KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 16, 2008

Anggota Kabinet mula JAUHI Pak Lah

MStar | Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.

"Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.

"Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga," katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

"Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau," tambahnya.... selanjutnya.
no2umno - Anggota UMNO sudah perasan perangai ramai ahli mereka sendiri. Pak Lah dah tiada gula, semut pun tak mau datang. Sekarang gula pada Najib. Tapi kalau Najib tiada kuasa ... bakal di buang macam sampah. Masa nya akan tiba. Kalau nasib baik .... tidak lama lagi. Tak caya tanya TG Nik Aziz.

1 comments:

Anonymous said...

kesian... macam ni la budaya umno ni. dah tau org tua tu macam dahan reput, mereka cepat2 pegi kat dahan baru. kalu tak nnt tak dpt pangkat/jawatan.

Posting terkini

Blog Archive