KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 29, 2008

ANALISIS EKSLUSIF PRU 12 : PERANG HARGA MINYAK

ezli007.blogspot

(...) Justeru jika selama ini kita andaikan perbelanjaan isu rumah sebanyak RM500.00 untuk sekeluarga dengan berlakunya kenaikkan harga minyak ini maka perbelanjaan isi rumah mungkin akan meningkat sehingga RM 800.00 untuk mendapatkan produk dan barangan pada harga RM500.00 sebelum ini. Maka di sini kita perlu membayar lebih sebanyak RM300.00 untuk jumlah barangan dan produk yang sama. Maka akibat mungkin faktor kewangan yang terdesak kita terpaksa mencari barangan yang kurang kualitinya atau membuang beberapa barangan daripada senarai perbelanjaan isi rumah. Oleh itu berlaku lagi kemerosotan kualiti hidup rakyat Malaysia keseluruhannya samada di bandar atau nun ceruk di desa.

DI SINI ANDA JIMAT RM 300.00 LAGI DENGAN MEMILIH BARISAN RAKYAT

Sekarang dengan berlakunya kenaikkan minyak akan pula berlakunya kenaikkan tarif air dan elektrik. Maka para penyedia bekalan air dan elektrik yang sudah diswastakan dan dikorporatkan perlu menjana keuntungan untuk mengelakkan daripada bangkrap. Justeru kenaikkan tarif adalah hanya satu-satunya pilihan yang ada untuk memastikan pembekal air dan elektrik ini mencatatkan keuntungan. Mereka tidak akan lagi fikir untuk keselesaan rakyat kerana mereka juga terlibat dalam urusan perniagaan. Pasti tarif air dan elektrik akan naik mendadak.

Jika sebelum ini anda membelanjakan purata RM 100.00 sebulan untuk elektrik maka dengan kenaikkan 10% sahaja maka anda perlu membayar RM110.00 sebulan . Maka untuk setahun anda perlu membayar sebanyak RM 1320.00 berbanding RM 1200.00 setahun sebelum ini. Andaian ini mungkin untuk rumah yang tanpa penghawa dingin dan isi rumah seramai 5 orang yang cermat menggunakan elektrik serta barangan elektrik yang minimum.

MAKA DI SINI ANDA BOLEH JIMAT LAGI SEBANYAK RM120.00

Bagaimana pula dengan kenaikkan tarif air . Andaian penggunaan anda selama ini RM100.00 sebulan maka dengan kenaikkan 10 % maka perkiraan di atas boleh di ambil kira.

MAKA DI SINI ANDA BOLEH JIMAT LAGI SEBANYAK RM120.00

Apa lagi yang akan naik . Bayaran TOL akan naik pula di seluruh lebuhraya. Alasan yang akan digunakan ialah mungkin perjanjian konsesi yang sudah ditandatangani dan kenaikkan perbelanjaan pengurusan. Seluruh lebuhraya yang ada di Malaysia menggunakan elektrik untuk lampu-lampu yang ada di sepanjang lebuhraya. Kenaikkan harga minyak bermakna akan berlaku kenaikkan harga elektrik maka yang ada menggunakan tenaga elektrik pasti akan menaikkan kos.

MAKA DI SINI JUGA ANDA BOLEH MENIKMATI PENJIMATAN

Bagaimana pula dengan gula , tepung dan minyak masak. Walaupun ia barangan harga kawalan tetapi sejauh mana ia dapat bertahan. Yang akan ditonjolkan ialah masalah penyeludupan dan penyorokkan. Tetapi andai kita fikir dan lihat di media berapa banyak yang ditangkap sehingga dikatakan ia adalah punca kekurangan bekalan. Apabila harga gula , tepung dan minyak masak naik maka apa sahaja yang ada menggunakannya walaupun pada kuantiti yang sedikit juga akan mengalami kenaikkan. Justeru roti canai, roti, pisang goreng, kerepek , makanan ringan kanak-kanak, jus minuman pelbagai perisa, kuih muih, nasi lemak dan pelbagai lagi juga akan naik. More..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive