KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 16, 2008

Mustapa Mohamed kata pembangkang tamak kuasa?

Utusmeloya - [...] Tawaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti merupakan taktik pintu belakang pihak pembangkang yang tamak kuasa selepas Pilihan Raya Umum Mac lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, taktik tersebut merupakan strategi politik yang tidak demokratik dan tidak beretika sama sekali.

Beliau berkata, rakyat sudah membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu dengan memberikan mandat sekali lagi kepada BN.

Oleh itu, kata beliau, semua pihak perlu meneruskan kehidupan dan tugas seperti biasa.

''Pada masa ini, banyak tugas perlu dilaksanakan dan saya berharap tidak ada gangguan melalui permainan politik seperti ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk menyertai parti pembangkang.

Beliau ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Kebangsaan 2008 dan Pelancaran e-pasartani@FAMA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdul Rahman dilaporkan berkata, jumlah yang ditawarkan oleh pembangkang supaya beliau menyertai mereka cukup untuk beliau hidup senang-lenang tiga generasi.

Mustapa ketika mengulas lanjut berkata, pihak pembangkang sepatutnya menunggu pilihan raya umum akan datang dalam tempoh empat atau lima tahun lagi.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menggunakan taktik kotor seperti ini.>> selanjutnya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive