KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

Modal Insan?

ketuaperusuh

Bukan main gah lagi Barisan Nasional mencanangkan agenda pembangunan modal insan setiap kali mengadakan ceramah, rapat umum mahupun siaraya terbuka dan tertutup. Semenjak Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, inilah satu mantra (isim) yang selalu berada dibibirnya setiap kali berbicara.

Malah boleh dikatakan para pengikut Abdullah Ahmad Badawi (di dalam Barisan Nasional) senantiasa berusaha untuk menunjukkan modal insan. Namun apakah sebenarnya modal insan yang dicanangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi tersebut mampu membentuk para pemimpin Barisan Nasional yang muluk sahsiahnya. Terdapat ramai pemimpin Barisan Nasional yang kecoh mencanangkan konsep modal insan namun diri mereka terpalit dengan onar, buruk sahsiah dan tingkah laku.

Sebagai contoh, dikala Abdullah Ahmad Badawi menaja konsep Modal Insan, kita dapat lihat dan dengar beberapa pemimpin Barisan Nasional yang terlibat dengan gejala rasuah, ugut, maksiat dan salah guna kuasa. Malah Abdullah Ahmad Badawi sendiri juga tidak terlepas daripada gagal menerapkan modal insan kepada dirinya sendiri.

Antara contoh-contoh utama kegagalan modal insan yang diwarwarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi terlihat daripada senarai dibawah ini. Semua ini adalah contoh kurangnya sahsiah pada pemimpin yang sedang kecoh mempromosikan konsep modal insan;

1. Abdul Azeez Abdul Rahim (Ketua Putera UMNO dan Mat Rempit) telah ditangkap kerana terlibat dengan gejala maksiat di Hotel Holiday Villa Subang, namun dengan kerjasama pihak polis beliau dapat meloloskan diri daripada ditahan. Beliau juga telah ditangkap khalwat namun dapat menyelesaikannya dengan berkahwin dengan pasangan khalwatnya supaya isu khalwat tersebut dapat disaring dan dibersihkan. Terlibat dengan isu kes pembelian sijil/diploma/ijazah palsu daripada intitusi maya yang tidak dikenalpasti dan tidak diakreditasikan, malah mencanangkan bahawa beliau mendapat sijil/diploma/ijazah tersebut atas kapasitinya sebagai pelajar (walhal tidak pernah menjejakkan kaki kemana-mana IPTA/IPTS).

2. Chua Soi Lek (Bekas Menteri Kesihatan) yang terbukti rendah sahsiahnya sehingga terpaksa mengaku bahawa beliau telah melakukan seks tanpa nikah dengan pembantu peribadinya itupun setelah kecoh DVD lucahnya tersebar diserata pelusuk Malaysia. Malah beliau tidak segan silu pula bertegas untuk melakukan “road tour” diseluruh Malaysia demi untuk menerangkan mengenai kekecohan dan salah laku yang beliau buat kepada masyarakat umum kononnya sebagai usaha untuk membersihkan imej beliau. Dengan bantuan pihak polis, beliau berjaya mengkesampingkan (divert) isu tersebut sehinggakan beliau tidak ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah sedangkan pihak lain (pembeli, penerima dan penonton DVD) pula yang menerima padah sehingga ditangkap, disiasat dan dihukum di Mahkamah.

3. Adnan Mansor (Menteri Pelancongan) yang terkenal sebagai orang yang menyamar sebagai orang bergelar (Tengku) sedangkan keturunannya tiada sangkut paut dengan mana-mana kerabat diraja. Malah salahsilah beliau telah berjaya dikaburkan bertujuan untuk mendapatkan status Tengku. Beliau juga terlibat sebagai satu watak utama dalam isu Video VK Linggam dimana beliau disahkan menjadi perantara antara VK Linggam dengan pimpinan atasan Barisan Nasional. Beliau juga terlibat dalam skandal syarikat judi dan beberapa kes rasuah, salah guna kuasa dan penipuan termasuklah yang berkaitan dengan isu penerbitan video yang kononnya diterbitkan untuk Kementerian Pelancongan. Dalam banyak kes, beliau berjaya mendapatkan kerjasama pihak polis dalam menyelesaikan isu-isu ini sehinggakan beliau tidak ditangkap, disiasat ataupun disabitkan dengan mana-mana kes.

4. Dr Rahman Ismail (Bekas MP Gombak) yang terkenal kerana isu gambar berdua-duaan dengan isteri orang disebuah bilik hotel. Namun walaupun beliau telah terbukti melakukan maksiat (khalwat) namun dengan kerjasama baik pihak polis maka beliau tidak ditahan, disoal siasat dan dikenakan apa-apa hukuman. Malah boleh pula mencanangkan bahawa moral beliau memang tinggi sehingga sanggup menabur wang sebagai bantuan kepada sebuah sekolah kononnya untuk membantu meninggikan syiar Islam.

Sebenarnya terlalu banyak contoh modal insan yang terlalu kotor, rosak dan busuk dalam kepimpinan Barisan Nasional yang kalau saya tuliskan dalam blog ini mungkin akan mengambil ruang yang terlalu besar. Ramai lagi pemimpin Barisan Nasional yang terpalit dengan gejala maksiat, rasuah, ugut dan lain-lain yang seterusnya mencacatkan konsep modal insan yang dicanangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh yang demikian, kepada mereka-mereka didalam Barisan Nasional, saya ingin nasihatkan supaya janganlah menggunakan idea modal insan ini kerana anda sebenarnya memang tiada modal insan malah amat kurang sahsiah diri. Tidak payahlah anda semua berlakon dalam isu Modal Insan ini kerana 99 peratus anda (Ahli Barisan Nasional) sendiri memang kurang sahsiah diri termasuklah Pirdaus Ismail, Mashitah Ibrahim. dan Amran Kasimin.

Maaf kerana tidak mengenengahkan mana-mana pangkat gelaran yang dikurniakan oleh YM Sultan atau YDP Agong kerana pada saya anda sebenarnya tidak layak membawa gelaran tersebut (yang anda dapat dengan cara yang tidak sewajarnya) selagi mana sahsiah diri anda adalah kosong (nil).

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive