KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label MBKT. Show all posts
Showing posts with label MBKT. Show all posts

Feb 20, 2008

MESTI BACA: Sedikit Catatan di Bulatan Batu Enam

amdang81.blogspot.com

(...) Aku tiba sedikit lewat. Makin ramai yang mengerumuni bulatan tersebut. Ketika itu bendera besar yang tergantung di tiang lampu limpah di tengah bulatan itu sudah diturunkan. Aku sedikit kecewa kerana baru sahaja malam sebelumnya aku berniat untuk mengambil gambar bendera berkenaan. Namun disebabkan kurangnya cahaya dan agak gelap, maka aku tangguhkan hasrat menunggu hari siang sahaja.

Semuanya berjalan dengan agak lancar walaupun terdapat suara-suara keluhan dari para penyokong PAS terutama anak muda yang telah memasang bendera-bendera berkenaan. Rundingan yang cuba dibuat dilihat gagal kerana tiada pimpinan utama di tempat berkenaan ditambah pula kebanyakan gagal mematahkan hujah ketua penguatkuasa, Mohd Azmi yang mengatakan perbincangan telah dibuat beberapa hari sebelum itu.

Pihak Penguatkuasa turut menurunkan bendera di tepi jalan yang membuatkan penyokong PAS marah.

Sekitar jam 12, Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang dalam perjalanan ke Bandar Kuala Terengganu telah singgah bagi mendapatkan kepastian apa kekecohan yang berlaku. Rumah ustaz ni area Kampung Tok Jiring je. Kira-kira sebelah kampung sahaja. Ustaz ABC yang dikenal dengan keberaniannya telah meluru masuk dan mempersoalkan Mohd Azmi atas peruntukan apa mereka bertindak membuang bendera PAS itu. Oleh kerana tergagap-gagap menjawab, maka Ustaz ABC meminta semua penguatkuasa dan pihak polis berundur dan keluar dari kawasan terbabit dengan segera.

Sebahagian poster yang dipasang di Pekan Batu Enam

Melihat kepada kesungguhan Ustaz ABC menghalau penguatkuasa terbabitlah, ramai anak muda yang berada sekitar bulatan berkenaan mula menuju ke hadapan dan mula menakut-nakutkan penguatkuasa terbabit. Namun suasana masih terkawal walaupun terdapat sedikit ketegangan.

Alhamdulillah dengan tindakan berani terbabit, beberapa bendera yang masih tidak dibuang ditinggalkan begitu sahaja. Namun apa yang paling menarik minat aku ketika suasana semalam adalah melihat kepada kesungguhan sokongan dari pelbagai pihak di Pekan Batu Enam. Bayangkan ada peniaga ikan dan daging keluar ke jalan dengan memakai apron, juga makcik-makcik turut meninggalkan gerai jualan semata-mata mahu menunjukkan bantahan.

Wallahua'lam

More...

Feb 19, 2008

TINDAKAN PILIH KASIH MBKT BAWA PADAH

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/batu6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Penyokong PAS kejar penguatkuasa wanita MBKT

MStar

KUALA TERENGGANU: Tindakan sekumpulan 150 pengikut PAS cuba menghalang 40 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang di tempat larangan di Bulatan Batu Enam di sini nyaris mencetuskan pergaduhan.

Dalam kejadian pada 11 pagi Selasa itu, kumpulan penyokong PAS kelihatan menyerbu anggota penguatkuasa ketika mereka hendak menurunkan bendera parti yang dipasang di tengah-tengah bulatan dan di kerangka besi.

Malah, sebelum itu, enam anggota penguatkuasa wanita dikejar ketika cuba mencabut bendera parti itu menyebabkan mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan menaiki semula kenderaan penguatkuasa.

Keadaan dapat dikawal hasil tindakan pantas sepasukan anggota polis.

Datuk Bandar Datuk Mat Razali Kassim ketika dihubungi berkata bahawa pada 14 Feb lepas, MBKT telahpun mengadakan pertemuan dengan semua parti bagi memaklumkan tentang lokasi-lokasi yang tidak boleh dipasang sebarang bendera dan poster, dan ini termasuk Bulatan Batu Enam, Bulatan Sultan Omar dan Bulatan Ladang kerana dikhuatiri akan mengganggu keselamatan pengguna jala raya.

Katanya mana-mana parti yang telah berbuat demikian diberi tempoh sehingga Isnin malam untuk menurunkan bendera masing-masing tetapi PAS terus berdegil menyebabkan MBKT terpaksa mengambil tindakan.

No2umnO - Menurut berita dari penduduk Terengganu, sebelum ini UMNO sudah pun memasang poster mereka di sana tetapi tiada sebarang tindakan dibuat. Namun setelah PAS memasang poster mereka. MBKT mula buat tindakan. Lantaran itu, penguatkuasa MBKT adakan lari pecut lompat pagar apabila dikejar penyokong PAS. Takbir !!!

Posting terkini

Blog Archive