KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 2, 2008

Pemimpin Melayu PKR desak bebaskan anggota Hindraf

SHAH ALAM 1 April – Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap menggesa kerajaan membebaskan lima pemimpin pertubuhan haram Hindraf termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan walaupun penahanan itu dibuat mengikut undang-undang negara.

Ketuanya, Halimey Abu Bakar berkata, desakan itu selaras dengan perjuangan parti itu yang mahu supaya akta tersebut dihapuskan.

Ini kerana katanya, akta tersebut tidak bertepatan dengan keadaan semasa kerana ia menyekat kebebasan individu untuk menyatakan pendirian mereka mengikut prinsip demokrasi.

“Kita mahu supaya kelima-lima pemimpin Hindraf berkenaan dibebaskan terutamanya Manoharan yang telah dilantik sebagai ADUN oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan pihak tertentu termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang mahu kesemua pemimpin pertubuhan haram itu dibebaskan daripada tahanan di bawah akta itu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam kenyataannya semalam memberitahu, penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dibuat mengikut undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam tidak terancam dan terjamin.

Ini kerana, pemimpin terlibat termasuk pengikut pertubuhan berkenaan ditahan kerana cuba membakar sentimen perkauman yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive