KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

UTUSAN MELOYA SENGAJA MEMBURUKKAN PAS

PAS Pahang gesa Utusan Malaysia tarik balik berita
Basiron Abdul Wahab
harakahdaily.net

TEMERLOH, 19 Feb (Hrkh) – PAS Pahang menggesa Utusan Malaysia menarik balik berita bertajuk 'PKR Cabar Najib di Pekan' yang disiar akhbar itu hari ini.

Ketua Peneranganya, Syed Abdul Rahman Al Khareed berkata, pengarang akhbar berkenaan berniat jahat dan sengaja menyiarkan berita propaganda untuk memburukkan imej Psuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

"wartawan berkenaan didapati berniat jahat dan terlalu ghairah memburuk-burukkan PAS, begitu juga penyunting dan pengarangnya. Mereka melakukan kesalahan fakta yang nyata.

"Kita menyifatkan ia bukan kesalahan tetapi memang disengajakan oleh penulis, penyunting dan pengarangnya yang membenarkan pembohongan fakta di dalam akhbarnya," katanya.

Hari ini akhbar berkenaan menyebutkan "Pada pilihan raya umum 2004, Najib menang mudah mengalah calon PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan majoriti 22.922 undi'.

"Pernyataan itu adalah tidak benar, bohong dan berniat jahat kerana Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bukanlah calon yang bertanding di kawasan Parlimen Pekan. Malah calon yang bertanding menentang Najib di Pekan bukanlah calon PAS," katanya.

Hanya pada piliahn raya umum 1999, kata Syed Abdul Rahman, calon PAS bertanding dengan Dato Seri Mohd Najib, Najib menang dengan majoriti 241 sahaja. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive