KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 3, 2008

UMNO minta maaf lagi

Pada bulan April 2008, BN kecoh dengan isu angkat keris oleh UMNO. Gerakan dan MCA marah dan Ketua UMNO Malaysia, Hisammudin kemudiannya meminta maaf di atas keterlanjurannya. KLIK SINI

Ingat UMNO dah berubah ... tiba tiba jadi lagi ...di SINI

Dan hari ini, Najib

“Kami minta maaf, UMNO meminta maaf walaupun ia bukan kenyataan kami tetapi kenyataan itu telah dibuat oleh seorang daripada ketua bahagian kami. Ianya tidak wajar dan tidak mencerminkan pendirian dan sikap UMNO atau kepimpinan UMNO. Kami benar-benar kesal dengan perkara itu,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Presiden UMNO di sini hari ini. - UM
Ish Ish Ish ...... cuba ubah perangai sikit. Tak perlu minta maaf, kalau tak buat salah. Kalau dah selalu sangat buat salah, selalu pulak minta maaf ... orang akan kata, UMNO tak berubah ubah.

1 comments:

inderaloka said...

Salam hormat,
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa orang Cina di negara ini adalah pendatang dan menumpang, bukan sahaja menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Cina. Saya sebagai orang Melayu turut marah dengan kenyataan yang dikeluarkan itu. Telah 51 tahun negara kita merdeka tetapi kita masih mempunyai pandangan negatif terhadap bangsa lain yang telah sama-sama menyumbang ke arah kemajuan negara Malaysia yang tercinta. Yang peliknya, apabila pihak Umno/BN mengeluarkan kenyataan yang menyemarakkan sentimen perkauman, tidak pula ia mendapat liputan meluas dalam Utusan Malaysia, TV3 dan media arus perdana kawalan kerajaan. Tidak pula dalam Buletin Utama, wartawan-wartawannya meminta komen tokoh-tokoh masyarakat, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh politik mengenai kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera itu. Tidak pula akhbar Utusan Malaysia memperbesar-besarkan isu ini sebagaimana mereka memperbesar-besarkan isu kuota 10% penyertaan kaum bukan bumiputera dalam UiTM. Saya berpendapat, Ketua Umno Bukit Bendera bukan warganegara Malaysia yang sejati, kerana setelah 51 tahun Malaysia merdeka, beliau masih tidak mempunyai semangat Malaysia yang rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Tak Sungguh Tak Kata

Posting terkini

Blog Archive