KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Belit Zahid Hamidi. Show all posts

Nov 18, 2008

MENTERI GENGSTER - kebanggaan UMNO bagan datoh

amkbagandatoh | Tau or x tau ni le cerita nye. Amir bazli Abdullah hari ini mengalami trauma & kecacatan pada dahi setelah dibelasah oleh Zahid Hamidi. walau apepun mereka yang bertanggungjawab tetap berjaya sebagai menteri (jaga agama la konon),tengah melobi nak jadi Pengerusi UMNO Perak sungguhpun dah buat taik.
Saat ini keadilan penghakiman masih belum terlaksana dengan bersenang lenagnye politikus2 yang kebal dengan kuasa di tangan.
Amir telah ditumbuk lumat dan hampir dibunuh gara2 bercinta dengan anak Zahid. beberapa laporan telah dibuat namun jawapannye " MASIH DALAM SIASATAN". lama betul nak siasat, hingga kini masih belum ada sebarabg pendakwaan. ini jelas menunjukkan bahawa sistem kepolisan dan penghakiman pilih bulu. katakan ini kes si pulan, sudah pasti ada jalan penyelesaian.... selanjutnya.

Nov 11, 2008

Aktiviti Islam Hadhari perlu dipelbagaikan

Utusan | Pendekatan Islam Hadhari akan diperluaskan melalui aktiviti yang dipelbagaikan agar konsepnya dapat diterima oleh semua masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat menangkis tanggapan bahawa Islam Hadhari adalah agenda politik.

Sehubungan itu, kata beliau, pemahaman dan penerimaan Islam Hadhari akan dipertingkatkan agar ia tidak dimanipulasi oleh pembangkang sebagai alat politik.

''Wujudnya fahaman tidak betul mengenai konsep Islam Hadhari. Ada segelintir masyarakat yang menolak perkara ini kerana islahnya yang di polemikkan walaupun matlamat dan kandungannya sangat baik.

''Biarpun agenda itu diteruskan, telah wujud keadaan jumud, sekali gus membawa kepada rasa kurang senang masyarakat berikutan ada pihak yang cuba mempolitikkannya," kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Wacana Panel Pemikir Islam Hadhari di sini malam tadi.
Mufti dah kata ... bodohnya menteri ni.

May 7, 2008

MUFTI KATA JANGAN .....

Zahid: Islam Hadhari akan terus diperkasa

MStar - Hanya parti pembangkang sahaja berpendapat Islam Hadhari gagal dan memutarbelitan prinsip pendekatan itu dengan tujuan politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu, katanya pendekatan Islam Hadhari akan terus diperkasakan melalui pelbagai agenda bagi membina kesedaran dan penghayatan.

"Usaha juga sedang dijalankan untuk menyediakan piawaian Hadhari dengan menetapkan indeks 10 prinsip sebagai penanda aras bagi mengukur tahap pencapaiannya," katanya semasa menjawab pertanyaan Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata JAKIM telah menempatkan dua pegawai di setiap kementerian bagi membantu menyelaraskan pendekatan itu.

"Kenapa perlu fobia dengan Islam Hadhari ia bukan satu mazhab atau agama baru. Lihatlah isi yang ada dalam pendekatan Hadhari," katanya. BERNAMA

No2umnO - Apa komen Mufti Perlis? Ada menteri yang masih terus dengan Hadharinya .....

Apr 30, 2008

Jenayah Ahmad Zahid Hamidi

http://business.maktoob.com/BusinessImages/Interviews/20050516175521/Feature.jpg www.umno-reform.com - Telah dimaklumkan bahawa terdapat sebuah buku bertajuk Jenayah Ahmad Zahid Hamidi sedang berteraburan di sekitar PWTC. Kami telah di maklumkan bahawa buku itu adalah buku mengenai Zahid Hamidi sungguhpun isu ini sebenarnya adalah isu lama yang telah di bangkitkan semula. Sepanjang pengetahuan kami Siasah pernah mengeluarkan berita tersebut.

Menurut pengirim email tersebut, buku itu adalah keterangan orang yang kena pukul dan dimaklumkan bahawa yang memukul beliau adalah Zaihid Hamidi.

Sekiranya buku itu benar-benar wujud sila maklumkan kepada kami dan kami ingin mendapatkan naskah buku tersebut untuk dimuatkan keseluruhan ceritanya dalam laman ini. Hubungi laman ini untuk memaklumkan sekiranya buku itu wujud.

Apa pun kita masih belum tahu kesahihan buku tersebut. Kami telah menghantar email kepada pengirim yang memaklumkan kepada kami mengenai buku tersebut dan memohon sesalinan buku tersebut.

Apr 28, 2008

NAK PERCAYA ATAU TAK NAK?

Zahid melahirkan kebimbangan melihat integriti masyarakat hari ini sudah begitu rapuh seperti dimakan anai-anai, yang jika dibiarkan akan merosakkan terus sistem sosial masyarakat negara ini.
Zahid mulakan jihad perangi rasuah
MStar - Pembasmian rasuah akan mengambil langkah baru apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan rancangan 'Jihad Memerangi Rasuah' yang akan dimulakan secara besar-besaran tidak lama lagi.

Jihad itu pernah dibuat olehnya pada 1996 tetapi dalam kapasiti yang berbeza dan dengan kuasa penuh yang diberikan sekarang (sebagai Menteri), beliau berhasrat mengembalikannya semula untuk memerangi rasuah di kalangan kakitangan kerajaan melalui pendekatan Islamiah.

"Penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah oleh kerajaan yang dibuat baru-baru ini patut dialu-alukan oleh semua pihak dan kita melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) akan melancarkan jihad memerangi rasuah melalui peringkat akar umbi," katanya di Majlis Perasmian "Show Village" Timur di Bandar Enstek.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Tabung Haji Properties Sdn. Bhd, Datuk Azizan Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Properties Sdn. Bhd, Zaharuddin Saidon.

Zahid telahpun meminta pegawai JAKIM dan YADIM mengumpulkan nas-nas dan dalil-dalil pada hadis dan AlQuran berkaitan rasuah untuk dilontarkan pada ceramah dan kempen jihad itu nanti yang akan dibuat juga melalui media elektronik dan cetak. more...

No2umnO - Berani ke Zahid Sergah orang atas tu? Cakap boleh .... nak buat susah. Cam nih....aku boleh jadi menteri.

Apr 5, 2008

Islam hadhari faktor kekalahan BN?

The image “http://buletinonline.net/images/berita/zahid.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Buletinonline - De Fakto Menteri Agama, Zahid Hamidi mengatakan bahawa kekalahan UMNO/BN dalam pilihanraya umum lalu adalah disebabkan oleh Islam Hadhari.

Beliau berkata ramai pihak berpendapat bahawa prestasi merosot Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan oleh prinsip Islam Hadhari

“Jika dalam pilihan raya 2004, ramai yang beranggapan kemenangan BN disumbangkan oleh Islam Hadhari, maka kekalahan BN dalam pilihan raya baru-baru ini juga disebabkan Islam Hadhari,” katanya yang dipetik mStar Online.

Justeru beliau mengarahkan Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM), menjelaskan kepada semua pihak mengenai prinsip Islam hadhari yang diperkenalkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, Zahid sendiri yang tidak mempunyai latarbelakang pengajian agama bertindak umpama ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.

“IKIM akan menjalankan penelitian dan penyelidikan serta memperbetulkan mengenai konsep ketamadunan yang gagal difahami oleh ramai pihak,” katanya kepada pemberita selepas melawat IKIM di Jalan Duta, hari ini, Jumaat. more...

No2umnO - Kalau benar lah apa yang dikatakan ..... Zahid Hamidi cuba untuk menjadi sesumpah semula. Talam dua muka sungguh mamat nihhh.

Mar 17, 2008

MACAM SEMBANG KEDAI KOPI


Menjadi Lebih Profesional
muhammadkamal.

Pandangan Datuk Zahid Hamidi yang merupakan ahli majlis tertinggi UMNO pagi tadi di dalam satu wawancara dalam MHI bersama Ally Iskandar, bagi saya begitu mengecewakan.

Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya beliau memberikan pandangan yang lebih profesional dan rasional. Kekalahan BN di beberapa negeri sepatutnya diterima dengan hati terbuka. Masih menuding sana-sini, media alternatif seperti internet yang dipersalahkan. Beliau menyifatkan bahawa media alternatif seperti internetlah yang menjadi punca hilangnya pengaruh dan kepercayaan rakyat terhadap BN.

Iya! bukan semua maklumat dan berita-berita yang tersebar boleh dipercayai, namun tidakkah beliau terfikir, adakah media arus perdana itu boleh dipercayai seratus peratus ? dan hari ini beliau telah mempergunakan media untuk mempengaruhi rakyat dengan doktrin-doktrin negatif dan pandangannya itu tak ubah seperti berinteraksi dengan kanak-kanak.

Menyifatkan parti pembangkang bagaikan rumah usang adalah satu tanggapan yang membawa padah. Sepanjang wawancara bersama beliau, secara umumnya, saya rasa ianya tak ubah seperti sembang kosong di kedai kopi. Kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN dianggap berpunca dari orang lain. Wallah a’lam.

Apa pun, saya masih mengajak kita semua agar berfikir dan mengambil pengajaran terhadap senario politik Malaysia usai ini di semua peringkat. Baik dikalangan pemimpin kerajaan BN, mahupun pemimpin dari parti pembangkang dan juga rakyat.

Feb 23, 2008

ZAHID DULU PERNAH CUBA JADI KELAWAR

Tentu Zahid kenal siapa gambar di bawah ini. Atau Zahid sudah lupa yang kelawar ini pernah menjadi temannya.

Zahid: Parti pembangkang seperti 'kelawar'

IPOH: Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini, Sabtu menyifatkan parti-parti pembangkang seperti "kelawar" kerana hanya muncul dan berpakat pada musim pilihan raya sahaja tetapi menghilangkan diri selepas itu.

"Parti pembangkang ini macam kelawar yang muncul (banyak) apabila musim buah datang dan selepas habis musim buah terus hilang," katanya.

Beliau berkata yang menjadi masalah kepada rakyat ialah parti-parti pembangkang yang muncul setiap kali pilihan raya ini akan datang membawa isu-isu yang memecah belah perpaduan.

Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh bagi kali keempat, berkata masalah seperti itu terpaksa dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat BN negeri di kediaman Menteri Besar Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali di sini.

No2umnO - Dulu pernah juga di dedahkan kaedah samseng yang digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan teman lelaki anaknya. Soal pemimpin UMNO yang bersifat samseng bukan lah benda baru. Siang menjadi samseng, malam menjadi musang. Menjadi kan binatang sebagai mangsa. Pada ketika bersama Anwar Ibrahim, Musang ini pernah untuk menjadi kelawar. Rupanya keberanian tidak kemana akhirnya tunduk sujud kembali kepada golongan musang musang. Kalau musang lain cantik bulunya. Beliau lebih kepada golongan musang yang kurap. Menagih simpati ...... menyedihkan, tiada harga diri dan maruah.

Malah musang tidak kira siang atau malam dan membelasah bukan setakat ayam, tetapi telur telurnya sekali. Kalau hendak dibandingkan kejahatan UMNO selama ini, bukti sudah ada. Jahat Pembangkang ..... masih kesamaran kerana UMNO hanya mampu menuduh tanpa bukti. Soal salah guna kuasa dan bukti penyelewengan tidak pernah ada. Letak di tangan anda, samaada mahu pilih kelawar yang belum pasti atau kepada musang yang sememangnya musang. Musang yang cuba jadi kelawar dan kembali kepada musang yang berbulu ayam.

Feb 5, 2008

MARI MUNTAH BERAMAI RAMAI !!!!


Kerajaan BN Tidak Pernah Abai Rakyat Miskin

HUTAN MELINTANG, 5 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan rakyat miskin dan berpendapatan rendah dalam memastikan keluarga mereka tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Katanya pelbagai skim bantuan diwujudkan untuk meringankan beban mereka termasuk Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Tabung itu bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan pencapaian pendidikan selaras dengan dasar pendidikan wajib yang berkuatkuasa Januari 2003, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan KWAPM kepada 374 pelajar dari 16 sekolah rendah dan menengah Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta kepada tabung KWAPM bagi membantu pelajar miskin seluruh negara.

KWAPM memperolehi sumber kewangannya daripada pelbagai hasil cukai yang dikutip kerajaan dan dipulangkan kepada golongan miskin walaupun golongan itu tidak menyumbang kepada cukai pendapatan, katanya.

"Ini jelas membuktikan kerajaan BN bersikap adil mengagihkan sumber kewangan yang diperolehi dari golongan berada dan disumbangkan kepada golongan miskin," katanya.

Beliau berkata tanggungjawab membela rakyat miskin tanpa mengira kaum telah lama dipraktikkan oleh kerajaan BN.

Oleh itu, katanya, pilihan raya umum merupakan masa yang tepat bagi rakyat semua kaum membalas jasa kerajaan dengan memberi sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan.

No2umno - Zahid minta rakyat membalas jasa kerajaan kerana kononnya kerajaan membela nasib orang miskin tak kira bangsa..... (Kejap ... nak ambil tin susu kosong) ........ Ghhhhaaiiiiiittttt TUiiiiiiiiiiiiiii......ggghhheeeaailklklll pppttttuiiiiiii ....... geli geleman pulak tekak ni....macam nak muntah hijau pun ada....komen lain kali lahhhh...

Dec 29, 2007

Phuyoo...44 hari, belit baru Zahid Hamidi.

http://web5.bernama.com/events/umno2006/img/41.jpg “Saya akan berusaha menyelesaikan segala masalah yang berlaku di setiap kawasan pilihan raya sebaik dan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Penerangan dan pemimpin UMNO Perlis pelbagai peringkat di sini, hari ini.
Zahid janji 44 hari selesai masalah

KANGAR 28 Dis. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mendengar dan meneliti setiap permasalahan yang wujud di kawasan pilihan raya tertentu di seluruh negara dan akan kembali ke kawasan berkenaan dalam tempoh 44 hari untuk cuba pula menyelesaikannya.

No2umno - Kekadang belit pemimpin UMNO ni melampau lampau. Kelakar pu ada. Mungkin pada diorang semua tu Normal. Tapi kita dengar....meleleh tahi telinga.

Posting terkini

Blog Archive