KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 23, 2008

ISA keatas Raja Petra, Kekejaman tanpa mengira masa

Suarakeadilan | .... Hari ini, Raja Petra Kamarudin, seorang blogger yang berani mendedahkan apa sahaja akan dihantar ke Kem Kemunting di Perak bagi meneruskan kezaliman Barisan Nasional yang memerintah negara ini.

Beliau akan ditahan di Kemunting selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar, ISA adalah satu tindakan yang kejam dan zalim dalam keadaan Syawal yang bakal menjelma kelak.

“Sepatutnya didalam bulan ramadhan ini, haruslah dihormati, walaubagaimanapun BN gunakan akta yang zalim ini untuk menahan seorang penyebar maklumat politik bagi melindungi kepincangan politik mereka,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.

Katanya lagi, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi ternyata tidak menghormati kebebasan bersuara dan pemberi maklumat seperti yang dijamin dibawah pelembagaan.

“AMK menyelar sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperi kemanusiaan, sata percaya walau Raja Petra ditahan dia tidak akan mematikan semangat para blogger yang lain untuk sampaikan mesej kebenaran kerana mereka sayangkan negara,”katanya lagi.... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

Kekanda Sultan Selangor tidak mahu bertindak ke sebab kerabat tuanku dah dimasukkan ke Universiti Kedua. Titah Pak lah dan Syed Hamid mengadap tuanku. Raja adil.

Posting terkini

Blog Archive