Semua 95 ahli majlis tempatan daripada MCA Perak letak jawatan
Bharian - Semua 95 anggota majlis tempatan daripada MCA Perak meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha MCA negeri, Datuk Ho Cheng Wang, berkata surat peletakan jawatan mereka diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim jam 10.45 pagi.
Katanya, mereka perlu melepaskan jawatan kerana pelantikan mereka dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Perak sebelum ini.
“Sekarang, kerajaan negeri sudah bertukar tangan dan mengikut prinsip, mereka perlu meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ho berkata, ahli majlis tempatan itu boleh terus berkhidmat kepada rakyat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru sedia ada yang terletak di bawah naungan MCA dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Walaupun ahli jawatankuasa ini tidak dibayar gaji atau elaun seperti anggota majlis tempatan, mereka boleh memohon geran atau peruntukan bagi melaksanakan projek tertentu untuk memajukan kampung baru,” katanya. more...
Apr 11, 2008
95 AHLI MAJLIS MCA LETAK JAWATAN !!!
Labels: MCA Bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 8, 2008
30% of MCA members will quit if Ong refuses to resign
NST - Some 30 per cent of active MCA members will leave the party if Datuk Seri Ong Ka Ting refuses to quit as president, the head of legal advisers at the MCA public services and complaints department, Datuk Theng Book, has claimed.
The infighting would cause many to be angry and cross over to other political parties, Theng said after joining four other MCA leaders on Sunday in calling for Ong’s resignation.
The “Saving MCA” campaign, which began in Selangor, is part of road shows nationwide aimed at pressuring Ong to step aside.
“Once he steps down , we will stop. We are not power crazy or looking for government posts,” said Theng Book, who is also the chairman of MCA Puchong Youth division. more...
Labels: MCA Bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 28, 2008
MCA BERGOLAK !!!
SMS pecahkan calon MCA
Malaysiakini Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mendakwa ada pihak yang menyebarkan pelbagai SMS yang cuba memecahbelahkan calon dan penyokong MCA.
Katanya, pihak yang bertanggungjawab menyebarkan SMS itu mahu calon serta penyokong MCA syak wasangka antara satu sama lain untuk membolehkan parti lawan meraih undi.
"Saya tidak percaya SMS itu datang dengan sengaja dari dalam parti, saya anggap mereka ini tidak menyintai parti, bukan penyokong sebenar parti.
"Parti lawan tidak ada modal lagi maka dia timbulkan macam-macam isu. Kampung-kampung baru di Mambau, Rahang dan Rasah telahpun diberi perhatian dengan baik oleh MCA. Banyak pembangunan telah dibawa dan projek mempertingkatkan infrastruktur pun telah dibuat," katanya selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Seremban.
Bernama memetik Ong sebagai berkata MCA Negeri Sembilan memilih pasukan yang seimbang untuk bertanding sebagai calon pada pilihanraya 8 Mac ini.
Katanya Datuk Dr Yeow Chaik Thiam yang bertanding bagi kerusi Parlimen Rasah, Datuk Yu Chok Tow (Parlimen Seremban), Datuk Goh Siew Huat (DUN Mambau), Datuk Yip Chee Kiong (DUN Rahang), Siow Koi Voon (DUN Lobak) dan Lee Kee Chong (DUN Temiang), kesemuanya bekerja sebagai satu pasukan.
"Ini adalah kumpulan yang secara kolektif akan memberi perkhidmatan yang baik dan akan membawa pembangunan menerusi kekuatan dan kelebihan setiap calon," katanya
MCA cuba menyalahkan pembangkang di dalam hal ini tetapi berita ini menyusul ......MCA pecat dua ahli bertanding tentang BN
mstar
KUALA LUMPUR: MCA akan memecat dua anggotanya kerana bertanding sebagai calon bebas dengan menentang calon Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, kata timbalan presidennya Datuk Seri Chan Kong Choy.
Beliau, yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin parti itu, berkata dua anggota tersebut ialah Ho Yip Kap yang bertanding sebagai calon bebas di Tanah Rata dan Koh Boon Heng bagi kerusi DUN Damak.
Kedua-dua mereka menentang calon BN dari MCA pada pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan.
"Sama ada bertanding sebagai calon bebas atau bertindak sebagai pencadang atau penyokong kepada calon pembangkang, kami sudah tentu akan memecat mereka," katanya di pejabatnya di Wisma MCA di sini, Rabu.
Chan berkata parti itu juga menerima laporan mengenai dua anggotanya dari Kedah yang sama ada menjadi pencadang atau penyokong kepada seorang calon pembangkang dan seorang calon bebas semasa hari penamaan calon Ahad lepas.
Labels: MCA Bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 20, 2008
MCA PULA BERGOLAK .....
Ketua MCA Padang Serai letak jawatan tanda protes
MStar
KULIM: Pengerusi MCA Padang Serai Datuk Goh Then Hock Rabu meletak jawatan sebagai protes terhadap keputusan pucuk pimpinan parti tidak menyenaraikan penyandang kerusi Parlimen kawasan itu Datuk Lim Bee Kau untuk bertanding pada pilihan raya umum ini.
Goh, 48, seorang ahli perniagaan juga melepaskan jawatan naib pengerusi MCA Kedah.
"Saya mengambil tindakan ini atas dasar individu dan tidak melibatkan ahli lain dalam bahagian Padang Serai," katanya kepada Bernama di sini.
Goh berkata beliau dimaklumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting bahawa Lim digugurkan daripada senarai calon atas faktor kesihatan semasa beliau bertemu Ong di Pulau Pinang minggu lepas.
"Kami dengar bekas anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kulim Datuk Boey Chin Gan akan mengambil tempat Bee Kau," katanya.
Sabtu lepas, MCA Padang Serai turut menutup bilik gerakan pilihan rayanya sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Goh berkata surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Ong dan salinannya kepada Setiausaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan dan Pengerusi MCA Kedah Datuk Beh Heng Seong.
Labels: MCA Bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments