KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

Demo dpn rumah Tajol : Ada permit ka?

alhusseyn51.

Malam semalam beberapa ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan perisytiharaan calun oleh Tajol Rosli MB Perak , telah mengadakan piket disekitar perkarangan Kediaman Menteri Besar.

Mereka telah melekatkan beberapa poster dipintu masuk ke Kediaman tersebut.Mereka berkampung disitu sehingga keesokan paginya.Mereka tidur dipersekitaran perkarangan Kediaman MB Perak.Mereka makan minum juga disitu dan kelihatan letih disebelah pagi tadi ; bukan kerana tidak cukup tidur tetapi semua protes mereka diketepikan oleh Tajol Rosli begitu sahaja.

Tetapi yang paling ironisnya ialah piket atau perhimpunan mereka tidak pula dikasari atau dihadapkan dengan water cannon sebagaimana himpunan ‘HINDRAF’ atau ‘Bersih’ November tahun lalu.

Pimpinan BN yang sering berkata demonstrasi seumpama itu bukan tradisi orang Melayu terbukti meleset.Kenapa himpunan malam tadi boleh dibenarkan tanpa gangguan polis walaupun banyak kenderaan diletakkan disepanjang jalan disitu yang jelas melanggar undang-undang jalan raya dan menganggu lalu lintas disitu.

Beberapa pegawai Polis biasa – bukan FRU Kepala Merah yang hadir waktu itu hanya memerhati sahaja dan membiarkan peristiwa tersebut tanpa apa-apa gangguan.

Mengapa Himpunan ‘HINDRAF’ dan ‘Bersih’ tidak diberikan layanan yang sama? Adakah kumpulan Umno yang protest dan berdemo sepanjang malam semalam mendapat permit dari pihak polis?

Kalau mereka mendapat permit, kenapa ‘HINDRAF’ dan ‘Bersih’ tidak boleh diberikan permit untuk berhimpun secara aman?

Dan kalau mereka tidak diberikan permit, kenapa pihak polis tidak bertindak dengan memburu , menembak gas pemedih mata, water canon dan menangkap mereka?

Jawapan kepada persoalan tersebut ialah Umno bukan demokratik.Umno merupakan parti yang mengamalkan autokrasi dalam pentadbiran mereka.

Kepada pendokong-pendokong Umno yang kecewa dengan tindakan Umno selama ini, marilah bertukar bendera dan bersama-sama membaiki keadaan yang punah disebabkan oleh Umno.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive