KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rasuah Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Rasuah Khir Toyo. Show all posts

Apr 9, 2008

Selangor probes alienation of forest reserves


Sun2surf - Selangor has launched thorough investigations into the cancellation of 4,325.5ha of gazetted forest reserves alienated to various parties.

Mentri Besar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim said the state government has already instructed all land and district offices in Selangor to furnish the list of the parties who have received the land.

A total 241,568ha of the total 796,084 ha in the state area has been gazetted as forest reserves, he said.

"However, district and land office records show that 4,325.5ha of forest reserve status had been revoked between 2000 and 2007."

He said most of the land have been earmarked for property development.

Abdul Khalid also commented on the issue of duplicated land titles, saying there are currently 21 cases which are being investigated by the police or is in court.

He said these disputes involved a total of seven acres of land, mostly located in rural areas and in the Petaling and Gombak districts.

The new state government has decided to continue with the one-stop modern pig farming project in Ladang Tumbuk, Mukim Batu in Kuala Langat, which was approved by the previous state government on Jan 30.

Abdul Khalid said the new state government will improve on the implementation of the project as it is currently already operating as a centralised pig farming area, which adheres to the Agriculture and Agro-based Industry Ministry, the Natural Resources and Environment Ministry and state government's quality standards.

He said the one-stop centre will resolve the problem of pollution due to waste from pig farming.

Abdul Khalid said all the waste will be reused as bio-gas for electricity, water for cleansing of the farm and food farming for the livestock. more...

Apr 6, 2008

Khir Toyo beri tanah kepada syarikat Rokeng

SUNGAI BESAR, 15 Feb (Hrkh) - Seorang anggota Umno Sungai Besar membuat aduan salah guna kuasa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kelulusan sebidang tanah kepada kroni pemimpin Umno negeri itu.

Aduan dibuat Abdul Aziz Suloh di ibu pejabat BPR Putrajaya, 14 Februari, lalu.

Dalam aduan tersebut, beliau mempertikaikan pemberian tanah kerajaan melalui projek penswastaan tanah milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kepada syarikat Rokeng Corporation Sdn. Bhd.

Syarikat Rokeng dengan no. pendaftaran 563347-D dimiliki Ahli Majlis MDSB, Dato' Mohamad Mosloro Abdullah dan Hamidah Ahmad.

Ekoran pemberian tanah kepada syarikat Rokeng, pejabat JPS akan dipindahkan kerana kawasan tanah itu akan dibina rumah kedai tiga tingkat.

Katanya semua urusan pemberian tanah kepada Rokeng Corporation dibuat melalui orang kuat Khir Toyo iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Masloro Ahmad.

Beliau turut membuat aduan tentang pemberian tanah dusun rancangan Merbau Berdarah Am 1, Mukim Sungai Panjang kepada rakyat di daerah Sabak Bernam yang diluluskan oleh mesyuarat kerajaan negeri pada 14 Februari 2005 tetapi dibatalkan pada 20 Januari 2006.

Beliau mendakwa tanah tersebut telah diberikan kepada kroni-kroni Khir Toyo.

Dalam aduan itu juga Khir Toyo didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian 19 buah rumah di Taman Perwira daripada pemaju Perwira Bintang Sdn Bhd bernilai lebih RM3juta.

Sedangkan kata beliau, MDSB tidak mempunyai sumber kewangan dan diarah meminjam daripada Tabung Amanah SUK semata-mata mahu menyelamatkan projek perumahan yang tidak laku.

Tindakan rakus Khir Toyo telah menimbulkan kemarahan orang Melayu di Sungai Besar, tegasnya.

Tambah beliau, Khir berlagak baik ketika berada di luar Sungai Besar tetapi dengan pengundinya beliau seorang pemimpin diktator berlagak sombong dan cakap besar.

"Orang Melayu kalau sudah marah dengan sikap pimpinan Umno, jangan marah kalau Umno akan hancur," katanya.

Mar 23, 2008

Mengapa Khir Toyo Lepas Jawatan Dalam Parti?

MSO
AWAL-AWAL lagi saya sudah merasakan pengakuan Mohamad Khir Toyo dalam tv sewaktu mengumumkan beliau melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kononnya atas kerelaan beliau dan tidak ada sebarang tekanan ke atasnya saya tidak mempercayainya. Sebabnya, masakan semudah itu Khir melepaskan jawatan yang cukup berprestaj itu.

Semua orang bermati-matian berusaha untuk memegang jawatan itu. Khir pula dengan senang melepaskannya, macam melepas merpati putih tanda kedamaian! Alasan Khir Toyo beliau lepas kerana ambil tanggungjawab atas kekalahan teruk BN/Umno di Selangor. Benarkah?

Tidak masuk akal alasan berkenaan. Khir sengaja mencari alasan untuk menghalalkan tindakannya. Dalam soal ini bekas MB Selangor itu ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. Khir tidak jujur kepada dirinya sendiri.

Dalam keadaan sekarang beliau seharusnya tidak menjadi pandir. Beliau harus berani berterus terang dan membela diri sendiri. Dalam keadaan sekarang tidak ada gunanya ikhlas dan berkorban untuk kesejahteraan parti. Umno dalam apa keadaan dan lakulah apa sekalipun ia tidak akan sejahtera lagi. Umno sudah parah!

Bagi saya Khir tetap kena tekan. Atau kena masukkan dalam botol dan mulut botol ditutup! Ini menyebabkan Khir tidak dapat bernyawa dan menjadi sempuk. Kalau beliau tidak ditekan dan diasak, saya kira bukan semudah itu untuk Khir keluar dari pintu pejabat Umno Selangor.

Kalau benar alasan yang dikatakan Khir itu, ini bermakna bukan beliau saja yang kena berbuat begitu. Orang lain juga yang partinya kalah perlu berbuat demikian.

Mahadzir Khalid di Kedah kena lepaskan jawatan Pengerusi Umno Kedah. Kedah juga mengalami nasib sama dengan Selangor. Kedah juga terlepas kepada pembangkang. Pas telah membentuk kerajaan di sana. Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak.

Menangis dua jam

Begitu juga dengan Perak. Tajol Rosli Ghazali bukan saja perlu menangis kerana tidak mahu tinggalkan kediaman Menteri Besar atau menangis dua jam kerana nak serahkan kerusi Gerik kepada MCA. Tetapi beliau juga kena menangis dan lepaskan jawatan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Perak juga bukan menang. Pembangkang, PKR-Pas-DAP telah menubuhkan kerajaan di negeri berkenaan. Mohd Nizal Jamaluddin sudah menjadi Menteri Besar.

Begitu juga dengan Annuar Musa di Kelantan. Annuar Musa dan Awang Adek Hussein juga gagal untuk merampas Kelantan. Annuar juga perlu melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Bukan itu saja jawatan-jawatan lain juga perlu dilepaskan termasuk jawatan Presiden Kafa, pengerusi surau Bukit Marak dan sebagainya. Sebab tanggungjawab dan malu Annuar sangat besar di Kelantan. Selain dia kalah taukeh dia juga kalah!

Di Kelantan MBnya ialah, *****.... eh... bukan...bukan masih lagi Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan bukan Awang Adek, Awang Adek sudah terkorban khbarnya masih nanar sampai hari ini.

Tetapi kenapa mereka tidak ambil tanggungjawab seperti Khir Toyo? Apakah mereka itu tidak ada muka atau jenis muka ditampal dengan belulang biawak? Tidak tahu malu muka! Manakala Khir pula yang suka makan tempe itu tahu malu dan ada perasaan bertanggungjawab?

Justeru apa yang Khir kata itu hanya alasan sahaja. Apa yang berlaku beliau kena tekan agar melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Kalau bukan kena tekan tidak semudah itu Khir bersedia untuk berundur. Masakan sebagai bekas MB beliau hilang penyokongnya sekelip mata sahaja. Ke mana menghilangnya Exco yang mengelilingi beliau selama ini?

Khir ini pun satu jenis manusia juga, orang tekan sikit sudah mengaduh, sudah mengaku kalah. Apalah jenis ahli politik kalau serapuh itu! Jelas Khir bukan seorang fighter.

Siapa yang menekan Khir Toyo di Selangor?

Untuk mengetahuinya cukup mudah. Tenguk siapa yang dilantik oleh Abdullah Ahmad Badawi mengetahui Umno Selangor. Dia ialah Muhammad Mohd Taib bekas menantu Sultan.

Suara ghaib
Jadi orang yang menekan Khir tidak lain dan tidak bukan, ialah bekas MB Selangor itu. Dalam hal ini sudah pasti Muhammad Taib akan gunakan suara ghib untuk tidak menampakknya.

Mungkin Muhammad Taib ada sound sesuatu kepada Abdullah mengenai Khir sehingga Abdullah merestui agar Khir Toyo berundur.

Abdullah yang terkenal dengan hobi suka tidur itu tidak akan mengetahui apa yang berlaku di Selangor kecuali ada orang yang memberi tahu dan membisikan sesuatu di telinganya. Selalunya Abdullah mengendorsekan sahaja apa-apa yang telah diputuskan.

Kemalangan yang menimpa Khir Toyo itu ialah kerana beliau kurang cekap dan tidak dapat membaca riak dalam ombak. Beliau kurang bijak membaca teka teki politik. Beliau seperti jahil dengan Machiavellism.

Jadi ada apa yang berlaku di Selangor terhadap Khir Toyo ialah beliau telah menjadi mangsa permainan politik gertak dan kodeta. Sesiapa yang mudah gelabah dan cemas maka mudahlah pula kuasa yang digenggamnya akan dikodeta! [klang 4:00 pm 22/03/08]

Mar 21, 2008

Khir nafi jual tanah pada PKNS

malaysiakini.com
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengaut keuntungan jutaan ringgit dalam satu urusan jualan tanah dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

khir toyo selangor bn pc 120308 happyDr Mohd Khir menyifatkan tuduhan tersebut sebagai "tidak masuk akal" dan berkata beliau telah mengarahkan peguamnya supaya membuat laporan polis secepat mungkin.

Beliau akan menimbang mengambil tindakan undang-udang sebaik sahaja mereka yang bertanggungjawab membuat tuduhan tersebut dikenal pasti.

“Ia tidak masuk akal. Saya tidak akan berdiam diri dan membiarkan tuduhan seumpama itu mencemarkan reputasi saya," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mohd Khir menjadi sasaran SMS yang mendakwa kerajaan baru PKR-DAP-PAS telah menemui dokumen-dokumen yang membuktikan tuduhan tersebut.

Bekas menteri besar itu dikatakan telah membeli sebidang tanah di Kajang pada harga RM2 per kaki persegi dan menjualnya balik kepada PKNS pada harga RM22 per kaki persegi.

Ekoran itu, beliau didakwa telah mengaut keuntungan sebanyak RM59 juta hasil jualan tanah tersebut.

SMS itu bagaimanapun tidak menyebut secara khusus lokasi tanah terbabit.

Selain Dr Mohd Khir, dakwaan tersebut turut mengaitkan bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor. Semuanya didakwa menerima RM1 juta daripada urusan jualan tanah tersebut.

Kerajaan baru siasat

Seorang pegawai kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan tersebut.

“Kita juga turut menerima SMS tersebut. Pada masa ini, tumpuan kita adalah untuk memuktamadkan pemilihan barisan exco. Apabila selesai, kita akan siasatan perkara tersebut," kata Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia.

PKNS, ketika dihubungi, turut menafikan ia terbabit dalam urusan penjualan tanah yang didakwa itu.

Seorang pegawai kanan PKNS cawangan Bangi, yang mempunyai bidang kuasa bagi daerah Kajang berkata, tidak ada sesiapa pun yang membeli tanah seumpama itu.

"Kita boleh mengesahkan bahawa tiada sebarang tanah yang dibeli oleh PKNS untuk tujuan pembangunan di Kajang," kata pegawai itu yang enggan dikenali.

Di samping isu tanah tersebut, Dr Mohd Khir juga menjadi asaran dakwaan bahawa beliau telah memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan pada malam hari pengundian selepas mengetahui BN tewas kepada pembangkang.

Beliau bagaimanapun telah menafikan berbuat demikian dan mendakwa kerajaan pimpinannya sentiasa telus dan bersih serta "tiada apa yang hendak disembunyikan".

DEDAHKAN HUTANG DAN SALAH GUNA KUASA KHIR TOYO

Khir Toyo dikatakan akan turun ke akar umbi untuk mengapi apikan rakyat agar terus mendesak kerajaan baru Negeri Selangor untuk merealisasikan manifesto mereka.

Menurut Khir Toyo, BN akan berkempen di seluruh Selangor untuk menyedarkan orang ramai mengenai keperluan mereka menuntut janji-janji yang ditaburkan oleh pakatan PKR, PAS dan DAP di Selangor.

Katanya BN telah mencetak 500,000 manifesto yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga parti itu semasa pilihan raya umum lepas untuk diedarkan ke rumah-rumah di seluruh Selangor supaya orang ramai dapat menyemak mana-mana janji kerajaan baru Selangor yang belum dipenuhi.
Belum pun sampai sebulan, Khir Toyo sudah menagih janji Kerajaan BA sedangkan rakyat sudah menanti lebih dari 2 penggal, apa yang kita dapat, kecuali rumah mewah kepada para exco, baca keratan berikut,
Menurut Dr Mohamad Khir, sehingga kini janji-janji kerajaan baru Selangor itu belum lagi dilaksanakan seperti memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang menyertai tadika dan mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk orang kurang upaya, warga emas dan anak yatim.

Juga tidak kedengaran pengumuman kerajaan baru Selangor untuk mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial sebanyak 10 peratus, katanya.
Rasanya semua ini cuba di kecohkan kerana usaha Khir Toyo untuk menutup penyalahgunaan kuasa beliau ketika menjadi MENTERI BESAR. Dalam pada itu, beliau yang juga dikatakan sebagai MEnteri besar yang paling banyak membuat hutang dengan kerajaan pusat dan menurut lapuran tahun 2007, hutang kerajaan Selangor kini mencecah billion ringgit. Yang mana perlu di dahulukan? Manifesto atau membayar hutang yang telah di lakukan oleh beliau. Kalau tanpa hutang, sudah pasti rakyat tidak terhimpit dan menerima ganjaran dari kemakmuran yang ada.

Satu sahaja cara untuk menutup mulut jawa tak sedar diri ini adalah dengan MEMBONGKAR SEMUA SALAH GUNA KUASANYA dan DEDAHKAN HUTANG KERAJAAN TIKA ERA PEMERINTAHANNYA.

Mar 16, 2008

KHIR TOYO BAKAR DOKUMEN?

Sebelum ini diberitahu kakitangan SUK memusnahkan dokuemn. Tapi kali ini greenboc MENDEDAHKAN bahawa dokumen turut di bakar dan dibantu oleh POLIS..

greenboc
Gambar - gambar yang dipetik dari blog 'YB' Elie Wong...gambar - gambar yang dirakam secara curi kegiatan memusnahkan bukti korupsi Kerajaan BN Selangor di bawah Khir Toyo sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Menurut laporan Sin Chew Daily "(Shah Alam) Pegawai-pegawai kerajaan negeri di masa pimpinan bekas Dato' Seri Mohamad Khir Toyo telah datang ke pejabat Kerajaan Negeri untuk memunggah malah memusnahkan beberapa dokumen rasmi." (terjemahan bebas GB)




dan kesemuanya dilakukan dengan bantuan Polis Malaysia yang telah mengawal laluan masuk ke Bangunan SAAS Selangor tempat di mana Kir Toyo memunggah dan memusnahkan dokumen-dokumen berkenaan.


Membongkar Pembaziran Kerajaan BN di Selangor

marhaen.org

Saya percaya rakyat marhaen merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim, sejurus beliau mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor.

Antara pengumuman itu ialah EXCO kerajaan baru BR Selangor tidak akan mengubahsuai ataupun membelanjakan apa-apa untuk ubahsuai pejabat masing-masing. Menteri Besar pun tidak ingin memiliki kereta baru kerana selesa dengan kereta yang sedia ada.

Wakil rakyat PAS di Selangor pula telah mengistiharkan mahu menyumbanga tiga puluh peratus (30%) elaun bulanan mereka kepada tabung kemajuan fakir miskin. Alhamdulillah… Ini amat melegakan rakyat marhaen kerana tidak disebut bahawa fakir miskin itu terhad kepada yang beragama Islam. Seorang teman beragama Buddha menampung tangan berdoa kepada Yang Esa minta dipanjangkan usia wakil rakyat tersebut semuanya.

Saya amat tertarik dengan usaha TS Khalid mahu memanggil jentera audit mengena pasti kedudukan kewangan negeri Selangor. Dalam hal ini saya ingin merakamkan beberapa laporan yang saya terima selama ini mengenai pembaziran kerajaan Khir Toyo. Antara
lainnya:

1. Majlis suka-suka yang penuh pembaziran;

Walaupun Khir Toyo suka merendah diri bercerita tentang pengalaman menjadi buruh kasar di Utusan dan menjual aiskrim selepas waktu sekolah, Semasa dia menjadi Menteri Besar dia mengadakan jamuan menyambut hari jadinya mengalahkan selebriti Hollywood. Setiap kali diadakan majlis hari jadi dia mahu semua yang datang mengenakan pakaian yang menepati tema majlis hari jadi itu.

Kalau tema malam itu ialah Bollywood, setiap hadirin dimestikan memakai pakaian yang ditiru daripada filem Hindustan. Pakai Seluar Khamis ker, Sari nampak pusat ker, baju kasa yang menampakkan bra ker; pakailah asalkan menepati tema majlis itu. Kalau tema majlis ialah Zaman Enam Puluhan, setiap tetamu dimestikan mengena pakaian era enam puluhan juga.

2. Pegawai Daerah Yang Kurang Berada di Pejabat Masing-masing

Sepanjang Khir Toyo menjadi Menteri Besar, pegawai Daerah dan Setiausaha Negeri serta beberapa pegawai terkanan negeri jarang berada di pejabat masing-masing. Mereka banyak menghabiskan masa bersama agenda Khir Toyo baik dalam negeri mahupun di
luar negara.

Yang paling baik ialah ambil pasport setiap pegawai kanan itu dan periksa di mana mereka berada. Contohnya mereka diangkut ke Australia untuk melawat Projek ‘Cluster Homes’ sedangkan projek itu bukannya satu projek yang baru, malahan sudah ada filem dokumentari yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia dan National Geography. Malahan ada beberapa filem pendek mengenai projek itu yang dikeluarkan oleh Qantas.

Kalau setakat mengenali konsep dan gambarannya sudah memadai mengambil maklumat di internet sahaja. Kemudian minta beberapa pelajar Malaysia yang berada di Australia untuk mengemukakan maklumat lanjut sebagai projek ijazah mereka. Apa salahnya kerajaan Selangor membiayai pengajian mereka dalam bidang itu.

Semua pilihan yang menjimatkan belanja itu tidak menarik kepada Khir Toyo dan pegawai kanannya di Selangor. Mereka perlu berada di sana untuk meraba bangunan yang telah dibina. Setiap Pegawai Daerah diberikan wang belanja poket sekitar Dua Puluh Lima Ribu untuk dihabiskan semasa membuat lawatan tersebut. Bayangkan setiap kali mereka keluar negara mereka disogok wang sebanyak itu dan setiap bulan ada sahaja lawatan keluar negara atas nama pembangunan Selangor, berapa juta telah dibazirkan oleh Khir Toyo.

3. Apabila nafsu serakah berulat di mata

Sepanjang pemerintahan Khir Toyo musim lalu dia lupa bagaimana dia menipu rakyat dengan menggunakan undi hantu dan undi tipu. Rakyat tidak akan memaafkan Khir Toyo apabila membiarkan pusat mengundi dibuka selepas waktu ditutup untuk membolehkan para pengundi hantu menjalankan tugas.

Kenikmatan menipu rakyat itu berlarutan sehingga petang menjelang hari penamaan calon. Pada malam sebelum penamaan calon satu majlis khas menjamu pihak Sekretariat mengundi telah diadakan di setiap jajahan Selangor di mana hanya bakal calon BN yang diminta hadir.

Ketika itulah diadakan proses menyemak semua kertas pencalonan orang BN di mana pegawai pengutip cukai disediakan untuk kerja lebih masa mengutip cukai stem. Dengan demikian pada keesokan harinya pemeriksaan kertas calon yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah satu lakonan semata-mata.

Oleh kerana Khir Toyo sudah menjulap semua Pegawai Daerah dan pegawai kanan kerajaan Selangor dengan pelbagai wang sogok, adalah tugas utama Khalid untuk menemuduga pegawai ini semuanya dan hantar balik mereka ke Putrajaya untuk diganti dengan pegawai yang baru.

Untuk memudahkan kerja-kerja mengaudit di setiap daerah saya cadangkan Khalid menggunakan khidmat syarikat swasta untuk kajian mengumpul maklumat dan kerja analisis terakhir dibuat oleh Jabatan Audit Negara. Dengan demikian barulah kita tahu sebenarnya apakah yang membuatkan Selangor mempunyai hutang besar kepada Kerajaan Persekutuan.

Saya juga mencadangkan agar Tan Sri Khalid gunakan akhbar kerajaan Selangor yang diterbitkan setiap bulan sebagai wadah untuk menyebar maklumat bagi memerangi segala fitnah yang akan disiarkan oleh akhbar dan media arus perdana. Setidak-tidaknya mulakan dengan berita bagaimana pelaburan Amanah Saham Selangor yang harga pasarannya adalah lebih rendah daripada harga sekeping tempe, sekarang ini..

- marhaintua - 15.03.2008

Mar 14, 2008

Khir: Signing Off Money He Shouldn't to Puncak Niaga?

personalpassages

Jeez…the news about Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo doesn’t seem to want to let up, does it? First we have the alleged shredding of official government documents which has been going far and wide across the blogosphere, and now we have an alleged report that he’s been brokering illegal deals:

(The NST, Friday, 14 March 2008): SHAH ALAM, Thurs: The DAP lodged today a police report against former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo for allegedly signing a deal with Puncak Niaga Holdings Berhad a day before polling day to operate and maintain the Sungai Sireh water treatment plant.

DAP Central Committee Member Ronnie Liu lodged the report against Khir at the Selangor police headquarters at 3.30pm.

“We are questioning the manner the contract was signed,” Liu said. “The signing of the deal just before elections is unlawful.”

Liu said according to the law, when parliament is dissolved, a Government standing as a candidate for elections cannot sign any deals pertaining to Government projects.

“Any dealings should be done only after the new Government is formed,” he said. “Maybe Khir Toyo thought he would win this election again and that is why he signed.”
While Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo maintains his favourite stance of denial in the face of these allegations, Bursa Malaysia is mentioned within the report that that he (allegedly) did indeed sign off the government deal:
Khir had denied signing any contracts or that he had any knowledge of a deal signed. The Bursa Malaysia on Tuesday, the same day Khir Toyo denied knowledge of contract signing, made an announcement that a contract was signed with the Selangor Government for Puncak Niaga to operate, manage and maintain the raw water intake and the treatment plant situated on a 6.72 acre piece of land located beside a canal near Sungai Sireh, Tanjung Karang in the district of Kuala Selangor.

The actual contract is expected to take effect on April 1.
Wow…I guess he really does take pride in efficiency if he did indeed do what he is accused of doing. After all, he got the jump on his work – or what he assumed would be his work – by going ahead with signing agreements, shredding documents, and what not.


Ah, we should all look heavenward to have a man like Datuk Khir - not to be confused with Siti’s Datuk ‘K’- to be our Menteri Besar. After all, his diligence in duty, his innovation in execution, and his prodigious work ethic has earned him a special place in our bowels. No wonder we didn’t want the bugger back.

Latest reports, however, indicate that Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo is indeed innocent of the accusation of deals brokering on the 11th hour:
(Bernama Online, Friday, 14 March 2008): Selangor SS Admits Signing Contract On Eve Of Polls
SHAH ALAM, March 13 (Bernama) -- Selangor State Secretary Datuk Ramli Mahmud said today that it was he who signed an agreement on the behalf of the state with Puncak Niaga Bhd a day before the general election.
The contract was for the maintenance and operations of the Sungai Sireh water treatment plant and was not signed by Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo who was then Menteri Besar, he said.
He said it was approved by the State Executive Council about a year ago after consulting the Water, Energy and Communications Ministry and the legal adviser while the documents were ready for signing a day before the polls.
Personally, though, I don’t see the logic of the reason behind Datuk Ramli Mahmud’s line of reasoning. If what Ronnie Liu says is true, then the fact remains that these documents were signed a day before election, rendering the agreement null and void.

Sure, it can be argued that the legal standing for this is a verbal agreement between two parties which was made a year ago, which is essentially binding. But where is the substantiation for this? Some misfiled coffee soaked meeting minutes? Where is the documentation that proves that there was indeed a consensus reached between two these two parties when the ex-Menteri Besar and the ex-State Secretary was legally empowered to broker deals for the state of Selangor?

Well, we have the word of a man, and his secretary, who likes to give out brooms for awards. That, I’m sorry to say, is pretty flimsy to me.

KHIR TOYO NAK SAMAN MALAYMAIL?

Dr. Khir Pertimbang Saman Malay Mail
www.selangordaily.com

Menurut sumber UMNO Selangor, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir bin Toyo sedang membuat pertimbangan serius untuk saman akhbar Malay Mail yang membuat laporan "the deal on" pada 13 Mac 2008, seolah-olah beliau menandatangani kontrak antara kerajaan negeri dan Puncak Niaga pada petang sebelum hari pengundian.

Laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan Dr. Mohamad Khir membuat penafian bohong sehari sebelum itu kononnya tidak mengetahui mengenai perjanjian tersebut

Sementara itu hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud membuat pengakuan bahawa beliau yang menandatangani perjanjian tersebut.

Menurut Ramli, keputusan urusan tersebut telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri atas nasihat Kementerian Komunikasi, Tenaga dan Air sejak tahun lalu.

Ramli turut mengakui bahawa Dr. Mohamad Khir tidak dimaklumkan mengenai majlis menandatangani perjanjian tersebut kerana ia hanyalah merupakan urusan pentadbiran kerajaan diperingkat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Komen dari pembaca KMU

by baby85

Saudara KuntaKinte,

Deal apa yang telah dibuat antara kerajaan negeri Selangor dan Puncak Niaga nie....tolong explain kat sini...semua PUBLIC nak tau..kalau ADA THREAD..tolong letak kat sini...senang nak baca........

Sebenarnya kejatuhan Selangor banyak berpusat kepada masalah rakyat seperti isu AIR, isu PERUMAHAN, isu HARGA BARANG dan TOL naik, isu HARGA MINYAK naik....semua isu2 rakyat MARHEIN............

Masalahnya sebelum pilihanraya, isu2 seperti ini telah di ambil oleh pihak PEMBANGKANG seperti DAP!!! Dia janji akan selesaikan segera semua masalah selepas pilihanraya kalau menang..........CUBA KALIAN SEMAK SEMUA CALON2 DAP SELANGOR....ADA YANG MENANG MAJORITI SEPERTI CHARLES SANTIAGO, PARLIMEN KELANG...DIA NI PRESIDEN CAWP (COALITION AGAINST WATER PRIVATIZATION)! LAGI SATU EDWARD LEE, DUN BUKIT GASING, PJ UTARA. DIA NI PENGERUSI APPAC(ALL PJ PRO ACTION COMMITTEE)! MEREKA NI SEMUANYA NGO YANG MEMANG LANTANG MENENTANG KERAJAAN DI ATAS DASAR2 YANG KRAJAAN TELAH BUAT...........

HA...JAWAPANNYA SIAPLAH PUNCAK NIAGA, SYABAS DAN KERAJAAN SELANGOR....RAKYAT DI KL DAN SELANGOR AMAT MARAH DENGAN HARGA AIR YANG NAIK MENDADAK PADA NOVEMBER 2006. UNTUK PENDUDUK PANGSAPURI DAN KONDO YANG PADA MASA ITU YANG BAYAR PBIL AIR PADA MANAGEMENT COMMITEE DIMAKLUMKAN BAHAWA AKAN DAPAT BAYAR TERUS PADA SYABAS LEPAS NOV 2006!!! TAPI TAK DIJALANKAN....SAMPAI SEKARANG RAKYAT TERPAKSA BAYAR PADA MC DENGAN HARGA LEBIH TINGGI!! JADI PIHAK PEMBANGKANG AKAN KOREK SEMUA NI KELUAR KEPADA PENGETAHUAN RAKYAT...APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI SELANGOR NIE....

ITULAH WAKIL RAKYAT BN...TERLALU BONGKAK,SOMBONG DAN PERASAN RAKYAT AKAN PILIH BN....CUBA KALAU DENGAR RINTIHAN RAKYAT DAN CUBA SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN SEBELUM PILIHANRAYA, SAYA AMAT YAKIN BN TAK AKAN KALAH SETERUK INI PADA PRU12.....

DAP buat laporan polis kepada bekas MB Selangor

utusan.com.my

SHAH ALAM 13 Mac - Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu Tian Khiew membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang didakwanya melakukan kesalahan besar kerana menandatangani satu kontrak perniagaan melibatkan kerajaan negeri selepas Parlimen dibubarkan.

Ronnie Liu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor tersebut di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor kira-kira pukul 3.30 petang hari ini.

Bercakap kepada pemberita, beliau mendakwa, Mohamad Khir melakukan kesalahan apabila membenarkan pemeteraian urus niaga antara Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. berhubung operasi rawatan dan penyelenggaraan loji air Sungai Sireh, Tanjong Karang pada 7 Mac iaitu sehari sebelum tarikh pembuangan undi berlangsung.

''Sepatutnya selepas kerajaan negeri dibubarkan, tiada sebarang urus niaga berkaitan kerajaan negeri boleh dibuat.

''Tetapi Mohamad Khir telah menandatangani perjanjian itu sedangkan dia tidak berhak lagi ketika itu," dakwa beliau.

Setiausaha Biro Antarabangsa DAP itu juga melahirkan rasa kesal apabila Mohamad Khir menafikan mengetahui mengenai kontrak tersebut dan menafikan telah menandatanganinya seperti yang dilaporkan akhbar Malay Mail hari ini.

''Saya mempunyai bukti terhadap Mohamad Khir dan saya akan mengemukakan bukti-bukti ini kepada pihak polis agar tindakan boleh diambil terhadapnya," kata Ronnie Liu sambil mengedarkan salinan pemberitahuan awam mengenai perjanjian tersebut yang dicetak dari laman web Bursa Malaysia di http://announcements.bursamalaysia.com.

Mar 13, 2008

OPERASI BONGKAR SUDAH MULA !!!

http://www.thecwcgroup.com/UserFiles%5CSponsorImage%5CPNSB%20Puncak%20niaga%20website.GIF

SUK Nafi Bekas MB Tandatangani Perjanjian Dengan Puncak Niaga
bernama

SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) -- Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud menafikan bahawa bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menandatangani perjanjian dengan Puncak Niaga Bhd sehari sebelum pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata perjanjian yang membabitkan penyelengaraan dan operasi pelan rawatan air Sungai Sireh itu ditandatangani oleh beliau sendiri bukan Dr Mohamad Khir.

"Benda ni dah lama, mungkin pihak Puncak Niaga dah lupa dan diluluskan exco dan mendapat nasihat dari Kementerian Komunikasi, Air dan Tenaga serta penasihat undang-undang untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas upacara Penyerahan Watikah dan Angkat Sumpah Menteri Besar Baru Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Istana Bukit Kayangan di sini.

Ramli berkata beliau telah menyemak dan Dr Mohamad Khir tidak menandatangani sebarang dokumen perjanjian.

Beliau berkata dokumen itu memang ditandatangani sehari sebelum hari pengundian tetapi ia tidak membabitkan Dr Mohamad Khir kerana kelulusan berhubung perkara itu telah dipersetujui kira-kira setahun lepas.

Katanya, penyediaan semua dokumen yang diperlukan berhubung perjanjian itu siap kebetulan sehari sebelum hari mengundi dan beliau sendiri yang menandatanganinya.

Mengikut laporan sebuah akhbar hari ini, satu perjanjian telah ditandatangani oleh Dr Mohamad Khir dengan Puncak Niaga sehari sebelum hari pengundian dan ia disahkan oleh seorang pegawai kanan walaupun dinafikan oleh Dr Mohamad Khir semalam.

Sementara itu, mengulas dakwaan dokumen yang dimusnahkan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Ramli berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dan jika didapati ia berlaku, tindakan akan diambil terhadap pegawai yang terbabit.

Mar 12, 2008

Mr Botox is now Shredder.

amoker

Sin Chew daily got a scoop when its reporter caught departing Selangor adminstration of shredding. No mainstream newspaper carried this story, yet. Then Khir Toyo(L), denied the allegation after sounding his war cry.

But he denies saying: “It’s not true. I have everything in details. We have been transparent and we have nothing to hide. If we are corrupt, why were we awarded the Sijil Bersih (Corruption Clean Certificate) for two consecutive years?” (Malaysiakini).

Sin Chew found its gut to put in a piece comparing the gracious Dr Koh Tsu Koon and Khir Toyo(L)
The former Selangor Menteri Besar cried when the election results on Saturday (8 Mar) was revealed. But he did not admit defeat and congratulate the winner like other leaders. He also did not come forward to pass the regime to the new state government.
I caught a glimpse of his fiery speech over the TV while lunching. He seemed serious. Why can't he be this serious when he was the MB? Just because he did not deliver and every body voted against him, he want to do that same to the next chap.

"Mommy!! see!! He also like that."
" There is now more non Malays in the lineup, so we can't be religious any more".

Mr Toyol, nobody can be as in denial as you.
Even you want to lie about the botox.


The dark prince when he first came to serve as the MB. He was the mentee of another corrupt Selangor MB.

Older, and fairer ..with less lines. He attributed this overnight transformation to eating healthy and jogging. Right...


And the shredding.
Your new name is Shredder. Beware, the Ninja turtles will haunt you back.
Oh, just lost my sympathy for the ruling party in a flash. Their arrogance is back.

Mar 11, 2008

KHIR TOYO: KOLEKSI CERITA MENARIK

Khir selamat buat sementara waktu, tapi belum tentu untuk selamanya
detik.daily
Oleh : Wartawan Detikdaily 2002

SHAH ALAM: Maklumat baru mengenai kes rasuah Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang disampaikan Ahmad Lutfi Othman di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya, Selasa lalu, kembali menghangatkan isu sensasi ini meskipun umat Islam kini lebih disibukkan dengan persiapan menghadapi Aidilfitri.

Sebelum itu, khabar-khabar angin mengatakan Dr Khir yang mengambil cuti sakit sehingga 3 Disember lalu dikatakan akan terus bercuti panjang. Bagaimanapun berita angin itu ternyata tidak berasas apabila Khir mula bertugas sehari selepas itu dan tidak ada tanda-tanda beliau kini dalam tekanan. Difahamkan, isu rasuah beliau dapat dikendalikan seperti yang dirancang. more...

Khir Toyo tidak bercakap di Dewan Undangan Negeri Selangor
detik.daily
Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

SHAH ALAM: Aktivis media, Ahmad Lutfi Othman, yang membuat laporan ketiga kes rasuah Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, Selasa lalu di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya telah diminta memberi keterangan lanjut Jumaat lalu, 7 Disember jam 9.30 pagi.

Penguasa Azni Yahaya dari Pejabat BPR Shah Alam merakamkan keterangan Lutfi ekoran penemuan bukti terbaru kes rasuah Khir Toyo yang membabitkan penawaran tapak banglo oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Segala-galanya berjalan lancar dan pihak BPR Selangor saya lihat bersungguh-sungguh menyiasat kes ini, meskipun ianya membabitkan Menteri Besar Selangor," kata Ahmad Lutfi selepas selesai ditemubual Azni, sejam kemudian. more...


Khir Toyo perlu menjawab isu tapak banglo Bandar Baru Bangi
detikdaily
Oleh : ILIAS KAMARUDIN

Berikut adalah beberapa maklumat asas tentang dakwaan amalan rasuah Khir Toyo mengenai tawaran tapak banglo PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi:

1. No. Lot: 14, Jalan 2/1G

2. Luas Lot: 22,863 kaki persegi

3. Harga untuk tawaran pertama pada 13 Februari 2001: RM20.00 skp

4. Harga untuk tawaran kedua pada 12 Mei 2001: RM10.00 skp

5. Dr Khir pada 31 Oktober 2001, di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, menafikan beliau menerima dua tawaran berbeza itu dan menafikan beliau membeli tanah yang ditawarkan PKNS itu kerana tidak mempunyai wang yang cukup. Ternyata penafian Khir itu satu pembohongan! More...


Satu lagi pekong terdedah di Selangor
/n32.blogspot

Semalam majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Perbandaran Kelang telah ditangguhkan sekali lagi. Ini kerana pihak MPK menerima arahan dari kerajaan negeri bahawa majlis itu tidak boleh diadakan sehingga diselesaikan apa sahaja masalah berhubung ahli-ahli majlis berkenaan yang masih tertangguh(terutama yang hamper sama dan berkait dengan kes Zakaria Md Deros).

Sementara itu semasa artikel ini ditulis pihak penguatkuasa MPK sedang merobohkan (bukan ISTANA) tetapi DZ Satay House milik Zakaria Md Deros yang dibina secara haram atas tanah kerajaan.

Belum pun reda kes-kes kemungkaran politik yang melibatkan orang-orang kanan Umno dan BN ini, kini timbul pula cerita baru. Kali ini melibatkan anggota EXCO dari MIC pula. ADUN Ijok (ADUN 4 penggal) K.Sivalingam dikatakan telah membina sebuah restoran yang telah beroperasi selama hampir 3 tahun tanpa memperolehi kelulusan bagi bangunan yang dibinanya itu dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.
More...


Kes Zakaria: Mengapa kita harus bersedih
n32.blogspot
Saya sedih melihat sidang akhbar ADUN Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros yang disiarkan TV semalam dan mendapat tempat utama dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini.

Sedih bukan kerana saya bersimpati dengan ADUN yang tercalar buruk imejnya lantaran skandal ISTANA beliau di Pandamaran itu serta akhlaknya yang buruk yang didedahkan oleh pihak istana. Tetapi saya sedih kerana satu negara termasuk mungkin sebahagian dunia dapat melihat inilah rupanya seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Beliau terang-terangan telah melanggar undang-undang dalam keadaan beliau seorang penggubal undang-undang (selaku ADUN) dan seorang ahli majlis tempatan. Beliau mampu berbelanja jutaan ringgit untuk membina sebuah mahligai dalam keadaan hanyalah sebagai seorang bekas buruh KTM (yang diakuinya sendiri) serta bekas Senator dan kini ADUN yang jumlah pendapatnnya termasuk pencen tidak pun mencecah angka RM10,000 sebulan.
More...

MB tidak tahu apa yang dicakapnya
n32.blogspot

Terbukti MB Selangor Khir Toyo tidak cekap dan HANDS ON dalam banyak perkara yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri. Beliau gagal menangani isu ISTANA Zakaria Md Deros dengan meyakinkan sehingga Tuanku Sultan terpaksa campurtangan dan MT Umno pun dikhabarkan bercadang membincangkannya.

Dalam kes ahli-ahli majlis yang gagal menjelaskan cukai taksiran dan memohon kelulusan pihak PBT sebelum membina atau melakukan penambahan ke atas bangunan masing-masing yang sedia ada, Khir sekadar menasihatkan mereka agar segera mematuhi dan menjelaskan apa yang patutu jika tidak kerajaan negeri akan ambil tindakan. Tidakkah kegagalan atau keenganan ini mereka sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan, lalu mengapa nasihat-nasihat lagi? Kalau terkena atas rakyat jelata, cepat sahaja tindakan diambil tanpa belas kasihan, mengapa ahli-ahli majlis diberi keistimewaan? more...

Selangor Maju bergelora dengan kemungkaran
n32.blogspot.com

Pada 31 Ogos tahun 2005 lalu, kira-kira setahun lebih yang lalu dengan teramat ghairahnya Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo telah mengisytiharkan, tanpa mengguna pakai penanda aras dan ukuran bertaraf antarabangsa , bahawa Selangor adalah sebuah Negeri Maju.

Ini bermakna Selangor mencapai status MAJU 15 tahun terlebih awal dari apa yang dirancangkan untuk Negara sendiri melalui Wawasan 2020.

Kini 14 bulan telah berlalu apa khabar Selangor Maju?

Skandal melibatkan PBT seluruh Selangor semakin menjadi-jadi. Pembaziran dalam membelanjakan hasil PBT begitu ketara. Ada pihak PBT yang membawa ahli-ahli majlisnya ke luar Negara kononnya untuk melawat sambil belajar sedangkan kos menghantar seorang pegawai kanan majlis lebih efektif dan menjimatkan. more...


MIC dituduh ambil wang pembeli rumah
malaysia-today
Oleh: Faisal Mustaffa

KUALA LUMPUR: MIC didakwa melakukan penipuan kepada pembeli rumah kos rendah di beberapa projek yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak 1999.

Beberapa individu dilantik oleh MIC untuk mengutip wang pendahuluan pembelian rumah dari kalangan pekerja-pekerja estet di institut Penyelidikan Getah (RRI) di Kepong dan kemudiannya menghilangkan diri.

Dakwaan itu dibuat oleh Narayanan a/l Muniyandy, 55 dan beberapa mangsa dari estet berkenaan yang mahu pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut melalui laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul 14 Disember lepas. more...


Mengapa Bencikan Skandal Seks Tapi Dapat Maafkan Skandal Rasuah
detikdaily.net
Oleh : ORANG DALAM SUK

Selepas menonton VCD Skandal MB Selangor, baru saya jelas apa sebenarnya yang mahu diketengahkan oleh Ahmad Lutfi selama ini. Benar seperti kata Lutfi, skandal rasuah Khir Toyo hanyalah satu contoh bagaimana menteri-menteri besar BN menggunakan kedudukan, kuasa dan pengaruh mereka untuk memunggah kekayaan negara untuk kepentingan diri, puak dan kelompok masing-masing.

Dengan mengetahui bagaimana Khir mengamalkan rasuah, senanglah kita menjelaskan kepada rakyat, tentang mudahnya menteri-menteri Umno merampas harta rakyat, yang selama ini memberikan amanah dan kepercayaan untuk mereka memerintah. Antara kaedah Khir melakukan rasuah, seperti yang ditunjukkan Lutfi, adalah seperti berikut (saya jelaskan hanya dua saja):

1. Memberikan projek yang telahpun ditingkatkan nilainya berkali ganda kepada syarikat yang boleh memberi komisyen tinggi kepada MB. Misalnya, kalau projek asal menurut taksiran JKR ialah RM40 juta (itu pun sudah boleh dapat untung banyak), MB akan menaikkannya menjadi sehingga hampir RM100 juta. Jadi, kalau kontraktor sudah untung sampai RM50 juta, kalau MB minta setakat RM20 juta, dengan pejam mata pun kontraktor boleh bagi. Sama-sama merasa! more...

Taktik Khir Nak Alihkan Isu Rasuahnya Tidak Berjaya
mari209
OLeh : BAHARUDIN MOHD NOOR

Penulis upahan Tepak Bersulam melalui laman web tajaan Umno jelas mahu elak diri dari membincangkan isu sebenar dalam kes rasuah Khir Toyo. Dia mahu orang ramai yang sudah tahu perangai MB Selangor yang terkutuk itu mengalih pandangan kepada isu lain, yang langsung tidak relevan. Baginya, selagi rakyat Selangor memperkatakan soal rasuah Khir, alamat masa depan Khir gelap, paling lama pun sampai pilihan raya akan datang, dan Tepak akan pening kepala kerana tak dapat tumpang rasuah Khir yang melimpah-ruah itu.

Pertama, Tepak nak tunjukkan bahawa ada pihak yang mendalangi dan turut membiayai Ahmad Lutfi bagi ‘memfitnah’ Khir Toyo dengan membuat tuduhan palsu.

Kedua, beliau nak dedahkan bahawa ada konspirasi dalam Umno Selangor sendiri untuk jatuhkan Khir sebagai MB Selangor. Maka dicanangkan bahawa ada tiga orang Exco kanan Selangor mahu menggulingkan Khir. Macam-macam cerita tak masuk akal yang diasaknya. more...

Khir Toyo berkeras ‘komersilkan’ kawasan rekreasi Bandar Baru Bangi
angelfire
BANGI – Keputusan Kerajaan Selangor pimpinan Dr Mohd Khir Toyo untuk tetap membangunkan 10.823 ekar tanah di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi -- walaupun tanah itu diwartakan oleh pejabat tanah Hulu Langat sebagai kawasan rekreasi – terus mendapat bantahan penduduk setempat.

ADUN Kajang, Dr Shafie Abu Bakar, dalam perbahasan sidang DUN Selangor, 15 Julai lalu tidak bersetuju tanah bernilai tinggi itu diserahkan kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd kerana ia patut diberikan kepada PKNS untuk membangunkannya sebagai kawasan rekreasi.

Hasil carian menunjukkan pemegang syer Bestarama Sdn Bhd merupakan pemegang syer yang sama untuk beberapa syarikat yang mendapat keistimewaan daripada Dr Khir Toyo, termasuk penswastaan kutipan sewa-beli rumah kos rendah kerjaan negeri Selangor. More...

Mar 10, 2008

BERITA RASUAH KHIR TOYO 2001


BPR terima lebih 10 kes rasuah MB S'gor
malaysiakini

Pada Oktober 23 lalu saya telah membuat aduan rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di hadapan Penolong Penguasa Kamaruddin Baharom di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), di Putrajaya.

Aduan itu kemudiannya dibuat semula pada November 8 ekoran kenyataan sumber BPR yang disiarkan sebelum ini mendakwa ia bukannya 'aduan rasmi' tetapi sekadar maklumat. Pada hari berikutnya saya memberi keterangan lanjut di pejabat BPR Selangor selama lebih tiga jam. Kenyataan saya dibuat di hadapan Penguasa Azni Yahaya.

Dalam aduan itu saya membutirkan lebih sepuluh kes membabitkan Dr Khir menyalahgunakan kuasa atau melakukan korupsi semasa mentadbir Selangor. Antaranya ialah projek Jalan Cross Ban 4 bernilai RM92.5 juta sepanjang 20.5 km di Sekinchan yang dianugerahkan kepada kontraktor bermasalah iaitu Meram Holdings Sdn Bhd.

Isu mesyuarat exco kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah di Shah Alam dan Kuala Langat, pada November 20 tahun lalu dan Julai 4 lalu kepada syarikat tertentu juga dibangkitkan terutama kepada empat syarikat yang pengarahnya baru berumur 20 tahun. Tiga dari empat pengarah muda itu dilantik menjadi pengarah syarikat tidak sampai pun 40 hari sebelum mereka bertiga menerima 50 ekar tanah di Kuala Langat.

Dalam aduan pertama saya, pada Oktober 23 di bawah perenggan E, Perkara 5, saya mencatatkan: "Khir didakwa menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu mesyuarat lembaga, untuk mendapatkan sebidang tanah di Shah Alam, sehingga pengurusan PKNS membuat dua kali tawaran harga tanah tersebut kepadanya. Ini disebabkan Dr Khir tidak berpuas hati dengan tawaran harga pertama."

Pada Oktober 30 ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang juga Adun Sungai Burung, Datuk Dr Hassan Ali, semasa membahaskan Belanjawan 2002 bagi Selangor telah membangkitkan isu berkaitan tanah PKNS itu.

Pada hari berikutnya Dr Khir menggulung perbahasan Belanjawan dengan menolak dakwaan itu. Walaupun mengaku beliau ada ditawarkan tanah milik PKNS tetapi kedua-dua tawaran yang dibuat itu adalah dengan harga yang sama.

Beliau (Dr Khir) kemudiannya mendakwa menolak tawaran itu kerana beliau tidak mempunyai cukup wang untuk membelinya.

Maklumat lanjut

Sehubungan itu pada jam 10.30 pagi, Disember 4, saya mengunjungi Ibu Pejabat BPR di Putrajaya untuk memberi maklumat lanjut perkara itu. Saya cuba menghubungi pegawai BPR yang menerima maklumat dan aduan rasmi tempoh hari. Malangnya Kamaruddin Baharom gagal ditemui.

Salah seorang pegawai bertugas hari itu menasihatkan saya supaya terus saja ke pejabat BPR di Shah Alam kerana kes membabitkan Dr Khir itu telah dipindahkan ke sana. Nampak mereka keberatan menerima maklumat lanjut saya.

"Sebenarnya saya lebih selesa membuat laporan di Putrajaya. Bukannya saya mempertikai kemampuan BPR Selangor untuk membuat siasatan tetapi saya rasa lebih elok jika yang hendak disiasat adalah ketua kerajaan sesebuah negeri, maka pihak yang menyiasat perlu dari luar negeri berkenaan, yakni dalam kes ini, dari Putrajaya," saya menjelaskan kepada seorang pegawai BPR.

Saya bimbang BPR Selangor tidak selesa memulakan proses siasatan kerana ia membabitkan Menteri Besar Selangor. Akhirnya, Penolong Penguasa Mohd Nasharudin Amir bersetuju menerima maklumat terbaru itu khususnya selepas saya berjanji memberi keterangan lanjut di Shah Alam!

Menurut surat tawaran pertama kepada Dr Khir bertarikh Februari 13 tahun ini, Pengurus Besar PKNS, Dato' Haji Harun Salim mencadangkan satu tapak banglo di Seksyen 2 tambahan, Bandar Baru Bangi kepada Khir dengan butiran berikut: No. Lot : 14 Jalan 2/1 G, keluasan 22,862.54 kaki persegi (0.47 ekar) dan harga jualan RM20.00 sekaki persegi.

Melalui surat itu Harun mencadangkan agar Dr Khir dapat meluangkan masa melawat tapak yang dicadangkan.

Cerita lama

Menurut sumber, Dr Khir menimbulkan cerita bahawa semasa belum dilantik Menteri Besar beliau pernah memohon tanah daripada PKNS tetapi tidak dilayan.

Dengan menimbulkan cerita seperti ia bagaikan dentuman `halalintar membelah bumi’ bagi seorang pengurus besar yang merasakan tempoh perkhidmatannya boleh ditamatkan bila-bila masa saja oleh Menteri Besar.

Tidak sukar untuk meramal apa yang akan dilakukan oleh pengurus besar itu apabila mendengar luahan hati Menteri Besar mengenangkan pengalaman silamnya dengan PKNS.

Saya rasa itu adalah detik permulaan amalan rasuah ketara sama ada membabitkan Menteri Besar yang mendapat tanah atau pengurus besar yang menawarkan tanah itu.Tidak mustahil jika kedua-duanya boleh disabitkan.

Saya juga mempersoalkan apakah Dr Khir mengikuti semua prosedur ketat dalam proses memohon tanah PKNS. Saya kira jawatannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNS tidak mengecualikan beliau dari mematuhi segala prosedur yang diperlukan.

Difahamkan setiap tanah yang diluluskan untuk dijual oleh PKNS akan diperakukan terlebih dahulu oleh mesyuarat lembaga PKNS yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor. Soalnya, apakah Dr Khir meluluskan permohonan tanah untuk dirinya sendiri?

Persoalan lain yang timbul ialah layanan istimewa PKNS kepada Dr Khir apabila harga tanah yang ditawarkan pada surat kedua bertarikh Mei 12 tahun ini mendapat potongan hampir 50 peratus.

Menurut surat pertama, harga tanah ialah RM457,250 manakala bagi surat tawaran kedua harga tanah yang dinyatakan ialah RM231,678.

Potongan luar biasa

Difahamkan potongan harga itu cukup luar biasa dalam amalan pengurusan PKNS. Kakitangan yang bekerja lebih 20 tahun pun khabarnya hanya mendapat potongan sebanyak 10 peratus. Namun tidak dipastikan apakah ia satu kelaziman bagi PKNS untuk menawarkan tanah dengan harga istimewa kepada semua Menteri Besar yang baru dilantik?

"Sesiapa yang mendapat tanah daripada PKNS sudah cukup beruntung kalaupun harganya tetap. Ini kerana harga yang ditawarkan PKNS jauh lebih murah daripada harga pasaran," kata seorang ahli perniagaan yang terbabit dalam hartanah.

"Malah harga pasaran tanah di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu sekurang-kurangnya RM25 sekaki persegi," tambahnya.

Bukan soal nilai tanah yang menjadi pertikaian tetapi kita khuatir jika dalam proses jual-beli sekecil itu berlaku amalan salah guna kuasa kita bertambah bimbang takut-takut dalam urusan yang lebih besar dan membabitkan lebih banyak wang rakyat, amalan rasuah lebih mudah berleluasa.

Tetapi lebih menakutkan kita jika Menteri Besar sanggup berbohong dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu semata-mata untuk mengelak dari pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya.

Benarkah apabila Dr Khir berkata bahawa kedua-dua tawaran terhadap tapak tanah lot banglo di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu adalah dengan harga yang sama?

Kedua, benarkah Dr Khir berkata bahawa beliau menolak tawaran berkenaan sedangkan sumber memberitahu tawaran itu diterimanya dan pembayaran telah selesai dilakukan? Saya menunggu jawapan Dr Khir.

ADUAN RASUAH KHIR TOYO TAHUN 2001

mail-archive
Tarikh: 23 Oktober 2001
6 Syaaban 1422

AHMAD LUTFI B. OTHMAN
24, Jalan 4/21D,
Medan Idaman, Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tel/fax: 03-40243531
019-3722079

Yang berbahagia
Ketua Pengarah
Badan Pencegah Rasuah
Ibu Pejabat BPR Malaysia
Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62502 Putrajaya

ADUAN RASUAH MEMBABITKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Saya mensyakki, berdasarkan beberapa maklumat yang dihantar kepada saya, dan juga carian saya secara lebih lanjut lagi, juga berasaskan maklumat berkenaan, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo perlu disiasat kerana dibimbangi beliau telah menyalahgunakan kuasa semasa diberi amanah untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.

Kebimbangan saya itu berdasarkan beberapa perkara
seperti berikut:

A. PROJEK CADANGAN PEMBINAAN JALAN CROSS BAN 4, SUNGAI PANJANG (B44)

Lokasi: Dari Taliair 4, Sekinchan hingga Parit 4, Sg
Hj Dorani (Sebelah
Ban JPS sediada)
Panjang: 20.5 kilometer
Kos Kontrak: RM92.5 juta
Tempoh Siap: 36 Bulan

Kontraktor: Meram Holding Sdn Bhd
A-205, No. 11, Jalan Sepadu,
United Garden, 58200 Kuala Lumpur.

Jurukur/Rekabentuk: Jalal Johari Consultants,
9127C, Lorong Perak,
Taman Melewati, 53100 Kuala Lumpur.

ISU PERTAMA:

Mengapa Menteri Besar Selangor, melalui Jabatan Kerja Raya Selangor, menganugerahkan projek ini kepada Meram Holding, sebuah kontraktor bermasalah, yang mana tiga projek terakhirnya tidak dapat disiapkan seperti yang dijadualkan, dan akhirnya terpaksa projek-projek itu diletakkan di bawah kontraktor penyelamat? Untuk perhatian, surat setujuterima tender ditandatangani oleh Menteri Besar sendiri.

Berikut adalah butiran terperinci projek-projek yang gagal disiapkan oleh Meram Holding:

Projek Pertama: Kos Kontrak: RM6,432,233.80
Tarikh Kontrak: 8/12/99 - 27/02/01
Lanjutan Masa 1: 28/02/01 - 19/07/01
Lanjutan Masa 2: 19/07/01 - 30-08/01
LAD dari 31/8/01 sebanyak RM1,595.00/hari
Status Terkini: Projek dijangka siap sebulan lagi

Projek Kedua: Cadangan membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan 3, di
Air Kuning, Gemas, Negeri Sembilan

Kos Kontrak: RM7,455,190.85
Tarikh Kontrak: 22/07/99 - 11/10/00
Lanjutan Masa 1: 12/10/00 - 16/01/01
Lanjutan Masa 2: 16/01/01 - 31/07/01
Status Terkini: Telah siap dan diserahkan kepada JKR

More...

KETUA PARTI PEMBANGKANG SELANGOR



The motorcycle carries the registration number BJV 8888 to match the lucky number 8 – Dr Khir had claimed that Selangor covers 8,000 sq km, has eight million residents, 2008 is the election year and he was appointed mentri besar in August, the eighth month. - Star

Dah la tak pakai HELMET, langgar undang undang pulak tu. Tahukah anda PLATE No motor yang digunakan itu bernilai paling kurang RM80,000?

Ketua pembangkang negeri Selangor ni memang la membazir. Contoh terbaik kepada Mat Rempit negeri Selangor dan Kepimpinan parti Pembangkang seluruhnya. Kalau nak bangkang .... biar langgar undang undang sekali. Polis buat tak tau je. Sedangkan setiap kawalan mengundi ramai pihak polis bertugas.

Mar 9, 2008

KHIR TOYO: 20 KES PENTING

20 kes rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.mega_shok.gif. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

KHIR TOYO: KES TAHUN 2006

Laporan Polis Terhadap Khir Toyo dan Zakaria

Kami disini membuat aduan dan laporan polis setelah membaca dan merujuk kepada artikel berikut :

a) Artikel The Star 30 Oktober 2006, mukasurat 8 yang bertajuk "Penalise all lawbreakers" melaporkan bahawa tapak tanah yang didirikan "Istana Idaman" di Kampung Idaman, Klang adalah asalnya diperuntukkan untuk sekolah agama. Anggaran nilai pasaran tanah tersebut ialah RM1.3 juta;

b) Laporan The Star 31 Oktober 2006, mukasurat N10, bertajuk "Two more Klang councillors get stop work order" melaporkan bahawa isteri Datuk Zakaria Mat Deros, Datin Zizah Ngah hanya membayar RM46, 000.00 untuk memiliki tanah seluas 43,000 kaki persegi setelah diberikan diskaun;

c) Laporan New Straits Times 14 Oktober 2006, mukasurat 2 yang bertajuk "Datuk bought land for mansion for a song" melaporkan bahawa tanah yang diberikan kepada Datin Zizah Ngah pada asalnya adalah lapan lot dengan Lesen Menduduki Sementara (TOL). Ia kemudian dibatalkan dan dijadikan satu lot besar untuk diberikan kepada isteri Zakaria.

d) Ketiga-tiga salinan akhbar ini dilampirkan.

Adalah dengan ini kami mengesyaki terdapat penyalahguna kuasa oleh pihak tertentu dengan tindakan menganugerahkan tanah tersebut kepada seseorang individu yang berkepentingan, dalam kes ini isteri kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, dengan harga yang terlalu rendah mempunyai elemen penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Berdasarkan laporan-laporan akhbar tersebut, kami percaya telah berlaku perbuatan jenayah salahguna kuasa dan pecah amanah sehingga menyebabkan tanah untuk kegunaan sekolah diberikan kepada individu pada harga yang terlalu rendah.

Kami mengesyaki Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo selaku EXCO Tanah dan Kewangan Negeri Selangor dan beliau yang mempunyai kuasa pentadbiran telah tidak telus dan seperti membiarkan amalan penganugerahan tanah kepada pemimpin UMNO dan keluarga tanpa kelayakan yang jelas untuk memperolehinya.

Oleh yang demikian kami membuat laporan polis ini agar satu siasatan segera terhadap penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pecah amanah kepada perkara-perkara berikut:-

1. Terdapat isu rasuah bagi tanah tersebut sehingga diselewengkan untuk kepentingan individu;
2. Terdapat pencerobohan tanah sekolah agama dan terdapat penyalahgunaan kuasa bagi membatalkan kegunaan tanah tersebut untuk sekolah agama dan sebaliknya meluluskan pemberian tanah itu kepada Datin Zizah Ngah;
3. Terdapat penipuan kuasa apabila tidak didedahkan kriteria yang melayakkan Datin Zizah Ngah untuk dianugerahkan tanah negeri dan bagaimana penganugerahan tanah kepada beliau menyumbang kepada kepentingan negeri dan rakyat.
4. Apa Terdapat penyalahguaan kuasa apabila ada pihak tertentu yang membatalkan status tanah TOL untuk lapan lot asal dan menukarkannya kepada satu lot besar untuk diberikan kepada Datin Zizah Ngah.
5. Siapa yang menetapkan jumlah yang perlu dibayar oleh Datin Zizah Ngah untuk mendapatkan tanah tersebut dan apa sebab diskaun diberi kepada beliau.

Kami percaya telah belaku kesalahan-kesalahan jenayah dibawah Seksyen 406, Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 417 Kanun Keseksaan, Seksyen 418 Kanun Keseksaan bagi kesemua perkara-perkara diatas.

Kami juga percaya bahawa kesalahan-kesalahan di atas merupakan kesalahan-kesalahan rasuah seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 khususnya Seksyen 10, Seksyen 14 dan Seksyen 15.

Sekian laporan kami.

KHIR TOYO DAN TANAH KUALA LANGAT

KeADILan

Kuala Lumpur, 7 Jun - Pendedahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohammad Khir Toyo bahawa wujud penyelewengan permohonan tanah oleh segelintir pegawai tanah di Selangor hanya mendedahkan pekung kerajaan negeri yang telah gagal sejak sekian lamanya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Mohd Yahya Mat Sahri berkata, tindakan menukar kertas cadangan, menambah bilangan permohonan serta mengubah nama pemohon memang telah banyak berlaku.

Kes pemilikan tanah beratus ekar di daerah Kuala Langat yang melibatkan anak pegawai daerah di kawasan tersebut juga pernah dilaporkan. More...

KES KHIR TOYO 2002

detikdaily.net

Datuk Satim Diman (Puchong) dalam mempertahankan Dr Khir Toyo menyatakan bahawa Datuk Hassan Ali (PAS) juga telah diperuntukan tanah sebanyak 6 ekar untuk kem latihan yang kemudiannya dijual untuk mengaut keuntungan murah. Ini didedahkan apabila Dr Hassan Ali menuntut agar Datuk Dr Khir Toyo harus bertanggung jawab mengenai kes-kes rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang di buat keatas beliau. Lapuran kepada BPR oleh Encik Ahmad Lufti ini telah di pamerkan dalam Umno-Reform sedikit masa dahulu.

Dalam memperkatakan isu ini saya dapati Datuk Dr Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor harus menjawab tuduhan penyalahan gunaan kuasa dan rasuah kerana tuduhan keatas beliau tersebut amat kritis sekali. Selaku Menteri Besar, Datuk Khir Toyo bertanggung jawab dalam mengemukakan fakta sebenar dan sekiranya fakta-fakta yang terdapat dalam tuduhan itu benar maka justifikasi kenapa perkara itu boleh berlaku harus di maklumkan kepada rakyat Selangor. More...


detik.daily.tripod
Pada 23 Oktober 2001, satu aduan rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo telah dibuat di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya.

Aduan itu kemudiannya diulangi semula oleh pengadu pada 9 November 2001, ekoran kenyataan sumber BPR yang disiarkan akhbar pada 4 November, mendakwa ia bukannya `aduan rasmi' tetapi hanya berbentuk maklumat. Keterangan lanjut berkenaan aduan rasuah tersebut juga telah dibuat oleh pengadu di Pejabat BPR Selangor, Shah Alam.

Pada 4 Disember 2001, sekali lagi pengadu bertemu dengan pegawai di Ibu Pejabat BPR bagi menyerah bukti baru berkaitan aduan rasuah yang dibuat sebelumnya. Aduan keempat ke atas dakwaan rasuah YAB Menteri Besar Selangor dibuat pada 26 Disember 2001 berhubung pembelian tanah lot banglo di Bandar Baru Bangi. More...

Posting terkini

Blog Archive