KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 13, 2008

Sejak Bila Najib Begitu Berminat Dengan Mesjid?

anakbapa.

Kritikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak ke atas Tok Guru Menteri Besar Kelantan ketika “berkempen pilihanraya” di Kelantan baru-baru ini berhubung “kegagalan” kerajaan PAS membina mesjid di negeri berkenaan sejak 17 tahun yang lalu amatlah pelik bin ajaib. Apa yang mengejutkan ialah ia datang daripada seorang manusia bernama Najib, yang memang seluruh rakyat Malaysia dan juga Mongolia kenali. Jikalau kritikan ini datang daripada Menteri “Agama” UMNO mungkin rasa terkejut kita tidaklah “sebrutal” ini kerana memang sewajarnya orang agama mengambil berat perkara sebegini rupa. Dan sememangnya sudah pun menjadi dasar sekular UMNO bahawa Islam itu hanya terletak di mesjid dan surau saja dan bukan di tempat-tempat lain. Tetapi untuk Najib menegur Tok Guru Nik Aziz berhubung isu pembinaan mesjid, ini memerlukan kajian mendalam dan terperinci fenomena luarbiasa ini yang rasanya hanya boleh didapati di negara Islam Hadhari sahaja!

Pertamanya, saya sarankan kepada UMNO Kelantan supaya jangan memalukan TPM dengan fakta yang salah. Sebenarnya untuk pengetahuan Najib terdapat banyak mesjid yang telah siap dibina sejak PAS memerintah Kelantan daripada tahun 1990 termasuk Mesjid Lapangan Terbang Ismail Petra, Masjid Baraah Pasar Besar Siti Khadijah, Mesjid Kota Darulnaim, Mesjid Al-Fathul Mubin, Mesjid Badang dan Mesjid Wakaf Che Yeh. Dan mesjid yang di dalam peringkat pembinaan ialah Mesjid Jubli Perak Pulai Chondong, dan Mesjid Jubli Perak Rantau Panjang yang dibina menggunakan seni rekabina Cina. Sebagai maklumat tambahan kepada Najib, pembinaan mesjid-mesjid atau apa saja projek kerajaan negeri di Kelantan tidak mewajibkan meletak papantanda “Satu lagi projek Kerajaan PAS” sepertimana yang dilakukan oleh BN kepada semua projek-projek mereka. Malah tidak ada kerajaan di dunia ini apabila ia memerintah ia hanya menjaga rakyat yang menyokong parti mereka sahaja. Hanya di negara Malaysia Boleh saja keadaan ini berlaku.

Jikalau Najib masih menafsirkan bahawa jumlah pembinaan mesjid ini agak “sedikit” dan melayakkan beliau untuk menyalak bahawa PAS tidak pandai membina mesjid, maka perlu kita ingatkan beliau bahawa mesjid-mesjid di Kelantan sememangnya banyak dan mampu menampung keperluan masyarakat setempat. Bagi menambahkan keyakinan beliau berhubung perkara ini, saya cadangkan Annuar Musa supaya membawa TPM bersiar-siar di sekitar Kelantan untuk melihat dengan sendiri mesjid-mesjid yang berselerakkan di merata tempat dan kalau boleh terus saja singgah untuk bersolat jemaah di mesjid-mesjid ini untuk melihat jumlah ahli jemaah yang hadir. Selepas itu bolehlah dibuat perbandingan dengan ahli jemaah yang hadir bersolat di mesjid-mesjid di Pekan atau di Putrajaya, lihat di mana lebih ramai. Tok Guru Nik Aziz bukan saja menumpukan perhatian kepada aspek pembinaan mesjid tetapi yang lebih utama memastikan seramai mungkin orang datang beribadah di mesjid. Program-program diatur termasuk bulan solat dan sebagainya bertujuan untuk memperingatkan umat Islam betapa pentingnya institusi mesjid di dalam kehidupan mereka. Bukankah tujuan dibuat mesjid itu untuk meramaikan pengunjung beribadat padanya? Dan pernahkah sebelum ini Najib menegur umat Islam terutamanya ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya mendekati mesjid. Malah saya juga ingin tahu adakah Najib selalu bersolat jemaah di mesjid, dan kalau kerap di mesjid mana? |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive