Mstar | ...Sebelum kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan telah memberi jaminan tidak akan merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran kerajaan negeri.
Usaha untuk menghubungi Manikavasagam gagal sehingga tengah hari tadi.
Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan dan Ketua Penerangannya, Tian Chua menafikan yang Manikavasagam telah keluar parti.
Kata mereka, memang ada SMS sedemikian tetapi menafikan Manikavasagam telah keluar daripada PKR.
Gobalakrishnan berkata, beliau yakin Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatan.
"Saya ada bercakap dengan beliau dua hari lalu, jangan percaya pada SMS ini," katanya.
"Saya tidak tahu mengenainya dan tidak percaya beliau akan berbuat demikian," kata Tian Chua. Semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar mengesahkan Kuil Sri Mahakaliamman di Kampung Tasik dirobohkan oleh MPAJ awal bulan ini walaupun dinafikan pemimpin PKR sebelum itu.... selanjutnya.
Sep 29, 2008
SMS MP Kapar letak jawatan PKR Selangor
Labels: SMS
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mar 19, 2008
TABURAN SMS PALSU
Sebelum ini sudah berlegar SMS palsu berkenaan lawatan TG NIk Aziz ke Selangor. Kononnya untuk menghadiri dan mengimamkan Solat Jumaat. SMS tersebut di edar sejak beberapa minggu yang lepas. Dan menurut SMS yang terbaru, TG NIK AZIZ akan mengadakan SOlat Jumaat pada minggu ini di Shah Alam.
Kini SMS diedarkan lagi untuk maklumat berikut. Siapa sebenanya yang beragenda menghantar SMS berkenaan? Adakah dari UMNO yang kecewa dengan kekalahan atau pihak syarikat perkhidmatan talian talipon yang melakukan semata mata menggalakkan orang ramai menggunakan SMS?
Perakan nafi anjur ceramah MB di Shah Alam 27 Mac ini
harakahdaily
KOTA BHARU, 18 Mac (hrkh) - Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) menafikan pihaknya akan menganjurkan ceramah di Stadium Shah Alam seperti tersebar meluas dalam sistem pesanan ringkas (SMS).
Menurut SMS terbabit ceramah tersebut akan dihadiri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat pada akhir Mac ini.
Presiden Perakan, Haji Che Ariffin Che Mahmud berkata, Perakan tidak terlibat dalam menganjur sebarang program pada 27 Mac ini.
Bagaimanapun kata beliau Perakan sebelum ini bercadang menganjurkan program ceramah khas yang membabitkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan beberapa orang pemimpin lain.
Bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan lagi, memang akan kita buat. Jadi Perakan tidak ada kena mengena dengan perancangan program ceramah Tuan Guru di Stadium Shah Alam pada 27 Mac ini,ujarnya ketika dihubungi di sini.
Oleh itu, Che Ariffin berharap pihak yang menyebarkan SMS tersebut supaya berani bertanggungjawab kerana ia sudah tersebar luas di Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.
Labels: SMS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 17, 2008
SMS PALSU TG NIK AZIZ DI SHAH ALAM
Assalamu'alaikum warahmatullah hi wabarakatuh,
Semnjak akhir ini, terdapat banyak berita yang disebarkan samada secara peribadi, sms, dan juga emel, sehingga menyebabkan ramai yang tertanya mengenai kesahihan berita berita itu. Di sini, ingin saya meminta orangramai supaya mendapatkan kesahihan sesatu berita yang diterima sebelum menyebarkannya.
Antara satu dari berita yang diterima baru baru ini, adalah kedatangan YAB TG Nik Aziz ke Stadium Shah Alam pada hari Khamis 27/28 Mac ini. Setelah mendapat kesahihan dari 2 sumber:
1. Saudara Sayuti, Ketua Lajnah Penerangan DPP Shah Alam, dan
2. Saudara Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS,
izinkan saya menyatakan bahawa berita ini TIDAK BENAR; tidak ada atau belum ada lagi rancangan sedemikian buat masa ini! Saya juga telah difahamkan bahawa berkemungkinan besar kerajaan baru Negeri Selangor akan mengeluarkan kenyataan mereka tidak lama lagi.
Terima kasih.
No2umnO - Sebenarnya Rakyat ingin benar kalau kalau TG NIK AZIZ turun ke Shah Alam, mengimamkan dan berkhutbah di Masjid Shah Alam. Mungkin TG NIK AZIZ dan PAS boleh membantu untuk merealisasikan impian mereka ini. Bila lagi? Masalahnya mungkin ia akan mengganggu rutin hari Jumaat beliau, yakni Kuliah Subuh dan Kuliah Agamanya.
Labels: SMS, TG NIK AZIZ
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 11, 2008
SMS PALSU ATAU BENAR?
Wak baru dapat SMS dari teman teman mengatakan seorang bekas pemimpin di Selangor telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Mungkin terkejut dengan kekalahan yang hebat ini.
Jangan berani berani buat tuduhan dulu tau.....ini pasal mati. Wak nak nasihatkan kepada semua orang.
Wak pun tak berani menyatakan siapakah beliau. Namun SMS sudah berlegar legar di awangan kepada semua pihak. Sejauh mana betul .... kena tunggu beb. Menurut berita tersebut, di kawasan Pelabuhan Kelang terutamanya, semua pihak sudah tahu.
Labels: SMS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
