KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 25, 2008

Tian Chua saran penduduk pertahankan tanah rizab Melayu

harakahdaily - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyeru penduduk Kampung Padang Balang, Gombak, di sini supaya mewujudkan satu mekanisme bertujuan mendapatkan keputusan terbaik apabila kerajaan mengambil tanah mereka nanti.

Bercakap dalam satu majlis dialog bersama penduduk di situ, beliau menasihatkan penduduk mempertahankan tanah rizab Melayu dan tradisi serta budaya kampung supaya tidak mudah diambil kesempatan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka.

Menurut beliau, Kampung Padang Balang termasuk dalam laluan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam draf pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun penduduk diberi masa sehingga Ogos ini bagi menyatakan masalah mereka terutama tanah yang akan diambil untuk projek tersebut. "Kita harap penduduk boleh buat satu jawatankuasa yang diwakili pelbagai pihak terutama tuan punya tanah terlibat. Kita harap pada Jun ini kita boleh bincang dengan jawatankuasa tersebut," ujarnya yang juga terkenal sebagai aktivis perjuang tanah rizab Melayu sebelum menjadi ahli Parlimen lagi. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive