KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

TINDAKAN PILIH KASIH MBKT BAWA PADAH

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/batu6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Penyokong PAS kejar penguatkuasa wanita MBKT

MStar

KUALA TERENGGANU: Tindakan sekumpulan 150 pengikut PAS cuba menghalang 40 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang di tempat larangan di Bulatan Batu Enam di sini nyaris mencetuskan pergaduhan.

Dalam kejadian pada 11 pagi Selasa itu, kumpulan penyokong PAS kelihatan menyerbu anggota penguatkuasa ketika mereka hendak menurunkan bendera parti yang dipasang di tengah-tengah bulatan dan di kerangka besi.

Malah, sebelum itu, enam anggota penguatkuasa wanita dikejar ketika cuba mencabut bendera parti itu menyebabkan mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan menaiki semula kenderaan penguatkuasa.

Keadaan dapat dikawal hasil tindakan pantas sepasukan anggota polis.

Datuk Bandar Datuk Mat Razali Kassim ketika dihubungi berkata bahawa pada 14 Feb lepas, MBKT telahpun mengadakan pertemuan dengan semua parti bagi memaklumkan tentang lokasi-lokasi yang tidak boleh dipasang sebarang bendera dan poster, dan ini termasuk Bulatan Batu Enam, Bulatan Sultan Omar dan Bulatan Ladang kerana dikhuatiri akan mengganggu keselamatan pengguna jala raya.

Katanya mana-mana parti yang telah berbuat demikian diberi tempoh sehingga Isnin malam untuk menurunkan bendera masing-masing tetapi PAS terus berdegil menyebabkan MBKT terpaksa mengambil tindakan.

No2umnO - Menurut berita dari penduduk Terengganu, sebelum ini UMNO sudah pun memasang poster mereka di sana tetapi tiada sebarang tindakan dibuat. Namun setelah PAS memasang poster mereka. MBKT mula buat tindakan. Lantaran itu, penguatkuasa MBKT adakan lari pecut lompat pagar apabila dikejar penyokong PAS. Takbir !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive