KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

AWAS !!! PEMBOHONGAN MEGA PRU 12

SPR mula 'main kotor' untuk bantu BN menang PRU Ke-12
harakahdaily.net

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Hrkh)- PAS serta Barisan Alternatif (BA) mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan sengaja akan mencari kesilapan teknikal bagi membatalkan kelayakkan calon-calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) menjelang hari penamaan calon esok.

Ini kerana, beberapa peraturan baru yang dibuat disaat akhir ini banyak menyusahkan calon-calon yang bakal bertanding.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata, SPR seperti sudah diarah oleh pihak tertentu dengan peraturan yang menyusahkan rakyat.parti-parti pembangkang.

Katanya, SPR sengaja mahu mencari kesalahan teknikal yang sebelum ini tidak perlu tetapi disyaratkan dalam PRU Ke-12.

"Kita (PAS) mempertikaikan bayaran RM10 untuk duti setem yang dikenakan oleh pihak SPR kepada calon-calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya kali ini.

"Kita telah beberapa kali hadapi pilihan raya sebelum ini dan tidak pernah dikenakan peraturan itu," tegasnya.

Katanya, peraturan tersebut mengejutkan banyak pihak dan kemungkinan terdapat calon-calon yang tidak sempat mengangkat sumpah.

Menurutnya, kelewatan pihak SPR memaklumkan peraturan baru tersebut menyusahkan serta menjadi taktik 'kotor' bagi kesilapan teknikal sahaja. - mr
Rujuk ini juga
Arahan kenakan duti setem cuba perangkap pembangkang

KOTA BHARU, 23 Feb (Hrkh) – Pejabat Peguam Negara dikatakan mengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan borang-borang penamaan calon dikenakan duti setem sebelum dikemukakan pada hari penamaan calon esok.

Dan borang pencalonan yang tidak dibayar duti setem difahamkan diarah supaya ditolak pada hari penamaan calon.

Sedangkan pada borang pencalonan ditulis perkataan tidak perlu kepada pembayaran duti setem sebagaimana diamalkan 11 kali pilihan raya sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, arahan tersebut dibuat secara tergesa-gesa pada petang Khamis lalu.

“Ketika itu hanya tinggal tidak sampai sejam lagi pejabat hendak tutup. Bagaimana kita hendak selesaikan bayar duti setem kesemua 59 borang iaitu 45 Dun dan 14 Parlimen. Ketika itu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah hendak tutup.

“Cuba tuan-tuan bayangkan bagaimana hendak selesaikan dalam masa begitu singkat. Bukankah kelam kabut jadinya,” katanya pada ceramah memperkenalkan calon PAS bagi peringkat parlimen Kota Bharu di Dataran Stadium di sini malam tadi.

Difahamkan arahan itu dikeluarkan pada jam 4 petang hari Khamis yang dianggap banyak pihak sebagai usaha memerangkap pembangkang.

Bagaimanapun Wan Abdul Rahim berkata, SPR dapat membantu menyelesaikan masalah itu dengan mengarahkan LHDN membuka kaunter pada hari cuti Jumaat dan Sabtu.

“SPR lebih bersimpati dengan kita sehingga mengeluarkan arahan supaya kaunter LHDN dibuka. Arahan supaya dibayar dikenakan duti setem kita percaya ia bukan dibuat SPR, tetapi pihak lain.

“Mengikut maklumatnya arahan yang tidak masuk akal itu dibuat Pejabat Peguam Negara dan kita percaya ia bukan dilakukan SPR. Dan mungkin juga pejabat Peguam Negara menerima arahan daripada pemimpin tertinggi negara,” katanya. more...

No2umno -
Musa dilaporkan berkata polis sudah mengenal pasti lapan negeri "panas" ...
Melalui berita yang disiarkan sebelum ini, MUSA HASSAN di katakan sudah mengenal pasti 8 negeri kawasan panas. Namun, menjadi satu kenyataan, kenapa beliau enggan memberitahu negeri negeri tersebut. Adakah kawasan terbabit adalah kebanyakkannya di bahagian utara yang bercuti mingguan pada Jumaat dan Ahad? Lantas kenapa SPR hanya menyatakan undang undang baru duti setem borang pencalunan pada jam 4.00 ptg hari Khamis? Kenapa tidak diwartakan pada waktu yang sama bersama kenyataan tentang peti undi lut sinar dan cat tangan?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive