KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 25, 2008

Orang Dapat Pulau Kita Dapat Batu, Negara kita tergadai

pakatanrakyat - [...] "Umno tidak perlu lagi bercakap mengenai kedaulatan negara, maruah negara, hak istimewa Melayu, Dasar Ekonomi Baru atau apa sahaja. Hampir kesemuanya telah dipersembahkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada konco-konco Lee Kuan Yew," kata beliau ketika diminta menngulas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan pulau itu adalah milik Singapura.

Sebelum ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerajaan BN telah menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura dengan pembatalan jambatan bengkok dan pembukaan wilayah Malaysia kepada pulau sempit itu di Wilayah Pembangunan Iskandar.

"Kalau Pulau Batu Puteh direntap oleh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), maruah dan kedaulatan negara ini dipersembahkan sendiri oleh kerajaan Barisan Nasional kepada Malaysia.

Gadai maruah

"Keputusan mahkamah kita hormati. Tetapi bolehkah kita hormati keputusan membatalkan pembinaan jambatan bengkok yang sekaligus merupakan penyerahan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura?" beliau mempersoalkan.

Tidak ada siapa pun atau mana-mana mahkamah pun yang menyatakan Malaysia tidak berhak membina jambatan itu, tetapi kerajaan Umno dan BN telah membatalkannya kerana takut berhadapan dengan tekanan Singapura. ... selanjutnya.

No2umnO - Kerana surat 'Acting SUK' boleh pengaruhi keputusan. Apa? Acting SUK ni Sultan ke?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive