Rakyat tak boleh di permainkan. Kita bisa tahu samaada seseorang pemimpin itu berilmu atau tidak. Mufti perlis pernah sebut di dalam Astro Awana baru baru ini. Bimbang nya beliau bila ada pemimpin yang gila kuasa, tidak memikir kan tentang kemampuan seseorang pemimpin itu. Perbezaan antara pencetus idea dan menurut arahan.
Kalau Najib menjadi PM .... ehek ehek ehek .... ok alallahhhh ...
Memang ada yang menyokong dan sokongan terdiri dari dua punca. Pertama, dari mereka yang mahukan projek dan kedua dari mereka yang mahukan kebebasan sampai mati. Dan ada juga mereka yang menyokong tak tentu arah. Ikut pucut pimpinan katanya ... tapi akibatnya tak terpikir dek otak. Cam lalang lah tu.
Korang baca ucapan Anwar di Hongkong ... KLIK SINI
Agak agak ... mampukah Najib atau Pak lah untuk berbicara tentang ekonomi menyelitkan unsur sejarah, gurau kritis di dalam masa yang sama selain dari menjuihkan bibir yang ranum serta mekar ....wakakakakak.
Memang .... Mahathir antara pemimpin yang hebat. Itu tidak di nafikan, tapi selepas beliau .... BN memang mahukan beliau terus jadi lagenda dengan melantik tong kosong dan tunggul pohon cemara menjadi PM.
Ishhh klkkkkk ....kesiannya aku. Kalau korang pilih Najib jadi PM ... jangan salahkan aku. Aku nak bagi tau ..
Sep 26, 2008
Najib jadi PM? Hancussss ......
Labels: Najib Bodoh
cilok & ciplak by radenjowo 6 comments
Jul 3, 2008
Najib dituduh bersama Altantuya
malaysiakini - Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.
P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.
Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini.
Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan sebarang kaitan dengannya.
Labels: Altantuya, Najib Bodoh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 16, 2008
Sayonara Hang Najib
zul4kulim - [...] Saya teringat betapa beriya-iyanya Mahathir mengumumkan Anwar sebagai pengganti dia semasa kelemasan dengan isu kewangan negara yang disoroskan. Malah sampai 30 Ogos 1998 di Pulau Pinang Mahathir masih umumkan Anwar pengganti dia. Hingga dia kata siapa yang memfitnah Anwar wajar ditembak saja. Tapi pada 2 Sept, dua hari lepas tu dia pecat & sembelih Anwar sampai lunyai.
Saya tengok bila Raja Petra dikenakan pertuduhan memfitnah Hang Najib..ini sebenarnya akan membongkar semula kes pembunuhan Altantuya. Sama macam mana Khalid Jefri dikenakan pertuduhan memfitnah Anwar..kes itu diguna untuk membongkar fitnah terhadap Anwar.
Saya bertambah yakin dengan konspirasi ini bile kes Raja Petra ditetapkan untuk bicara pada awal Oktober..semasa mesyuarat ameno bahagian sedang berjalan..dan sebulan sebelum perhimpunan Agong ameno. Apabila Mahathir dikenakan tindakan akan disiasat kerana kes CD Lingam...saya tengok ni sebagai cara nak halang Mahathir defend Hang Najib sebab dia akan sibuk nak mempertahankan diri sendiri. Apabila mereka create suasana hingga Mahathir keluar ameno..ni sebenarnya proses nak isolate Hang Najib supaya senang disembelih.... selanjutnya.
Labels: Belit Dollah, Najib Bodoh, Zulkifli Nordin
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 15, 2008
Najib Bodoh Atau Buat² Bodoh?
Kenyataan Najib yang mendapat liputan muka depan akhbar rasmi UMNO, Utusan Melayu secara tidak langsung menunjukkan betapa bododnya Najib. Ataupun dia sendiri buat-buat bodoh. Saya sendiri kurang pasti. (Rujuk Negara kebajikan: Kita boleh bankrap)
Apakah benar perlaksanaan konsep negara berkebajikan bakal merugikan negara sampai ke tahap muflis? Apakah bisa berlaku andaikata kerajaan menjaga kebajikan rakyat dengan baik, negara menjadi mundur lalu ekonomi kian kendur? Apakah begitu nasib kepada negara yang menjaga rakyatnya dengan baik?
Perlaksanaan pendidikan percuma bukanlah suatu yang pelik. Di United Kingdoms dan Australia, pendidikan sudah lama percuma. Sejak saya kecil, saya bersekolah di sana. Tidak ada sebarang bayaran buku mahupun yuran persekolahan. Adakah kerajaan di sana bankrap? Yang saya nampak dek mata kepada saya, mereka maju dan bergerak kedepan dengan lebih bertenaga berbanding dengan kita.
Sukarkah untuk kerajaan membiaya kos pendidikan di universiti yang bagi seorang pelajar, lebih kurang puratanya RM100000. Sukarkah? Jika Sheikh Muzaffar boleh dihantar ke angkasa lepas dengan kos melebihi RM100 juta seorang, berapalah sangat nak dikira dengan RM 100 ribu? Jika komisen pembelian pesawat tempur Sukhoi dan kapal selam boleh menjejah sekitar RM1 billion, di mana Razak Baginda mendapat komisen RM500 juta, apalah sangat hendak dibandingkan dengan kos menghantar pelajar ke IPT?
Apakah penurunan harga minyak bakal memufliskan negara? Tidak cukupkah keuntungan daripada PETRONAS bernilai ratusan billion untuk menampung subsidi tak sampai puluhan billion? Untuk apa keuntungan PETRONAS kalau tidak dipulangkan kepada rakyat? Tidak cukupkah pembaziran yang dilambakkan PETRONAS kepada OPU-OPUnya? Hidangan makanan mewah setiap kali mesyuarat, penginapan 5 bintang tatkala outstation dan macam-macam lagi pembaziran lain. Apakah hanya pekerja PETRONAS layak mendapat laba daripada hak milik rakyat?
Banyak lagi yang mampu dilaksanakan tanpa memufliskan negara. Semuanya dengan syarat pemimpin tidak makan rasuah dan tidak mengutamakan perut kroni semata-mata. Dan Najib jugalah antara orang yang terkuat makan rasuah. Ini dibuktikan dengan laporan sebuah badan bebas dunia yang mengatakan rasuah paling banyak berlaku di Kementerian Pertahanan. Nah, siapa lagi kalau bukan menterinya?
Renung menungkan. Negara tak akan muflis kiranya kebajikan rakyat dijaga. Menjaga kebajikan tidak bermaksud memberi wang saku kepada penganggur. Bukan begitu. Kebajikan yang dimaksudkan ialah dari segi pendidikan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Yang tambah merencahkan lagi kebodohan bekas TPM (kerajaan dah bubar!) ialah kerana yang menjanjikan wang poket kepada penganggur adalah UMNO Kelantan. Beberapa ketika dahulu, Anuar Musa telah menjanjikan, kiranya Kelantan berjaya ditawan, penganggur akan diberi wang sara hidup. Eh, tak mufliskah nanti kerajaan?
Lawak…
Labels: Najib Bodoh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
