KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 20, 2008

Dr. M berhak buat kenyataan tentang UMNO - Rais

utusan | Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini membidas mereka yang mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan tentang Umno.

“Banyak pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan tentang Umno. Ini tidak sepatutnya menjadi satu isu,” kata Rais, yang juga Menteri Luar.

“Beliau ada locus standi (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno. Beliau menerajui parti itu selama 23 tahun.

“Kalau mereka ingin berkata sesuatu kepada beliau, jumpa beliau dan cakap secara berdepan dengannya. Dr Mahathir berhak untuk menyatakan apa saja yang beliau mahu tentang Umno,” katanya kepada pemberita pada Program Pertukaran Kebudayaan Rakan Malaysia anjuran Kementerian Luar di sini.

Sejak bulan lepas, ada pemimpin tertentu dalam Umno, termasuk presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menuduh Dr Mahathir menjadi punca perpecahan yang berlaku dalam parti itu.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive