KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 14, 2008

Amaran buat PM

Hah ... tidak ramai. Kata media, 2,000 orang. Ada media lain pulak tulis , "hanya 2,000 orang". Biaq apa pun media kata, aku peduli apa? .... ini rentetan perhimpunan terbesar sejak harga minyak di naikkan baru baru ini. Tapi, bayangkan 5 hb Julai. Berapa kah yang akan turun ke ibukota untuk bersama pemimpin mendesak? Aku rasa sekurang kurangnya pemimpin tau, orang luar pun tau. Itu Amaran buat mu Kekasih ...... Apa kata Mat sabu ...

harakahdaily - [...] Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut.

Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. Di tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan.

Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, "Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?"

Serentak kedengaran laungan "Tidak mahu" bergema di sepanjang Jalan Raja Laut.

Sehubungan itu Mohamad mengingatkan himpunan rakyat akan diteruskan sehingga pemerintah menurunkan harga minyak.... selanjutnya.
Tapi di dalam semangat untuk turun padang .... ini kena jaga - Pakatan Rakyat minta awasi sabotaj cemarkan perhimpunan hari ini

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive