KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

ZAHID DULU PERNAH CUBA JADI KELAWAR

Tentu Zahid kenal siapa gambar di bawah ini. Atau Zahid sudah lupa yang kelawar ini pernah menjadi temannya.

Zahid: Parti pembangkang seperti 'kelawar'

IPOH: Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini, Sabtu menyifatkan parti-parti pembangkang seperti "kelawar" kerana hanya muncul dan berpakat pada musim pilihan raya sahaja tetapi menghilangkan diri selepas itu.

"Parti pembangkang ini macam kelawar yang muncul (banyak) apabila musim buah datang dan selepas habis musim buah terus hilang," katanya.

Beliau berkata yang menjadi masalah kepada rakyat ialah parti-parti pembangkang yang muncul setiap kali pilihan raya ini akan datang membawa isu-isu yang memecah belah perpaduan.

Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh bagi kali keempat, berkata masalah seperti itu terpaksa dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat BN negeri di kediaman Menteri Besar Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali di sini.

No2umnO - Dulu pernah juga di dedahkan kaedah samseng yang digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan teman lelaki anaknya. Soal pemimpin UMNO yang bersifat samseng bukan lah benda baru. Siang menjadi samseng, malam menjadi musang. Menjadi kan binatang sebagai mangsa. Pada ketika bersama Anwar Ibrahim, Musang ini pernah untuk menjadi kelawar. Rupanya keberanian tidak kemana akhirnya tunduk sujud kembali kepada golongan musang musang. Kalau musang lain cantik bulunya. Beliau lebih kepada golongan musang yang kurap. Menagih simpati ...... menyedihkan, tiada harga diri dan maruah.

Malah musang tidak kira siang atau malam dan membelasah bukan setakat ayam, tetapi telur telurnya sekali. Kalau hendak dibandingkan kejahatan UMNO selama ini, bukti sudah ada. Jahat Pembangkang ..... masih kesamaran kerana UMNO hanya mampu menuduh tanpa bukti. Soal salah guna kuasa dan bukti penyelewengan tidak pernah ada. Letak di tangan anda, samaada mahu pilih kelawar yang belum pasti atau kepada musang yang sememangnya musang. Musang yang cuba jadi kelawar dan kembali kepada musang yang berbulu ayam.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive