KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit BERNAMA. Show all posts
Showing posts with label Belit BERNAMA. Show all posts

Mar 10, 2008

APA AGENDA BERNAMA?

Berikjut adalah berita yang dikatakan mampu mencetuskan masalah penganut agama di Malaysia. Isu HUDUD ini kerapa timbul selepas atau sewaktu pilihanraya. Hendak lagakan rakyat atau hendak timbul kan kekacauan? Menimbulkan isu ini pada ketika ini adalah satu usaha yang mempunyai muslihat tertentu ....

PAS Cadang Laksana Hukum Hudud Di Kedah

KOTA BAHARU, 9 Mac (Bernama) -- Kepimpinan PAS pusat berhasrat untuk melaksanakan sistem perundangan jenayah hudud di Kedah untuk dijadikan sebagai undang-undang negeri, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata perundangan yang akan dilaksanakan itu adalah mengikut Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 yang dicadangkan dikuatkuasakan di Kelantan.

"Kita akan laksanakan dalam kemampuan bidang kuasa kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat di sini hari ini.

Berikut adalah gerombolan editor yang terdapat di dalam BERNAMA


Datuk Azman Ujang
General Manager

Yong Soo Heong
Editor-in-chief

Datuk Zakaria bin Abdul Wahab
Deputy Editor-in-Chief Foreign/International Service

Zulkefli Salleh
Deputy Editor-in-Chief General News Service

Salbiah Said
Deputy Editor-in-Chief Economic Service

Feb 22, 2008

FITNAH BERNAMA: PEGUAM HANTAR SURAT PERINGATAN

Peguam hantar surat peringatan kepada Bernama - Husam
Rizal Tahir
harakahdaily

KOTA BHARU, 22 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) sekiranya tidak memperbetul laporan mengenai kenyataannya dua hari lalu.

“Saya melalui syarikat guaman Hisyam Fauzi And Associate akan menghantar surat nasihat kepada Bernama supaya menarik balik dan memperbetulkan semula laporannya sebelum ini.

“Juga kepada mana-mana media yang mengambil sumber berita Bernama supaya memperbetulkan laporan mereka,” katanya di sini, petang semalam.

Dalam laporan yang dibuat Bernama semalam Husam dilaporkan berkata PAS tidak mampu wujudkan negara berkebajikan sebagaimana yang terkandung dalam manifesto parti itu.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menasihatkan kepada media terbabit supaya bersikap lebih profesional terhadap laporan yang dibuat.

“Saya sudah berulang kali meminta semua media massa memainkan peranan yang lebih profesional,” ujarnya. more...

Jan 18, 2008

BERNAMA MERAPU RAPU


Tiga ulasan dari TG Nik Aziz Nik Mat di dalam BERNAMA,

  1. "Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.
  2. "Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan Pas akan menggunakan sistem itu," katanya.
  3. "Kita ada banyak hasil untuk membangunkan Kelantan," katanya.

dan cuba anda baca kandungan berita BERNAMA berikut: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR Yang Dianggapnya Bercelaru

No2umnO - Dimana ada kaitannya dengan ulasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz?
Hanya 3 ulasan dari TG NIK AZIZ, tapi Bernama memutarbelitkan cerita menjadikan ianya seperti ulasan dari puak puak UMNO pula. Melucukan, TG NIK AZIZ tidak menyebut pun tentang PKR tetapi ulasan wartawan sampai kesana. Mungkin angan angan untuk memecah belahkan BA seperti keadaan BN dan UMNO sekarang.

Inilah matlamat penubuhan BERNAMA, semata mata untuk merosakkan kualiti kewartawan negara. Tidak bebas, hidung dijolok dan diikat dengan tali lantas ditarik ramai ramai oleh pemimpin UMNO.

Mengulas yang bukan bukan seperti lagak seorang anak kecil yang baru belajar melangkah. Kalau ini lah gaya kerja wartawan di dalam BERNAMA, maka lebih baik jadi BLOGGER. Tak payah ada kelulusan, tidak perlu pengalaman dan main belasah semacam je. Free lagi.

Kepada editor dan wartawan BERNAMA, Kesiannya, dan kalau nak biarkan UMNO tarik hidungm jangan sampai koyak rabak.

Posting terkini

Blog Archive