KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 2, 2008

Peristiwa penting pada 13 April!

atranungkite
Negara akan menerima kejutan sekali lagi pada 13 April ini, kata Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili MB Selangor di majlis kesyukuran selepas PKR, PAS dan DAP membentuk kerajaan baru Selangor di Lembah Hijau dekat Bandar Tasik Puteri petang Ahad.
“Apakah kejutan itu, tuan-tuan tunggulah. Paling lewat pun Jun ini,” kata beliau mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang lebih 500 orang itu.

aYahya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata, selepas pembubaran Parlimen 13 Februari lalu beliau dalam taklimatnya berkata, ketika itu sudah 15 kerusi jatuh ke tangan pembangkang di Selangor.

Sejak itu, kerusi untuk pembangkang bertambah hari ke hari, sehinggalah terbukti kerajaan Selangor jatuh pada jam 7.30 malam 8 Mac walaupun diumumkan SPR pada jam 5.30 pagi 9 Mac.

Turut berucap di majlis kesyukuran anjuran PAS dan PKR Lembah Hijau itu adalah anggota Parlimen Lembah Pantai yang baru, Nurul Izzah Anwar serta datuknya, Datuk Wan Ismail. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive