KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Anifah Aman buka gelanggang: Satu isyarat buat Abdullah?

KLpos.com
Selasa, 18 Mac 2008


TIDAK pernah jadi dalam sejarah pembentukan Kabinet bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang dilantik menolak jawatan, tapi di zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 'macam-macam boleh jadi.'

Terbaru Ahli Parlimen Kimanis, Sabah, Datuk Anifah Aman membuat kenyataan bahawa beliau menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan seperti yang diumumkan Abdullah petang semalam.

Ia merupakan satu tamparan kepada Abdullah, biarpun Anifah, yang secara beralas, memberikan alasan "kerana mahu memberi laluan kepada generasi muda,".



Anifah Aman

Apakah penolakan Anifah ini satu isyarat bahawa kerajaan Abdullah tidak mendapat kepercayaan ahli Parlimennya sendiri?

Dalam sidang media pengumuman Kabinet petang semalam, Abdullah menyangkal khabar angin mengenai wujudnya rancangan mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau.

Sebaliknya, kata Abdullah, beliau mendapat sokongan padu Umno.

Perdana Menteri juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Bernama, beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai spekulasi adanya usaha mengusulkan undi tidak percaya terhadap beliau di perhimpunan agung Umno - dijangka diadakan pertengahan tahun ini - dan juga hubungannya dengan Najib.

Anifah sebelum ini pernah popular sebagai Pengurus pasukan Bolasepak Malaysia, sebelum meletak jawatan selepas negara kalah teruk tahun lalu.

Lulusan ijazah sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari University of Buckingham, United Kingdom pada tahun 1979 ini sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Menurut Anifah, beliau sudah dua penggal menjadi timbalan menteri dan keputusan menolak jawatan itu adalah wajar kerana merasakan sudah sampai masa kedudukannya itu diberi peluang kepada orang lain.

Karienya dalam politik bermula sebagai ADUN Klias pada pilihan raya 1994.

Beliau dipilih sebagai Bendahari UMNO Bahagian Beaufort pada 1994.

Dalam pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya. Beliau seterusnya dipilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada penggal 2001-2003.

Beliau tidak mempertahankan jawatannya itu apabila bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan memenanginya pada pemilihan parti baru-baru ini. Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, Anifah mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada pemimpin lain bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort, manakala beliau pula bertanding di kerusi Parlimen Kimanis.

Selepas memenangi pilihan raya umum 1999 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Pada 2004 beliau mengekalkan jawatan itu dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive