KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 23, 2008

JANGAN BANYAK CAKAP LA ......




Acara potong kek kemenangan. Kalau tak buat kerja lepas ni dengan korang semua aku potong.
Ronnie Liu sedang bercakap. Dia ni ok sikit..ucapannya tak panjang sebab bergegas nak ke perjumpaan lain di PJ.

Kelang 23 March 08 (No2umnO) - Hari ini aku di panggil oleh seorang kawan untuk melihat lihat majlis sambutan kemenangan Barisan Alternatif di Dewan Hamzah Kelang. Maka bergegaslan aku kesana untuk lihat bagaimana sambutan tersebut diadakan.

Ramai yang hadir terdiri dari kaum India, sedikit Cina dan melayu. Tempat letak kereta penuh dan aku terpaksa meletakkan kenderaan aku jauh. Berjalan kaki dan memasuki dewan yang tak pernah aku jejaki sebelum ini.

Sesak dengan tetamu dan aku terus meluru ke depan macam pemberita. Sibuk sibuk lebih baik dari tercengang cengang.

Apabila pengacara memberikan sedikit ucapan, maka ramai yang bertepuk sorak. Semuanya tentang kemenangan. " Ini kerajaan rakyat". Kalau sebelum ini, BA tidak pernah dapat menggunakan dewan bagi sebarang sambutan, berlainan kali ini. Mereka dengan mudah menyewa bangunan untuk upacara seperti ini. Dikatakan ini adalah upacara pertama yang diadakan di sana dan sebelum ini mereka ragu ragu untuk memohon kerana bimbang di tolak. Tak biasa lah katakan.

DI mulai dengan acara memotong kek. Tepuk sorak dari para tetamu. Bersemangat sekali. Kemudian di susuli dengan ucapan ucapan. Kelihatan Ahli Parlimen P110 - KLANG : Charles Anthony Santiago (DAP) dan Adun N47 - PANDAMARAN : Ronnie Liu Thian Khiew (DAP),pun datang bersama duduk satu meja bersama beberapa orang yang aku sendiri tak kenal.

Dan sekarang time aku nak belasah. Aku pelik dengan BR@BA ni satu je. Kalau dah jadi kerajaan tu, kena lagak macam kerajaan. Buang kan sikap pembangkang tu sikit dan jangan ikut style BN atau cara lama BA. Banyak sangat cakap. Bayangkan lah orang dah tunggu lama, dia bantai bercakap berjela jela. Yang best tu ..... entah siapa siapa pun nak turut sama bercakap. Bersemangat macam berkempen pulak dah. Aku menonton pelik campur geram. Apa jadah semua ni?

Berganti ganti dan setelah setengah jam, orang ramai masih tidak dijemput makan. Ini lah pemimpin berjiwa rakyat. Maka tidak pelik lah kalau Raja Petra pun naik marah dengan karenah pemimpin parti Pembangkang. Orang tak mahu tahu apa yang mereka akan lakukan. Menjadi kerajaan kerjanya untuk membantu rakyat, semua orang tidak mahu tahu apa yang mereka akan buat tetapi apa hasilnya kepada rakyat.

Kalau bercakap tu, jangan buang masa. Hey....aku nak ajar sikit pemimpin pemimpin dan bakal kerajaan ni. Kalau nak bercakap biar lah tetamu tu makan dulu. Masa tetamu makan, jumpa setiap meja dan bercakap dengan rakyat. Itu lebih mesra. Ini tidak ..... asyik bercakap dari waktu berkempen dulu sampai selepas pilihanraya. Tak habis habis lagi nak cakap.

Amaran !!! Kepada yang nak buat nama tu. Jangan ngada ngada nak nonjol diri. Jadikan politik untuk membantu rakyat. Pakai otak sikit lah...... Korang semua sedang diperhatikan.

Aku tunggu lagi 10 minit masih belum selesai dan aku pun belah....mengarut semua ni. Perut aku dah keroncong, nak cari makan. Tapi ingat.....kalau tak der perubahan, siap korang. Aku belasah lagi.... TUNGGUuuuuuuuu !!!!

3 comments:

UsZuNati said...

sedara...sebelum saya memulakan bicara saya nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa....adakah kita menghaditri sesuatu jemputan hanya untuk makan sahaja?...adakah kita pergi ke masjid hanya untuk solat sahaja?banyak yg perlu lg sedara sedari segala yang belum mencukupi diri.Baikilah...

radenjowo said...

manifesto dah ada. Semua dah tahu. Kalau dengar apa yang diceritakan, perkara yang diulang dan ulang. Bukan soal makan tapi soal perihatin nya seorang pemimpin kepada rakyat. Kalau anda sebagai pemimpin, apa agaknya yang rakyat mahu? Nak meraikan kemenangan. Apakah pengertian meraikan kemenangan itu? Adakah dengan bercakap cakap? Kalau anda diberikan peluang adalah lebih baik seorang pemimpin itu beramah mesra dengan penyokong. Bagaimana? Dengan menemui setiap mereka yang hadir. Sedikit keluh dari tetamu, besar pengertiannya. Untuk menjadi pemimpin bukan perkara mudah. Setiap hati perlu dijaga. kalau tak mampu, jangan jadi pemimpin.

Anonymous said...

alah.. bagi la can. BR@BA tak penah merasa jadik kerajaan kat selangor ni selama 50 tahun. so dlm keadaan sekarang semua orang teruja termasuk rakyat penyokong BR@BA sekali.
kita perlu jugak merayakan hari kemenangan tapi perlu berpada-pada dan ada had nya. lagi pon kita kena practical. takkan la semlm menang ari ni dah terus nampak perubahan drastik. kata org ibarat overnight change.
aku yakin pemimpin2 BR@BA ni walaupon mereka merayakan kemenangan tapi kepala diaorang ligat siang malam memikirkan agenda perjuangan demi kemakmuran rakyat. perlu diingat mereka ini bukan calang2 orang berbanding wakil2 rakyat BN. kebanyakan mereka adalah golongan intelek dan profesional yg cara hidup mereka amat sederhana.
jadi kita sebagai rakyat perlu bersabar. harus kita berikan pemimpin BR@BA ini ruang dan masa utk membuktikan mereka ini sememangnya hebat dan wakil terbaik kita untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat marhaen seperti kita dan jauh lebih hebat daripada wakil2 terdahulu daripada BN. maka kita kena lihat sejarah2 tamadun agung terdahulu. kegemilangan yg dibawa pemimpin2 tersohor mereka tidak berlaku dlm sekelip mata. dan mereka ini juga meraikan kemenangan mereka... wallahualam.

Posting terkini

Blog Archive