KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

SPR akan bantu BN Menang dengan Kesilapan Teknikal

buletinonline.net
Ditulis oleh WanKay & SM Noor

Kuala Terengganu, 23 Feb - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dengan sengaja mencari kesilapan teknikal bagi membatalkan kelayakkan calon-calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.(Foto: Dato' Pa bersma Pengundi Tionghua di Kuala Terengganu, kelmarin)

Beberapa peraturan baru yang dibuat disaat akhir oleh SPR dilihat banyak menyusahkan calon-calon yang bakal bertanding.

Dato’ Mustafa Ali Pengarah Pilihan Raya PAS berkata pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diarah oleh pihak tertentu dengan peraturan yang menyusahkan rakyat.

Beliau mengatakan demikian di majlis ceramah anjuran BERSIH berhampiran Pasar Cabang Tiga, dekat sini semalam.

Katanya, SPR sengaja mahu mencari kesalahan taknikal yang sebelum ini tidak perlu tetapi disyaratkan dalam PRU Ke-12.

“Kita mempertikaikan bayaran duti setem RM10 yang dikenakan oleh pihak SPR kepada calon-calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya kali ini.

“Peraturan ini belum pernah dikenakan sejak 11 kali piloihanraya yang lalu,” jelasnya.


Peraturan tersebut mengejutkan banyak pihak dan kemungkinan terdapat calon-calon yang tidak sempat mengangkat sumpah.

Menurutnya, kelewatan pihak SPR memaklumkan peraturan baru tersebut menyusahkan serta menjadi taktik ‘kotor’ bagi kesilapan taknikal sahaja.

Buletin Online dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah, Zainal Abidin Zakaria mensyaratkan calon-calon yang akan bertanding di Kedah perlu menguruskan soal pembayaran duti setem hari ini (Sabtu), sedangkan hari Sabtu adalah hari cuti di Kedah.

Celup jari SPR tidak wajibkan?

SPR juga gagal memenuhi semua tuntutan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Empat tuntutan Bersih adalah Penggunaan Dakwat Kekal, Pembersihan Daftar Pemilih, Pemasuhan Undi Pos dan Akses Kepada Media gagal dipenuhi oleh pihak SPR.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata pihak SPR tidak memberi jawapan tegas tentang mewajibkan penggunaan dakwat celup jari dalam pilihan raya kali ini.

“Walau pun pihak SPR kata dia akan guna dakwat celup jari tetapi sehingga kini tidak ada jawapan tegas(samada) mewajibkan atau tidak kepada setiap pengundi.

“Maklumat yang kita terima pengundi boleh celup dan boleh tidak(celup). Sesiapa yang tidak mahu celup jari boleh mengisi borang khas di hadapan SPR,” jelasnya.


Justeru itu, beliau menegaskan jikaia tidak ‘wajib’ (celup jari) lebih baik semua sekali tidak perlu celup.

Menurutnya, penipuan akan berlaku juga, pihak yang tidak celup jari itu boleh mengundi sekali lagi di tempat lain.

Antara yang hadir serta berucap pada majlis tersebut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu serta Ketua Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Yusri Mohd Hakim.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive