KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 7, 2008

Terserempak dengan "YB Kuala Trengganu" Mohd Sabu!

qistizahra
Salam Ft dan pencinta kebenaran,

KISAH BURUNG KELICAP DAN API NAMRUD

Mangsa yang hendak dibakar adalah Nabi Ibrahim as. Yang membakar adalah Namrud, pemerintah yang maha zalim ketika itu. Dia ada tentera. Dia ada polis. Dia ada Suruhanjaya tau. Pendek kata, memanglah maharaja Babylon tu bertamadun atau berhadhari. Sikit-sikit macam Islam hadhari kot?

Suatu hari maharaja buat keputusan. Mesti bunuh semua bayi lelaki. Sebabnya Tok Nujum meramalkan seorang anak lelaki akan lahir dan menumbangkan kerajaannya. Ahli Nujum tu namanya Khairi kot?

Suruhanjaya pun keluarkan perintah. Suami-isteri tak boleh bersama. Agaknya pada malam atau hari 8 Mac kot? Sebabnya Tok Nujum kata malam itulah 'conception' anak lelaki itu akan berlaku. Namrud percaya je. Dia pun 'endorse'kan perintah tu di tingkat 4 kot? Kesian la pasangan-pasangan di Babylon masa tu. Lebih-lebih lagi yang baru kahwin.

Tapi, mana boleh tahan beb? Itu hak suami-isteri yang Tuhan bagi. Malam itulah jugak hubungan suci ayahanda bonda Ibrahim terjalin.

Bila mengandung, si ibu sembunyikan kehamilannya. Ibrahim dilahirkan di dalam gua. Sebabnya kalau suruhanjaya jumpa anak lelaki baru lahir, pasti kena bunuh kerana Tok Nujum Khairi kata akan lahir anak lelaki yang akan menumbangkan kerajaan Namrud. Bodoh betullah Tok Nujum Khairi ni. Yang tumbang, kerajaan Namrud. Bukan Kerajaan Babylon. Yang tumbang kerajaan Barisan Nasional. Bukan Kerajaan Malaysia.

Sekali-sekala dalam setiap hari, si ibu menziarahi Ibrahim untuk menyusu dan membesarkannya.

Namrud gembira sebab dah bunuh semua kanak-kanak lelaki, sangkanya. Suruhanjaya pula memberi laporan begitu. Kadang-kadang sampai seorang kanak-kanak dibunuh sebanyak dua kali di tempat berbeza. Silap rekod katanya.

13 tahun berlalu. Kalau waktu Malaysia 18 tahun kot? Suruhanjaya nampak Ibrahim. Ditangkap Ibrahim. dan si ibu. Si ibu jawab, Ibrahim lahir sebelum ramalan Tok Nujum Khairi. Suruhanjaya bukan saintifik pun. Main percaya je. Namrud lega lagi. Lena lagi.

(saya 'cut' cerita Ibrahim pecahkan berhala ye?)

Si ibu kena bicara lagi sebab sorok maklumat kelahiran Ibrahim dari Suruhanjaya. Yang 'best'nya si ibu menjawab,"Saya fikir keputusan Maharaja dan Suruhanjaya merosakkan negara. Habislah rakyat tak beranak-pinak nanti. Mana ada lagi rakyat yang hendak dikuasai."

"Saya tak lapor kepada Suruhanjaya sebab saya nak lihat perkembangan Ibrahim sampai remaja. Kalaulah dia orangnya yang diramal Tok Nujum Khairi, saya akan bagi tau polislah. Jadi Maharaja boleh bunuh Ibrahim. Tk payahlah kanak-kanak lelaki lain jadi mangsa."

"Kalau Ibrahim bukan orangnya seperti yang diramal, maknanya saya dah selamatkan satu nyawa rakyat baginda yang bernama Ibrahim."

Hakim-hakim berpuashati dengan hujah si ibu. Sebabnya bukan hakim-hakim tu yang dilantik oleh Raja Keling Gambir kot? Maharaja dah mula tak lena.

Bakar Ibrahim! Itulah perintah Maharaja. Api dinyala Suruhanjaya. Marak merah saga.

"Campakkan Ibrahim ke dalam api tu! Sibuk sangat dengan Islam dia. Biar Tuhan Islam dia tolong dia. Tengok, siapa lebih berkuasa", ujar Maharaja.

Puteri Namrud, Ruzbah namanya. Nama timangannya mungkin "Malaysian People" kot? Beliau hairan melihat Ibrahim tidak apa-apa. Dah lama ditindas dalam api. 18 tahun lamanya kot? Tapi Ibrahim 'steady" je. Macam 'Kelantan Government'kot? Agaknya betul cara dan janji Ibrahim. Lantas Puteri Ruzbah bertanya,"Macammana nak jadi macam tu?" Ibrahim,"Baca Bismillahirrahmanirrahim. Terjun saja dalam api dengan nama Allah. Ini bukan eksperimen. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul."

Puteri Ruzbah baca Bismillahirrahmanirrahim dan terjun ke dalam api. Eh! Betullah! Api ni sejuk dan selamat. Ada bunga rampai lagi.

Burung kelicap kasihan melihat nabinya dibakar. Nak angkat senjata, dia tak daya. Nak kumpul bala tentera, dia tak ada. Yang ada hanyalah kudrat tak seberapa. Dititiskan air ke api merah menyala. Menggunakan lalang yang dah layu segarnya. Eh! Api padam. Kelicap tak pernah kecewa. Walau dia tahu, mana boleh setitik air boleh padamkan api merah menyala.


Tapi kelicap besar jiwanya. Hasil usaha diserah kepada yang Maha Kuasa. Usaha dicurah dengan 2 paruhnya. 2 paruh yang lebih kecil dari 2 jari manusia, yang mengundi menggunakan pena. 2 paruh yang lebih kecil dari otak manusia yang mudah kecewa dan mudah terpedaya.

Salawat

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive