more...|
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 3, 2008
Hanya ini caranya nak ajar wakil rakyat UMNO
PENDUDUK KG. GATCO HILANG KEPERCAYAAN PADA UMNO / BN
amkns.blogspot
…Encik Mohamad Nordin dalam mesyuarat tersebut menyatakan bahawa selepas berita penduduk Kg. Gatco keluar dalam akhbar HARAKAH menderu-deru pemimpin UMNO dan Jabatan Kerajaan datang ke Kg. Gatco untuk bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg. Gatco.
Berita lanjut di sini http://pasjelebu.blogspot.
Kepada pengundi di Rembau, Kuala Pilah, Senawang, Ampangan, Lenggeng dan seluruh Negeri Sembilan, ajarlah wakil rakyat anda dengan cara begini. Gertak sedikit mereka ni , kalau tak mereka akan leka berebut jawatan di peringkat bahagian, berebut nak jadi wakil rakyat, berebut projek, akhirnya tak jenguk rakyat.
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MP DIPANTAU DI DEWAN RAKYAT
SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA YB
dipetik: adimul.blogspot.

Ahli Parlimen BN yang lantang membuat teguran di Dewan Rakyat sentiasa dipantau bagi memastikan suara rakyat dihalang mengkritik pentadbiran kerajaan, malah ianya dilaporkan beberapa orang YB sudah menerima surat tunjuk sebab, kata Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Fenomena yang berlaku sekarang seolah-olah memperlihatkan kerajaan sekarang enggan menerima pandangan rakyat, sekalipun ianya mengikut saluran tertentu iaitu melalui wakil-wakil mereka di Parlimen. Menurut Dato’ Kamal Amir beliau dimaklumkan mengenai seorang Ahli Parlimen dari Pahang diberi surat tunjuk sebab apabila membangkitkan isu pembangunan koridor wilayah timur yang membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Endau di Johor.
“Kalau di Parlimen tak boleh mengemukakan pandangan, di mana lagi YB terbabit mahu menyampaikan masalah rakyat yang diwakilinya?” ujar Dato’ Kamal Amir. Beliau mengakui menerima maklumat mengenai Ahli Parlimen yang berani mengkritik projek kerajaan akan menerima surat tunjuk sebab.
Seterusnya Dato’ Kamal Amir berkata, isu pembangunan koridor wilayah timur menimbulkan keraguan majoriti penduduk di negeri Pahang yang melihat tak banyak peluang boleh dimanfaatkan oleh rakyat di negeri itu. Justeru beliau menambah, memang wajar suara rakyat di Pahang disampaikan ke Dewan Rakyat, bagi membolehkan kerajaan mengambil langkah positif.
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 2, 2008
SOI LEK dan UMNO LABIS PUN TIADA MARUAH
pemudabukitkatil
MCA & UMNO LABIS PUN TIADA MARUAH
Menonton siaran Berita di stesyen TV pengampu kerajaan Islam Hadhari malam tadi sungguh mengejutkan kerana ternyata pemimpin dan penyokong BN samada MCA atau Umno (MIC tidak kelihatan) memang tidak bermaruah kerana masih menyokong pemimpin yang terang-terang mempunyai skandal seks.
Ya Allah, apa bala yang Allah timpakan kepada Malaysia sehingga manusia yang samada yang beragama Islam atau belum beragama Islam tidak mempunyai maruah dan harga diri dengan terus menyokong pemimpin kotor seperti Chua Soi Lek.
Tidak adakah secebis kesedaran di dalam sanubari mereka bahawa pemimpin seperti Soi Lek telah menconteng arang imej negara kita.
Seorang menteri pemimpin kanan MCA salah sebuah parti politik terbesar yang mengaku melakukan perbuatan kotor dan jijik masih mahu meneruskan tugasnya malah pengikut-pengikutnya pula tetap menyokong tanpa ada rasa bersalah. Apakah mereka ini tidak mempunyai maruah dan harga diri?
Dalam kenyataan medianya Ketua MCA Bahagian Labis berkata pihaknya juga akan menyokong Soi Lek jika Naib Presiden MCA itu dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.
“Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis,” katanya kepada pemberita di sini petang ini sejurus Soi Lek memberikan sidang akhbar mengenai penyebaran cakera video digital (DVD) perlakuan seks beliau dengan seorang wanita.
Memang pengikut dan pemimpin BN sudah tidak ada perasaan apa-apa tentang rasuah, skandal seks, kronisme dan lain-lain. Mungkin semua ini sudah sebati dengan mereka dan ianya tidak salah sisi mereka.
Labels: Umno, Video Lucah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pensyarah AJK UMNO khalwat degil
dipetik: Tranungkite
Oleh Webmaster PASPB Berita ini sambungan isu yang pernah di paparkan oleh laman ini sebelum ini. Kisah penangkapan seorang pensyarah sebuah universiti di Pulau Pinang berkelulusan Doktor Falsafah. Menurut maklumat dari ahli Umno di sini, beliau adalah AJK Umno bahagian Parit Buntar dan dikatakan juga namanya termasuk dalam senarai pilihan untuk calon Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang
Apa-apa pun pada 18 Feb nanti Mahkamah Syariah Rendah Timur Laut, Pulau Pinang akan sekali lagi mendengar kes beliau. Apakah nanti akan terbukti memang terdapat semacam imuniti, kita sama-sama nantikan berita selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 1, 2008
Deris Jusoh, Bandaraya dan Ajaran Hadharinya
dipetik:amdang81.blogspot
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Kenapa Tidak Bandaraya Hadhari?
Tinggal beberapa ketika sahaja lagi memasuki 1 Januari 2008. Tarikh bermula satu episod baru bagi Kuala Terengganu. Kuala Terengganu menjadi bandaraya. Mungkin sesuai dengan tarikh Tahun Baru, maka 1 Januari dipilih. Mungkin juga sempena permulaan Tahun Melawat Terengganu, juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.
Aku sebelum ini berkira-kira nama bandaraya bagi Terengganu adalah Bandaraya Hadhari atau Bestari atau seumpama dengannya itu. Bilamana nama Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) digunakan, maka terfikir aku kemana hilangnya Hadhari yang senantiasa dilaung-laungkan itu. Walaupun aku tidak suka Ajaran Hadhari itu, namun sinonim bagi Hadhari adalah Ulul AlBab dan Khatam Quran yang menipu itu dilihat lebih lunak.
Bilamana nama BAWASIR menjadi pilihan, maka aku melihat Pembangunan Modal Insan dan Moral sebenarnya bukanlah menjadi satu agenda penting UMNO Terengganu. Ini jelas kerana pembangunan fizikal jauh lebih menguntungkan. Maka mimpi apa rakyat Terengganu untuk memiliki masa depan yang terjamin dunia dan akhirat?
Ajaran Hadhari dan Bandaraya.
Jika Deris Jusoh seorang yang agak Islamik dengan slogan Hadharinya, sudah tentu tarikh pengisytiharan tidak dibuat pada 1 Januari 2008. Aku kira 10 Januari 2008 bersamaan dengan 1 Muharram 1429 dilihat lebih sesuai. Tarikh 1 Muharram itu nanti bukan sahaja dilihat sebagai suatu 'Sambutan Tahun Baru' yang sebenar, malah turut menjadi langkah kepada suatu hijrah sebuah bandar.
Namun, di sinilah kita boleh menilai mentaliti Hadhari Deris Jusoh. Jika pengisytiharan dibuat pada 1 Muharram, sudah tentu sambutan 'tidak meriah' pada perkiraan puak-puak Hadhari ini. Sudah tentu mereka sedikit segan mahu berpesta, menari lenggok, konsert lagho itu dan ini. Tambahan pula 1 Muharram pada tahun ini jatuhnya pada Khamis. Malam Jumaat pada mereka 'tidak boleh' berbuat maksiat. Mungkin pada mereka malam Jumaat itu 'malam suci'.
Maka tinggallah Ulul Albab bersendirian dengan Ijtihadiknya. Tiada lagi generasi Quranik dan Ensiklopedik. Maka bertambah galak anak-anak gadis di Taman Shahbandar bergedik-gedik. Mat motor sedia membawa si gadis merempit. Deris Jusoh senyum melirik. Generasi inilah yang mahu dilahirkannya. Generasi gedik dan rempit, akhirnya melahirkan bayi di lubang tahi!
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Musim selak kain Wazir Dolah
dipetik: Malaysiatoday
KAMAL AMIR MENULIS
MINGGU terakhir 2007 memperlihatkan rencam politik “selak kain sekandang” kalangan pemimpin yang mula berbalah sesama sendiri. Mungkin masih belum cukup atau “kurang tepu” kantung khazanah peribadi diisi hasil rampokan wang rakyat menjadikan mereka saling “tunjal menunjal” antara satu sama lain.
Belumpun genderang pilihan raya dinafirikan, sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi sudah mula mengimbau kerusi yang membolehkan mereka meneruskan agenda “merampok” harta rakyat.
Mungkin kerana jawatan memanda wazir di kementerian dalam negeri kurang “berbaloi” serta tiada lagi hasil boleh dijana setelah kerajaan memutuskan urusan permit atau lesen membawa masuk buruh asing dikendalikan secara bersama antara Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia menjadikan Radzi Sheikh Ahmad mengintai kesempatan kalau-kalau ada ruang memboloskan dirinya diangkat sebagai Menteri Besar Perlis.
Bertolak dari percaturan “intai-mengintai” jawatan Menteri Besar Perlis memungkinkan Radzi Sheikh Ahmad melakukan ledakan pertama “menyelak” tembelang Shahidan Kasim dengan lontaran kenyataan secara terbuka berhubung persoalan “tempang” dan dangkalnya era beliau mentadbir negeri Perlis Indera Kayangan.
Kenyataan secara terbuka oleh Radzi yang menyatakan kepimpinan Shahidan tidak lagi relevan untuk diteruskan musim pilihan raya akan datang turut disifatkan sebagai tindakan membuka pekong di dada. |more...|
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments