KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

Khairy kena belajar Islam semula

dppputrajaya
oleh assyabab

Berita utusan hari ini:…
JITRA 22 Feb. - Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin hari ini mencabar Pas supaya meletakkan konsep negara Islam dan kebajikan di dalam manifestonya serta tidak berbohong kepada rakyat keupayaannya membentuk kerajaan.

Beliau berkata konsep negara Islam yang dicanangkan parti itu kerap berubah dan lari daripada tujuan asal kerana terpaksa tunduk kepada tuntutan pakatan pembangkang.

Beliau menyifatkan gabungan parti pembangkang suka kahwin-cerai iaitu mereka ‘berkahwin’ menjelang pilihan raya dan bercerai selepas pilihan raya.

“Bagaimana mereka hendak menetapkan pendirian kerana antara parti pembangkang tidak ada persamaan dalam banyak hal,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pasukan “Sedia Gempur Pemuda BN Kubang Pasu” di sini hari ini.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, jika parti pembangkang menang sekalipun, gabungan ketiga-tiga parti itu tidak mungkin dapat menentukan siapa yang berhak dilantik menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Sewaktu berucap merasmikan gerak gempur itu, Khairy berkata idea seperti memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa, pendidikan percuma dan kos perubatan percuma dalam konsep kerajaan kebajikan Pas adalah mustahil dijalankan dan boleh menyebabkan kerajaan muflis.

Kerajaan yang muflis tidak dapat melaksanakan projek pembangunan dan negara ini akan dirundung masalah sehingga ramai akan jatuh miskin, tidak mempunyai pekerjaan dan peluang ekonomi terbantut, katanya.

Khairy berkata, Pas berani mengemukakan idea seumpama itu kerana tidak berpengalaman memerintah sebuah negara dan tidak boleh membezakan komplikasi idea kerajaan kebajikan dan ekonomi negara secara keseluruhan.

“Tak payah cakap pasal kerajaan kebajikan, tahun lepas sahaja BN sudah bagi subsidi RM43 bilion. Jumlah tu boleh buat 500,000 rumah kos rendah atau 15 jambatan kedua Pulau Pinang tapi BN gunakannya bagi mengurangkan beban rakyat supaya kenaikan harga barang dapat dikawal,” jelasnya.

Mengenai pemilihan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz bertanding di Jerlun, Khairy berharap UMNO bahagian itu menerima baik anggota Exco Pemuda UMNO itu sebagai seorang pemimpin pusat dan berharap tiada masalah timbul bagi memastikan kemenangan BN.

Negara amanah, bersih dan adil menuju negara berkebajikan itu merupakan konsep negara Islam dalam bahasa atau pun maksud yang lain. Ia hanya akan difahami oleh orang yang faham tentang agama Islam.

Ini lah masalah UMNO bila menilai Islam itu hanya dari sudut ibadat semata-mata.. Saya merasakan Khairy belajar semua ni masa kat Oxford dulu. Khairy hanya tahu Islam tu solat, puasa dan kawin. Menunjukkan kefahaman Khairy tentang Islam sama dengan kafahaman seorang penganut agama lain terhadap mereka.

Inilah hasil sijil oxford sekular yang beliau perolehi. Bila melakukan sesuatu perkara tak kira dosa pahala. Itu sebabnya mereka ni sewenang-wenangnya rompak duit rakyat. Pak Lah yang mempunyai berketurunan ulama’ pun tak mampu nak mendidik anak menantunya. Malahan beliau yang didik oleh Khairy, sehinggakan memegang dan mengusap bahu gebu Michelle Yoh tanpa rasa bersalah.

Saya mencadangkan Tok Guru memberikan pendidikan percuma untuk Khairy pergi sekolah pondok di kelantan. Duduk belajar kitab dengan kanak-kanak pondok yang lain. Ataupun kalau malu, tok guru buat sekolah agama untuk orang-orang tua (macam filem P.Ramlee pendekar Bujang Lapok). Tawar kepada Dr.Mashitah untuk jadi cikgu sekolah tersebut.hehehehe.. Mesti laku sebab ramai orang UMNO ni tak faham Islam.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive