KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

Arahan Bayar Duti Setem Cubaan Batal Pencalonan

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/msabu.gif” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline.net

Kuala Terengganu, 22 Feb - BERSIH malam ini mendakwa tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghendaki calon mengemukakan borang penamaan berserta Akuan Berkanun yang dimatikan dan dibayar duti setemnya sebagai satu cubaan untuk membatalkan pencalonan.

Pengerusi BERSIH yang juga Naib Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat daripada SPR mengenai perkara itu pada pukul 12 tengah hari Khamis.

"Arahan pada saat-saat akhir ini menyebabkan calon kita di negeri-negeri yang cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak dapat membayar duti setem kerana pejabat pos tutup.

"Bayangkan jika mereka yang perlu mengisi borang itu dari kawasan pedalaman di negeri-negeri yang cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Mohamad berkata SPR bukan sebuah jawatankuasa ad-hoc yang tidak mengetahui proses perjalanan pilihan raya kerana badan itu telah wujud sebelum merdeka dan arif mengenai amalan demokrasi itu.

Beliau berkata tindakan SPR itu bertentangan dengan peraturan perjalanan pilihan raya kerana di borang akuan bersumpah, duti setem adalah dikecualikan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive