KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 2, 2008

UMNO MEMANG SAMSENG !!!

ImagePemimpin pemuda hampir dibelasah kerana cadang Anwar masuk Umno
Mstar
PETALING JAYA: Seorang pemimpin pemuda Umno peringkat cawangan dari Selangor hampir menerima padah apabila menyuarakan pandangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawa kembali ke dalam Umno pada satu forum anjuran sebuah laman web di sini, Selasa.

Belumpun sempat pemuda yang memakai baju berwarna gelap itu menghabiskan soalannya kepada tiga ahli panel pada forum itu beliau telah diterpa dan diseret keluar dari dewan sebuah hotel di mana majlis itu berlangsung oleh beberapa pemuda.

Suasana di dewan yang penuh sesak itu serta lobi hotel yang menempatkan limpahan hadirin, kecoh seketika dengan tempikan ramai daripada peserta forum yang turut mengeluarkan kata-kata cacian kepada berkenaan.

Suasana serupa juga berlaku di bahagian lobi hotel yang sesak dengan peserta yang tidak mendapat tempat di dalam dewan.

Pemuda berkenaan yang mendakwa mewakili pandangan golongan muda dalam Umno pada mulanya menyatakan pandangannya tentang punca kekalahan BN di Selangor sebelum melontarkan idea agar bekas timbalan presiden Umno yang dipecat itu dibawa kembali ke dalam parti.

Beliau kemudiannya diiringi keluar daripada hotel itu oleh beberapa pemuda dan diberi amaran agar tidak cuba menyertai forum itu lagi.

Forum yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyampaikan ucaptama dengan ahli panel terdiri daripada ahli majlis tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Khir Toyo, Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahatir dan Ketua Penerangan Umno Johor Dr Puad Zarkashi itu dianjurkan oleh laman web mykmu.net.

Selain kejadian itu, Dr Khir juga diejek oleh sebahagian daripada peserta pada forum lebih empat jam itu, terutama apabila beliau menegaskan bahawa beliau pemimpin bersih.

Moderator Datuk Ahmad Talib terpaksa bekerja keras mengawal keadaan apabila ada peserta-peserta yang meninggikan suara meningkah Dr Mohd Khir ketika beliau sedang berucap.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive