KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 1, 2008

Mufti benar Jom Heboh, syaratnya...

malaysiakini - (...) "Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain daripada aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan," katanya hari ini.

perlis malaysia youngest mufti mohd asri zainul abidin 241106Menurut kenyataannya yang dimuatkan di blognya, senarai artis bakal mengadakan persembahan hendaklah mendapat persetujuan Jabatan Mufti.

"Secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanah air," kata Dr Mohd Asri.

Program stesen TV swasta itu yang pada asalnya dikenali karnival 'Sure Heboh' dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya seperti sekarang pada 2006.

Program bergerak setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia mendapat bantahan Majlis Mufti Malaysia pada 30 Julai 2004. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive