KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Negeri Selangor. Show all posts
Showing posts with label Negeri Selangor. Show all posts

Jun 24, 2008

Aktiviti haram leluasa di S'gor

malaysiakini - [...] Kalaulah Yang Berhomat kawasan tersebut dan ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) menyokong dan berkerjsama, masalah sosial ini masih boleh diselesaikan walaupun ia memerlukan inisiatif penduduk tempatan sendiri.

Tetapi sejak 8 Mac, keadaan sudah tidak sama lagi. Kegiatan- kegiatan haram ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ke mana harus kami mengadu? Sudah panjang leher kami menjenguk, ahli-ahli majlis entah ke mana, tidak nampak-nampak lagi. YB yang dipilih pula melihat tetapi tidak nampak masalah yang dihadapi oleh kami.

Puas kami menunggu, barulah dapat satu peluang untuk berjumpa dengan seorang wakil rakyat yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Tetapi sakit hati pula kami apabila diberitahu oleh YB berkenaan bahawa beliau tidak dapat berbuat apa-apa dalam masalah ini kerana kuasa menangkap mereka yang terlibat dan menutup premis-premis kegiatan haram ini bawah tanggungjawab polis dan pihak berkuasa tempatan.

Jadi, anggota exco negeri sendiri tidak berkuasa?

Jadi, siapa yang berkuasa? Puaslah saya merenung kembali jawapan YB tersebut dan tertanya-tanya di hati saya yang sakit ini: "YB tidak berkuasa atau tidak kuasa hendak bereskan aduan ini"?

Hancur harapan kami yang selama ini mengharapkan kerajaan baru ini akan lebih efektif. Rupa-rupanya tidak.

Dulu semasa pentadbiran BN, orang kata banyak perkara yang sepatutnya tidak boleh telah diboleh-bolehkan. ... selanjutnya.

Jun 22, 2008

Basket of goodies for Selangor folk

pkrmalaysianinsider - After 100 days in power, the PKR-led Selangor state government proved that “impossible” is not a word that exists in its dictionary.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim marked the milestone at a rally at the Shah Alam Stadium last night by disclosing a full series of people-centric socio-economic measures to alleviate the people’s burden impacted by the high cost of living.

“In this first phase, starting from June 1, we promise the whole of Selangor ... to effectively realise our policy to ‘merakyatkan ekonomi’,” he said.

pkr“Others say it’s impossible ... but what efforts have the BN government taken to reduce the people’s burden? This is what differentiates (the BN government from) the Pakatan Rakyat government,” he added, to cheers from the ground.


Last week, the state government announced the successful delivery of its promise to grant 20 cubic metres of water free to all Selangor households.

Earlier yesterday, the state government distributed free rice, sugar and milk to households with a monthly income of RM1,500 and below.

Among the seven measures to be implemented is a special trust fund for Selangor-born children, known by the acronym Tawas. ...seterusnya.

Jun 12, 2008

Banyak lagi faedah untuk rakyat selangor

Mstar - Sempena 100 hari penubuhan kerajaan Selangor yang baru, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa lagi langkah untuk memenuhi falsafah berkongsi pendapatan negeri dengan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

Antara yang telah dikenal pasti ialah penubuhan Tabung Warisan Bayi Selangor dan lembaga kebajikannya sendiri untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada yang memerlukan, termasuk pelajar.

Menurut Setiausaha Politik kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad, langkah-langkah baru bagi menyokong pemberian rebat air untuk membantu penduduk Selangor menghadapi cabaran baru berikutan kenaikan harga minyak akan diumumkan Menteri Besar pada 20 Jun ini.

Melalui Tabung Warisan Bayi Selangor, kerajaan negeri bercadang menyediakan peruntukan dan bantuan kepada semua bayi yang berdaftar dan ia dibuka untuk semua bayi yang dilahirkan pada atau selepas Jan tahun ini.

"Maklumat lanjut dan program-program lain akan kita perkenalkan untuk berkongsi pendapatan dengan rakyat akan dibuat sempena kemuncak perayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, yang akan kita adakan di Stadium Malawati di sini.... selanjutnya.

Jun 6, 2008

Apa yang tak kena dengan Syabas?

Khalid pula kata dapat air percuma
malaysiakini - Isu pemberian 20 meter padu air percuma kepada penduduk Selangor seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri dianggap selesai dan akan diteruskan, kata menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

khalid ibrahim"Esok, selesailah dan saya rasa, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) akan memasukkannya dalam akaunnya," katanya kepada pemberita.

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Syabas hari ini bahawa perbincangan syarikat itu dengan kerajaan Selangor belum mencapai keputusan untuk membolehkan 20 meter padu air diberi percuma kepada pengguna di negeri itu.

Bermula 1 Jun, seramai 1.5 juta pengguna individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya umum lalu.... selanjutnya.
Tapi ........
Syabas: Tiada air percuma di S'gor
malaysiakini - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan terus mengeluarkan bil air seperti biasa tanpa sebarang penurunan atau potongan subsidi, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Ruslan Hassan.

water tap thumbnailKatanya, perbincangan antara syarikatnya dengan kerajaan negeri Selangor masih belum mencapai keputusan untuk membolehkan pemberian air percuma kepada pengguna mulai bukan ini.

Ruslan berkata, Syabas belum menerima arahan bertulis dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat ataupun satu akujanji dari kerajaan Selangor atau agensi kerajaan negeri untuk membayarnya jumlah harga 20 meter padu yang dijanjikan itu.

Oleh itu, dalam satu kenyataannya, beliau berkata, pengeluaran bil Syabas akan berjalan seperti biasa dan pengguna dinasihatkan untuk membayar bil air mengikut jumlah dalam bil masing-masing. ...selanjutnya
No2umnO - Apa yang tak kena dengan SYABAS ni?
Berita berkaitan .....
Pemberian air percuma seperti dijanjikan [utusmeloya]
Rakyat Selangor berhak tidak bayar 20 meter padu air [utusmeloya]

May 23, 2008

Adun BN habiskan 90.1% peruntukan dalam masa dua bulan - MB

harakahdaily - Setiap wakil rakyat kerajaan BN Selangor diberi peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 untuk kawasan masing-masing, namun apa yang menghairankan angka perbelanjaan setiap Dun menunjukkan jumlah yang sama.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan jumlah perbelanjaan setiap wakil rakyat BN, di antara RM492,800 dan RM529,800.
Beliau turut menyebut 54 Dun telah menggunakan peruntukan tahunan itu dalam tempoh yang singkat sebelum Mac 2008.

Menurut Khalid, di antara Dun yang membelanjakan sehingga RM529,800 ia ialah, Sri Setia, Kota Anggerik, Seri Andalas, Sementa, Sabak, dan Sungai Panjang.
Tambahnya, Dun yang membelanjakan sebanyak RM492,800 pula antaranya ialah Subang Jaya, Pelabuhan Kelang, Batu Caves, Pandan Maran, Seri Pinang, Lembah Jaya, Dusun Tua, Sepang, Dengkil, Ulu Selangor, Ulu Bernam, dan Sekinchan.
Katanya, Seri Kembangan, Serdang, Gombak Setia, Hulu Kelang, Taman Templer, Gombak, Kajang, Bangi, Chempaka, Hulu Langat, Bukit Antarabangsa, adalah antara yang telah membelanjakan kesemua peruntukan itu.

"Saya pun hairan, mengapa angka-angka peruntukan ini sama," celahnya semasa menjawab soalan yang dikemukakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sesi soal jawab pagi tadi.
Khalid juga memberitahu, jumlah keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan oleh wakil rakyat BN itu kira-kira RM26.6 juta dan bakinya sehingga akhir Mac 2008 sebanyak RM2juta.
"Dari segi peratusan, sebanyak 90.16 peratus daripada peruntukan telah dibelanjakan," katanya.
Bagaimanapun, Khalid turut mempertikaikan Speaker Dewan Undangan Negeri yang bukan Adun telah membelanjakan RM600,000.
Justeru, beliau berkata, perkara itu harus dibincangkan di bawah Jawatankuasa Terpilih Akauntabiliti supaya dapat belajar bersama-sama bagaimana kegunaan wang itu dibelanjakan.

"Kita kena ambil serius tentang saranan Tuanku Sultan yang meminta kita berbelanja secara hemat dan berjimat demi masa depan rakyat Selangor," katanya.

May 14, 2008

Air percuma di Selangor bukan pembaziran: Khalid

sinarharian - [...] Khalid menyifatkan tindakan sebilangan Ahli Parlimen itu seolah-olah mencemburui kemudahan yang diberikan oleh kerajaan PRkepada penduduk Selangor

“Mungkin ramai kerajaan lain yang ‘cemburu’ dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan pembaziran.

“Mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan meter padu yang kedua yang dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu kedua, harganya akan tetap dinaikka

“Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu menerusi mekanisma harga dan pemberian percuma ini ia melatih masyarakat supaya berjimat-cermat dan menggunakan air dengan sebaik-baiknya,” kata Khalid.

Menurut beliau tindakan kerajaan negeri itu juga boleh menjadi satu pengajaran kepada negeri-negeri lain dan diharap mereka mencontohinya.

Sementara itu, sewaktu Khalid menyampaikan perbahasan, Ahmad dan Mohd Puad kelihatan bangun beberapa kali untuk memberi penjelasan tetapi tidak dibenarkan kerana tempoh perbahasan hanya 15 minit kepada setiap Ahli Parlimen....selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 13, 2008

DEB telah lama diabaikan oleh Umno

harakahdaily - Dasar Ekonomi Baru telah lama diabaikan oleh Umno dan Barisan Nasional dan ditukar senyap-senyap kepada Dasar Ekonomi Kroni (DEK), kata Haji Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam).

Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau menyifatkan keriuhan dan aksi begitu bersemangat yang ditunjukkan oleh Umno hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu demi kepentingan parti itu.

Khalid juga menggambarkan bahawa kronisme begitu berleluasa termasuk dalam projek pembangunan yang dijalankan oleh Barisan Nasional (BN).

Walaupun Umno begitu bangga dengan pembangunan, katanya, pembangunan tersebut penuh dengan pembaziran, kronisme dan penyalangunaan kuasa.

Beliau juga menyeru upaya dihentikan sikap berkompromi terhadap kegagalan kerajaan.

Oleh sebab itu, kata Khalid, kesabaran wakil-wakil BN dari Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya dinikmati oleh parti itu.

"Kesetiaan itu wajib dikaji semula," katanya.

Begitu juga dengan amalan rasuah BN sehingga menyebabkan rakyat tidak sanggup lagi menerima parti itu.

"Ada bau, ada bangkai," katanya.

Bau dari bangkai amalan rasuah BN telah begitu merebak sehingga rakyat berkata "Enough is enough".

May 9, 2008

Failkan Tuntutan Kumpulan 6



desakerayongindah - [...] Sehubungan dengan itu kita berharap kepada pembeli-pembeli yang ingin membuat tuntutan secara undang-undang di mahkamah agar dapat menyegerakan penyediaan dokumen dan menyerahkannya kepada pihak peguam yang telah dilantik.

Perlu diingatkan bahawa TARIKH AKHIR untuk pembeli yang telah menandatangani Perjanjian Pembinaan dengan Kontraktor Bumi Circle Sdn. Bhd. pada Jun 1999 lalu adalah sehingga bulan Jun 2008 ini iaitu sebelum berakhirnya Tempoh dan Hadmasa yang sah dari segi perundangan.

Kita juga ingin memaklumkan bahawa setiap pembeli rumah Desa Kerayong Indah adalah berhak untuk membuat tuntutan gantirugi ini tanpa mengambil kira jumlah kos yang telah dikeluarkan selagimana mereka telah menandatangi Perjanjian Pembinaan dengan pihak Kontraktor secara sah
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 5, 2008

S’gor state agencies to be open on weekends

thestar - Selangor wants to implement a seven-day working week for all state government agencies to facilitate people’s dealings with them.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the state government would maintain the five-day working week for all state government staff but the counters would remain open throughout the week.

“The decision is still being studied but I do not foresee any problem in its implementation since other agencies like the police and hospitals are already operating seven days a week.

“We feel it will be accepted by all, especially since it provides better services to the people,” he told a press conference during the Workers Assembly and National Forum Sunday. more...

Mar 9, 2008

Cops seal Selangor state secretariat

Star

PETALING JAYA: Police last night cordoned off the Selangor state secretariat building, preventing anyone other than the state secretary himself or his representatives from entering the building.

State chief police officer Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said police had to cordon off the building as supporters from the previous administration and the incoming team had gathered outside the building.

“We took charge of the building, as it belongs to or is under the jurisdiction of the state secretary, who is also the caretaker of the state.

Police cordon: Men in blue sealing off the entrance to the state secretariat in Petaling Jaya last night.
“No one other than him or his deputy or appointed officials, is allowed to enter,” he said when asked about officials from the previous administration trying to force their way into the building.

DCP Khalid said police would be stationed there until the new state government is formed. He said the move was also to ensure peace and security.

In ALOR STAR, PAS supporters blocked the entrance to Wisma Darulaman, the state secretariat building, after the party succeeded in forming the new state government.

Kedah police chief DCP Datuk Syed Ismail Syed Azizan said the situation at Wisma Darulaman was under control as police had cordoned off the area to prevent unauthorised personnel from entering the building.

“The security in the state is under control and there is nothing for anyone to fear. Do not listen to rumours or SMSes,” he said.

BA KERAJAAN NEGERI SELANGOR !!!

BN tumbang di Selangor, pembangkang sedang runding tubuh kerajaan negeri
Mohd Rashidi Hassan
harakahdaily

TERKINI! KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Parti-parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo di Selangor.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Subang mengesahkan DAP, KeADILan dan PAS sedang bermesyuarat sekarang ini untuk mencari formula terbaik menubuhkan kerajaan negeri.

Katanya, DAP memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, KeADILan 11 kerusi, manakala PAS memperolehi 9 kerusi.

Dengan ini katanya, pembangkang berjaya merampas 35 daripada 56 kerusi di Selangor.

Berita lanjut menyusul.

Posting terkini

Blog Archive