KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 29, 2008

LINGAM HINA MAHKAMAH


Fairuz setuju Lingam mungkin telah hina mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata beliau tidak mengarahkan peguam Datuk V.K.Lingam memberikan surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah atas dakwaan membuat kenyataan tidak benar dan menimbulkan skandal dalam badan kehakiman.

Ahmad Fairuz, bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam yang mewakili Badan Peguam Malaysia Yeo Yang Poh bahawa mungkin wujud prima facie bagi menghina mahkamah di pihak Lingam kerana beliau telah meletakkan reputasi badan kehakiman dalam keadaan yang amat buruk.

Lingam dipaparkan dalam rakaman klip video yang didakwa kononnya mengaturkan pelantikan hakim-hakim.

Bagaimanapun, Ahmad Fairuz, yang bersara pada 1 Nov tahun lepas, berkata sukar untuk beliau mengarahkan Lingam berbuat demikian kerana perkara itu sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Pada waktu itu, saya tidak tahu akan hasil daripada penyiasatan itu dan isi kandungan klip video itu tidak dibuktikan sama ada ia tulen atau rekaan. Lagipun saya tidak dapat sahkan siapakah yang bercakap dalam klip video itu," kata Ahmad Fairuz, 66, yang menyambung keterangan pada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kesahihan klip video itu.

Panel inkuiri lima anggota yang diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor mengenai klip video kontroversi itu yang masuk hari ke11, antara lain, untuk menentukan kesahihan klip itu.

Ahmad Fairuz dirujuk dalam catatan transkrip klip video itu di mana orang yang berbual di telefon yang dipaparkan dalam klip video itu memberitahu orang yang duduk di atas sofa bahawa beliau (dirinya) bercakap dengan Ahmad Fairuz, yang ketika itu Hakim Besar Malaya.

Kepada soalan Yeo sama ada beliau kecewa apabila beliau mendengar kenyataan dalam klip video itu, yang dipertontonkan kepada beliau semalam, Ahmad Fairuz, saksi ke-14, berkata: " Ya, sudah pasti".

Merujuk kepada bahagian lain dalam transkrip itu..."Anda telah banyak menderita, banyak yang anda telah lakukan, anda tahu, bagi petisyen pilihan raya, Wee Choo Keong, segalanya. Betapa banyak, tiada siapa yang mampu buat semua itu.

Yeo bertanya kepada Ahmad Fairuz sama ada kenyataan itu menunjukkan orang dalam klip video itu sedang berbual dengan beliau, Ahmad Fairuz berkata: "Itulah inferensnya".

Semalam, Ahmad Fairuz berkata beliau adalah hakim mahkamah pilihan raya yang mendengar petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bukit Bintang melibatkan peguam Wee Choo Keong.

Ahmad Fairuz turut menafikan dakwaan dalam klip video bahawa terdapat kem berbeza dalam badan kehakiman.

Ahmad Fairuz dalam keterangannya juga berkata beliau tidak memberikan respons secara terbuka terhadap dakwaan itu selepas penyiaran klip video itu kerana beliau tidak mahu menganggu siasatan BPR.

"Saya tidak mengambil langkah menjawab dakwaan itu secara terbuka kerana perkara itu sedang disiasat," katanya kepada soalan Yeo mengenai kenapa beliau menghantar surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk memberikan penjelasan dan pendiriannya berhubung klip video itu selepas membaca artikel dan transkrip klip video itu.

Ahmad Fairuz dalam keterangannya semalam berkata beliau memutuskan untuk menghantar surat kepada ketiga-tiga mereka kerana mereka merupakan wakil badan eksekutif dan oleh kerana beliau ialah ketua badan keahakiman, beliau berpendapat perlu memaklumkan kepada Eksekutif mengenai dakwaan terhadap beliau dan juga bagi menafikan dakwaan itu.

Ahmad Fairuz berkata beliau menulis surat kepada ketiga-tiga mereka bagi membolehkan mereka menjawab soalan di Parlimen jika isu itu dibangkitkan.

"Siasatan sedang dijalankan. jadi saya rasa saya tidak wajar memberikan sebarang komen," kata Ahmad Fairuz.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive