KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 27, 2008

Anwar umum kerusi Parlimen ditandingi minggu depan?

Mstar | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah pertengahan minggu ini, malam ini melahirkan minat untuk mencuba nasib di kawasan Bandar Tun Razak di sini.

Selari dengan pengumuman itu, Anwar juga berkata, pihaknya masih yakin akan membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September ini.

Bagaimanapun kata Anwar, beliau akan mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya minggu depan.

Kira-kira 2,000 orang membanjiri kawasan Masjid Isaniah, Bandar Tun Razak untuk mendengar ucapan Anwar malam ini - sebahagian daripada siri jelajah beliau ke seluruh sejak isu meliwat timbul sebulan lalu.

Mengenai nama empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disebut-sebut akan menyertai Pakatan Rakyat, Anwar berkata, ia akan diumumkan sebaik sahaja beliau memengangi kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil.
Pertengahan minggu ini, tumpuan Anwar menjurus ke arah bahagian Kulim-Bandar Baharu sebagai kerusi yang bakal ditandinginya.

Anwar mendedahkan beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan penyandang kerusi berkenaan, Zulkifli Noordin.

“Saya dah berbincang dengan Zulkifli dan beliau maklumkan bersedia untuk memberi laluan kepada saya jika pilihan raya kecil diadakan,” kata beliau.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive