KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 1, 2008

ISA: BN MEMANG TAK BOLEH HARAP

"Mahu saya simbahkan air asid ke muka Khairy ..."

“I tak boleh pakai badge ni sebab I luv ISA…. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA”, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo’ Lo menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir dan jawapannya ialah “saya tak boleh ambil badge ni … lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?”

Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu.

Itulah antara kata-kata sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.

Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkan YB Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting segera dibebaskan. more on detikdaily

No2umno - Kita tak boleh ubah BABI jadi KAMBING.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive