KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

TABURAN SMS PALSU

Sebelum ini sudah berlegar SMS palsu berkenaan lawatan TG NIk Aziz ke Selangor. Kononnya untuk menghadiri dan mengimamkan Solat Jumaat. SMS tersebut di edar sejak beberapa minggu yang lepas. Dan menurut SMS yang terbaru, TG NIK AZIZ akan mengadakan SOlat Jumaat pada minggu ini di Shah Alam.

Kini SMS diedarkan lagi untuk maklumat berikut. Siapa sebenanya yang beragenda menghantar SMS berkenaan? Adakah dari UMNO yang kecewa dengan kekalahan atau pihak syarikat perkhidmatan talian talipon yang melakukan semata mata menggalakkan orang ramai menggunakan SMS?


Perakan nafi anjur ceramah MB di Shah Alam 27 Mac ini
harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Mac (hrkh) - Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) menafikan pihaknya akan menganjurkan ceramah di Stadium Shah Alam seperti tersebar meluas dalam sistem pesanan ringkas (SMS).

Menurut SMS terbabit ceramah tersebut akan dihadiri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat pada akhir Mac ini.

Presiden Perakan, Haji Che Ariffin Che Mahmud berkata, Perakan tidak terlibat dalam menganjur sebarang program pada 27 Mac ini.

Bagaimanapun kata beliau Perakan sebelum ini bercadang menganjurkan program ceramah khas yang membabitkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan beberapa orang pemimpin lain.

Bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan lagi, memang akan kita buat. Jadi Perakan tidak ada kena mengena dengan perancangan program ceramah Tuan Guru di Stadium Shah Alam pada 27 Mac ini,ujarnya ketika dihubungi di sini.

Oleh itu, Che Ariffin berharap pihak yang menyebarkan SMS tersebut supaya berani bertanggungjawab kerana ia sudah tersebar luas di Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive