Radenjowo
Ada ramai yang memuji Mahathir. Aku antaranya. Tapi yang salah tetap salah, walaupun aku disogok dengan duit, kain pelikat dan biasiswa, yang tidak benar tetapi tidak benar dan kerana itulah aku bukan ahli UMNO. Kalau aku jadi ahli UMNO, sudah pasti aku diantara mereka yang dihalau ketika Forum PASCA UMNO PRU12 tempoh hari.
Taksub UMNO sudah ke tahap yang membimbangkan. Kalau BN itu adalah agama, UMNO adalah mahzab yang menyongsangkan. Ada yang menganggap Mahatir seperti wali dan Pak Lah bagaikan Tuhan. Tanpa mereka, kononnya hidup terumbang ambing. Itu pendirian orang yang tidak beriman. Rezeki bukan dari mereka dan kerana itu mereka tidak boleh dianggap Tuhan. Tapi kita tak akan faham dengan fahaman sesetengah orang yang terlalu taksub dan menuduh orang lain pula yang taksub.
Dalam bijak bijak Mahathir sebenarnya beliau tidak lebih dan tidak kurang seperti kita semua. Sering melakukan kebaikan dan juga kejahatan. Dan tidak kurang juga kesilapan, Sejauh mana mereka sedar, aku tak tahu tapi yang pasti aku tahu kesilapan beliau. Sejauh mana orang boleh menilainya, itu terserah kepada sifat kemampuan seseorang itu. Kalau dah lama sangat di sumbat dengan khabar gembira, maka gembira lah mereka. kalau di dedahkan dengan salah guna kuasa, maka Mahathir itu adalah pengkhianatnya.
Kini Mahathir akui Najib lemah. Sebelum ini dia sendiri yang memertabatkan Najib sebagai manusia yang layak menggantikan Dollah Badawi. Bagaikan tiada lah yang layak kecuali Najib sahaja. Melalui forum tempoh hari, beliau menyatakan sendiri bahawa Najib sebenarnya lemah. Penyokong anggukkan kepala dan menyalahkan Najib kerana lemah. Cuma mereka lupa bayangkan bahawa sekiranya kelemahan Najib itu disedari selepas beliau menggantikan Dollah, maka Najib adalah spesis yang sama seperti Dollah. Baik pada awalnya dan buruk pada pertengahan dan akhirnya.
Kalau Najib lemah dan Dollah lembab, maka yang salah adalah Mahathir sendiri kerana melantik dan memilih orang yang lemah dan lembab. Siapa yang lahir ketika pemerintahan UMNO? Tajuddin Ramli, Halim Saad dan beberapa orang lagi yang kini sudah tinggal nama.
Di dalam kecekapan dan ketegasan Mahathir, sebenarnya kelemahan beliau adalah membuat sesuatu dengan terburu buru. Kurang pertimbangan, hentam keromo dan membazir. Akibatnya semua hancur berkecai dan masa depan UMNO sekarang bagaikan telur di hujung tanduk. Senget ke kiri atau kanan, depan dan kebelakang, telur akan jatuh dan UMNO akan hancur berkecai. Semua nya adalah gara gara Mahathir yang silap dan berterusan silap membuat percaturan.
Kalau hendak teguhkan UMNO berikan padanya dan kalau nak hancurkan UMNO, juga serah kepada nya. Mahathir manusia serba boleh.
Kalau aku orang UMNO, aku akan mempersoalkan tentang semua ini. Tapi apa kan daya kerana yang bijak tidak akan sertai UMNO. Penyokong UMNO adalah hanya tunggul kayu dan lalang kering. Diterbangkan angin kesana kemari. Hendak dibakar, melawan, tidak dibakar merosakkan pandangan. UMNO tinggal nyawa nyawa ikan. Harapkan beberapa orang yang lemah fikiran untuk sokongan. Tanpa manusia yang taksub ini, UMNO sudah lama dikuburkan. Tahun 2008, bukan tahun MERAWAT UMNO tapi tahu MELAYAT UMNO.
Tahu apa itu layat? Layat adalah perkataan seerti dengan menziarah mereka yang sudah meninggal dunia, dan tahun 2008 ini adalah tahun MELAYAT UMNO
Apr 2, 2008
2008 TAHUN MELAYAT UMNO
Labels: Barua UMNO, Belit Mahathir, Forum Umno Pasca
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO MEMANG SAMSENG !!!
Pemimpin pemuda hampir dibelasah kerana cadang Anwar masuk Umno
Mstar
PETALING JAYA: Seorang pemimpin pemuda Umno peringkat cawangan dari Selangor hampir menerima padah apabila menyuarakan pandangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawa kembali ke dalam Umno pada satu forum anjuran sebuah laman web di sini, Selasa.
Belumpun sempat pemuda yang memakai baju berwarna gelap itu menghabiskan soalannya kepada tiga ahli panel pada forum itu beliau telah diterpa dan diseret keluar dari dewan sebuah hotel di mana majlis itu berlangsung oleh beberapa pemuda.
Suasana di dewan yang penuh sesak itu serta lobi hotel yang menempatkan limpahan hadirin, kecoh seketika dengan tempikan ramai daripada peserta forum yang turut mengeluarkan kata-kata cacian kepada berkenaan.
Suasana serupa juga berlaku di bahagian lobi hotel yang sesak dengan peserta yang tidak mendapat tempat di dalam dewan.
Pemuda berkenaan yang mendakwa mewakili pandangan golongan muda dalam Umno pada mulanya menyatakan pandangannya tentang punca kekalahan BN di Selangor sebelum melontarkan idea agar bekas timbalan presiden Umno yang dipecat itu dibawa kembali ke dalam parti.
Beliau kemudiannya diiringi keluar daripada hotel itu oleh beberapa pemuda dan diberi amaran agar tidak cuba menyertai forum itu lagi.
Forum yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyampaikan ucaptama dengan ahli panel terdiri daripada ahli majlis tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Khir Toyo, Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahatir dan Ketua Penerangan Umno Johor Dr Puad Zarkashi itu dianjurkan oleh laman web mykmu.net.
Selain kejadian itu, Dr Khir juga diejek oleh sebahagian daripada peserta pada forum lebih empat jam itu, terutama apabila beliau menegaskan bahawa beliau pemimpin bersih.
Moderator Datuk Ahmad Talib terpaksa bekerja keras mengawal keadaan apabila ada peserta-peserta yang meninggikan suara meningkah Dr Mohd Khir ketika beliau sedang berucap.
Labels: Forum Umno Pasca
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Melayu, Cina dan India tak gembira dengan DEB - Khir Toyo
Harakahdaily
Katanya, dalam pilihan raya lalu, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina dan India tidak yakin dengan parti-parti yang mewakili mereka dalam BN.
"Dan kalau dilihat jumlah undi yang diberi kepada pebangkang seluruh Malaysia undi popular mereka besar berbanding BN hanya 48 peratus, majoriti pembangkang pula menang besar, sementara majoriti BN menang sedikit, walaupun kerusi BN lebih," katanya
Dengan keputusan yang penting hari ini ialah kerajaan, BN dan Umno kena lihat kehadapan apa yang perlu lakukan selepas BN alami krisis pada kali ini, katanya.
"Jika lihat sejarah kita kena kaji teliti, bila kalah pada tahun 1969, maka pada tahun itu ada perubahan besar dalam sistem politik dan kerajaan Malaysia.berlaku perubahan kepimpinan dan lahirkan DEB untuk kepentingan orang Melayu selain tidak meminggirkan Cina dan India," katanya.
Namun pada pilihan raya umum 2008, ramai melihat bahawa Umno seolah-olah tidak perjuangkan nasib orang Melayu, sementara MCA tidak perjuang orang Cina.
Begitu juga dengan MIC yang tidak memperperjuangkan nasib orang India, kata Dr Khir.
"Sebab itulah maka perubahan begitu besar, jika nak ambil formula 1969, bentuk Mageran dan lihat semua tentang DEB dan bagaimana ia dapat puas hati semua orang,
"Jika ambil formula tahun1999 (krisis kepimpinan Umno dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim disingkir dari Umno) dengan tukar kepimpinan perkara sama berlaku juga tak selesai.Justeru kita kena lihat balik DEB ini dengan lebih objektif dan dapat beri kepuasan semua, ini dituntut oleh rakyat Malaysia," ujarnya.
Secara keseluruhannya Dr Khir meletakkan bukan sahaja krisis kepimpinan dalaman Umno/BN menyumbang kepada kekalahan tetapi isu ekonomi, pendidikan dan sebagainya turut memberi kesan kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN.
"Kita nak reformasi, apa kaedah reformasi yang kita perlukan, sebab itu kita kena objektif. Umno, kerajaan kena reformasi, pendidikan kena reformasi., ekonomi kena reformasi," tegasnya.
Sementara itu bercakap mengenai isu peletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Selangor beliau berkata, beliau melihat semua pemimpin pakatan BN meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum.
"Semua pemimpin MIC, MCA, GERAKAN meletak jawatan dan demi menjaga maruah Melayu, saya pun meletak jawatan," katanya ringkas. more...
No2umnO - Wak tinjau tinjau jugak di blog khir toyo, tak do komen wak yang disiarkan. Sensitip kot....Heheh
Labels: Forum Umno Pasca
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO TAK FAHAM MAKSUD 'BERFORUM'
Tidak demokrasi langsung UMNO nih. Mamat tu nak bertanya dan soalannya tidak lagi selesai, telah di halang dan di boo beramai ramai. Serta di bawa keluar.
Anwar belum pun hadir, cukup sekadar menyebut nama, dewan sudah jadi kacau bilau.
Yang menyoal di suruh keluar, pemimpin tak jawab soalan? Semangat UMNO sudah bercelaru. Tak tau apa maksud 'demokrasi' dan tak tahu apa maksud 'forum'. Pengerusi pula patutnya minta semua bersabar dan selesai kan soalan, biar pemimpin mereka yang jawab. Baru Gentleman.
Kalau nak bodek pemimpin, tak payah adakan forum. Buat saja majlis 'taklimat pemimpin' atau 'bertemu pemimpin', tak payah ada soal jawab dari penonton. Macam tengok wayang. Lepas tu, bila majlis dah selesai "Tepuk ramai ramai"....atau "cium tangan pemimpin". Kalau perlu dijunjung pemimpin tu dan dibawa berjoget. Atau lebih afdal lagi, curahkan susu kat kaki pemimpin, tadah dan minum air lelehan susu tu......Shruuuuuuuuppppppp !!! Dengan daki dan ketuat kaki pemimpin masuk ke anak tekak.
UMNO .... lucunya sampai bila bila. Pemimpin satu hal, penyokong pun satu hal. Kalau tolak dan campur....UMNO memang dah hancur.
KESIMPULAN YANG WAK BOLEH BAGI
1. UMNO tidak mengaku mereka beruk tapi ahli dan penyokong tak boleh dibawa ke majlis sebab UMNO tak paham tentang majlis dan kepelbagaian bentuk majlis itu.
2. Pemimpin UMNO bakal terus tidak berwibawa kerana penyokong tidak benarkan soalah dijawab. Dan mereka membiarkan perkara ini. Sedangkan kalau dijawab dengan sinis oleh pemimpin, tepukan gamat akan diberikan oleh penyokong....tapi ini tak berlaku.
3. Mamat tu bakal masuk parti PAKATAN RAKYAT kerana meluat dengan cara 'forum' yang umno adakan dan atitude penyokong UMNO. Sedangkan Mamat itu bijak orangnya dan mempunyai pendirian serta ilmu.
4. Ini adalah satu bukti bahawa UMNO dah kelam kabut kerana kekalahan yang lepas dan kemarahan mengatasi akal fikiran.
5. Kuburkan sahaja lah umno. Kalau tak .... ia bakal rosakkan manusia dan tambahkan jumlah orang gila.
Labels: Forum Umno Pasca
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
While opposition unites, Umno members revolt
Man being rushed out of the high-voltage conference this morning after he rushed at another man who asked a question the crowd didn't like, why there is no move to bring Anwar back to Umno. - Picture by Choo Choy May for The Malaysian Insider
themalaysianinsider.
PETALING JAYA, April 1 – While Anwar sought to present a united opposition today, in another part of town, the main ruling party was in open revolt, with hundreds of supporters meeting at a Kuala Lumpur hotel this morning to demand that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi resign.
Faces in the packed lobby of Hotel Singgahsana in Petaling Jaya were all turned to the projector screen displaying a live broadcast of the forum inside the ballroom, just steps away. The ballroom itself was filled with people squeezed from wall to wall, like gas molecules trying to become one solid.
They came from every part of the country, the 500, and even from as far as London to hear from Umno elders like former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and Umno brand names like his son Datuk Mukhriz Tun Mahathir, who is Umno Youth Exco member and a new member of parliament.more...
Labels: Forum Umno Pasca
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SEKITAR FORUM UMNO PASCA PRU KE-12
depa-kata.blogspot.
Bhg 1
HEBAT bukanlah perkataan yang tepat untuk menggambarkan suasana forum 'UMNO PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12: SATU PENILAIAN', anjuran KMU di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pagi tadi. Perkataan yang lebih tepat ialah ia sangat hebat.
Melainkan media perdana menghantar wakil yang tidak tahu mengagak dan mengira, atau laporannya dibetulkan oleh editor yang mengikut arahan pihak tertentu, tiada siapa pun akan berkata majlis itu tidak mendapat sambutan.
Pihak penganjur pada mulanya menjangka hanya kira-kira 1,000 orang akhir hadir, namun jumlah itu ternyata lebih daripada sekali ganda. Selain dewan yang sesak sehingga banyak yang terpaksa berdiri, orang ramai, daripada berbagai peringkat umur turut memenuhi ruang legar hotel tersebut untuk mengikuti perkembangan di dalam dewan di skrin besar yang disediakan.
Panas. Itu juga bukan perkataan yang betul untuk memberikan gambaran bagaimana forum itu berjalan. Yang lebih betul ialah ia sangat panas dan sangat menarik. More...Bhg 2
Khir Toyo juga teruji beraninya hari ini. Walaupun khabarnya terdapat usaha Perhubungan Umno Selangor melarang mereka yang di negeri itu menghadiri forum tersebut, namun Khir melanggar pantang. Ratusan ahli Umno dari bebeberapa bahagian di Selangor turut bersama di dewan itu. Yang memakai baju Umno Bahagian Serdang pun ada, dan ramai.
Fuad Zarkashi mungkin tidak begitu dikenali oleh mereka yang tidak mengikuti perkembangan Umno dari dekat. Tetapi jika dia terus diberi ruang seperti ini di tempat-tempar lain yang agak ‘jauh’ darinya, pasti dalam masa yang singkat Ketua Penerangan Umno Johor ini akan melonjak sebagai salah seorang bintang besar dalam Umno.
Seperti Mukhriz, yang tidak berselindung sedikit pun mengkritik kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Fuad juga tidak bersembunyi di sebalik telunjuk. Dia membelasah kaki ampu dan tukang angguk. Dia membalun mereka yang takut bercakap benar kerana sayangkan kedudukan. Dan dia tegas dengan pendiriannya bahawa Umno perlu direformasikan jika mahu terus tegak sebagai parti yang bermaruah. more...
Labels: Forum Umno Pasca
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 1, 2008
Ketua Pemuda Umno Bahagian diheret keluar dewan
Harakahdaily
Aznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah 'gelanggang' hingga menyatakan cadangan sedemikian.
Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan.
Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam.
Keadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur.more...
Labels: Forum Umno Pasca
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments