KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 22, 2008

Sikit sikit, lama lama jadi penyakit

pkrAku tak hairan kalau penonton pertandingan Akhir Piala FA malam tadi tidak seramai yang di jangka. Kebiasaannya, penontong akan memenuhi barisan kerusi berwarna hijau di bahagian belakang pintu gol tetapi malam tadi tidak berlaku. Aku pun talipon member yang, ini alasan nya "Sorry bro, gua lepak kat rumah je, tengok TV. Tak larat bayar minyak"

Perhimpunan 100 hari pemerintahan Rakyat ... kawan dari kampung pun bagi alasan yang sama. itu juga aku berkunjung ke Restoran mamak di Shah Alam, pengunjung pun sudah berkurang. Tokey dah geleng kepala. Beberapa kedai yang aku pernah kunjungi pun ada yang sudah tutup. Semua orang mengeluh belanja semakin mahal. Ini belum cerita keluhan keluarga keluarga ..... terutama yang MARHAEN .. cam aku.

Tapi kerajaan dok sibuk cerita ekonomi meningkat la, harga pasaran hadapan belakang kiri dan kanan.... ape kejadah? Yang penting .. aku nak, minyak Turun.

Nak tau pening tak pening .. korang baca ni,

Masalah kewangan, lelaki cuba terjun flat
sinar
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga dan kewangan mengambil tindakan untuk terjun daripada bangunan lima tingkat di Blok 54, Flat PKNS Seksyen 7, petang semalam.

Ketua Operasi Menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Mohamad Shafie Abd Rawop berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.17 petang.

“Selepas lima minit, pihak kami sampai ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah berada di bumbung tingkat atas flat rumah berkenaan.

“Seramai tiga anggota ditugaskan untuk memujuk dan membawa mangsa turun,” katanya kepada Sinar Harian selepas kejadian.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan taktik memujuk bagi tujuan melengahkan mangsa daripada mengambil tindakan terjun sementara beg udara dipasang.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira satu jam memujuk mangsa daripada meneruskan niatnya untuk terjun.

Kata beliau, mangsa berumur 46 tahun itu difahamkan bekerja di sebuah syarikat penyelenggara lebuh raya di Shah Alam.

Menurut Shafiee, seramai 11 anggota termasuk pegawai serta dua jentera bomba bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan.

Dek kerana seorang pemimpin yang membawa bala, diikuti dengan barisan barua barua nya ... lepas ni ramai lagi rakyat Malaysia yang jadi lebih gila. Cam biawak

3 comments:

mangchikla said...

Aisey, dokek umah den. Flet marhain, punoy la panehhh.....semoga Allah memberikan iman, ketenangan dan penyelesaian terhadap masalah die , amin

rmj said...

Emmm!mcm mana biawak di libatkan dlm kes ni ,pelik juga,makhluk Allah tu tak penah kacau orang.

Anonymous said...

aku dtg stadium mlm tuh program 100hari Pakatan Rakyat...Hairan aku..!!

1) Kenapa bendera PKR je yg byk..??
2) Mana bendera PAS & DAP..??
3) Klu program tu anjuran Kerajaan Negeri...patutnya kena semua bendera Negeri Selangor laa...mana bleh bendera parti politik. ( PKR aje plak tu )
4) Aku dengar, PKR hijacked program tu dari K'jaan Negeri.
5) Nasihat aku....AMK S'gor jgn terlalu beria-ia sgt laa....dtg 40 org, yg keje panjat pasang bendera 10 org je...yg lain jadi apa....?? UMNO ke MANDOR...??

Posting terkini

Blog Archive